SETIA ADALAH SOAL HATI.
Apakah pandangan Sahabat Nabi SAW terhadap Muawiyah?
Menurut Saad bin Abu Waqqas berkata: "Aku tidak melihat seorang pun setelah kematian
Uthman Affan yang lebih benar dalam melakukan keputusannya melainkan pemilik pintu ini – iaitu Muawiyah.”
Menurut Saad bin Abu Waqqas berkata: "Aku tidak melihat seorang pun setelah kematian
Uthman Affan yang lebih benar dalam melakukan keputusannya melainkan pemilik pintu ini – iaitu Muawiyah.”
Menurut tuduhan golongan Syiah tentang Muawiyah, adalah seorang yang kejam dan zalim.
Menurut pandangan Ahli Sunnah wal jama'ah, Muawiyah adalah orang yang sukakan kebersihan. Keluarga
Muawiyah, dari sebelah Ayahnya adalah Abu Sufyan bin Harb, salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan dari sebelah ibunya adalah Hindun binti Utbah, seorang sahabiyah (sahabat wanita) nabi Muhammad SAW.
Seperkara lagi yang sangat dipersoalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini ialah tentang perlantikan ahli-ahli keluarga oleh Muawiyah untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan. Mereka menganggap ia satu tindakan nepotisme atau kronisme yang sepatutnya tidak berlaku didalam sebuah negara Islam. Memang fakta ini benar dan tidak boleh dinafikan. Akan tetapi keadaan dan situasi di zaman Rasulullah dan Khulafa'ur Rasyidin tidak sama dengan keadaan dan situasi di zaman Muawiyah. Oleh itu, peraturan dan sistem ikut berubah.
Dizaman Rasulullah dan Khulafa'ur Rasyidin rata-rata para sahabat adalah orang yang bertaqwa. Oleh itu sangat mudah bagi Rasululullah dan para Khulafa'ur Rasyidin memilih para penguasa kerajaan dari kalangan para sahabat. Semuanya bertaqwa dan mampu taat dan setia kepada pucuk pimpinan.
Ketaatan dan kesetiaan
kepada pucuk pimpinan adalah
perkara pokok didalam memilih
anggota kerajaan dan jentera pemerintahan. Tanpa ketaatan dan kesetiaan yang penuh dan padu, sistem pemerintahan akan jadi lemah dan akhirnya akan lumpuh. Ketaatan dan kesetiaan tidak menjadi masalah kepada orang-orang yang bertaqwa. Orang bertaqwa memang sifatnya taat dan setia.

Ketaatan adalah patuh kepada arahan. Ia adalah persoalan lahir. Orang boleh taat kerana dapat untung atau kerana ada kepentingan. Sekiranya sudah tidak ada untung atau kepentingan, orang mungkin tidak akan taat lagi.
Kesetiaan pula adalah soal
batin atau soal hati. Orang yang
setia adalah orang yang telah menyerahkan hatinya. Dia tidak akan tinggalkan orang yang disetiainya walau apa pun yang terjadi. Senang atau susah, menang atau kalah, hidup atau mati, dia tetap akan setia. Orang yang taat belum tentu setia tetapi orang yang setia sudah tentu taat.

Ulasan
Catat Ulasan