Allah SWT memerintahkan supaya kita sentiasa berjaga dan berwaspada terhadap musuh batin. Iaitu musuh hati kita. Supaya kita sentiasa bersikap berhati-hati kepada musuh batin manusia.
"Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al Baqarah 2:168)…
"Sesungguhnya nafsu ammarah sangat mengarahkan berbuat jahat." (Yusof 12:53).
Bukan hanya berhati-hati terhadap musuh batin, kita juga ada tanggungjawab untuk membantu hati. Iaitu dengan mendidiknya. Hal tersebut ada Allah SWT memerintahkan supaya kita mendidik hati. Caranya kita memberikan Tuhan. Kita menanamkan iman ke dalam hati manusia supaya lahirlah rasa cinta dan takutkan Tuhan.
Supaya kita sentiasa berlaku taat kepada-Nya. Seperti maksud firman-Nya: " Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya."
(As Syams : 9).
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah dengan membawa hati yang selamat."
(Asy Syuara : 88-89).
Pelik aneh dan ajaibnya hati manusia. Yang ajaibnya, hati yang boleh beralih-alih rasa itu, ia sebenarnya boleh dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan ini pula akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa baik, baiklah tindakannya dan kalau rasa jahat, maka jahatlah tindakannya.
Dengan kebolehan inilah hati seolah-olah raja yang bertakhta di dalam diri manusia. Dialah bakal menentukan baik buruknya manusia. Namun ia ada penasihat iaitu akal. Sementara anggota-anggota lahir sebagai rakyat jelata yang sentiasa menurut perintahnya.
Sepertimana yang berlaku di dalam sesebuah kerajaan, pasti ada sahaja musuh yang suka melihat sesuatu kerajaan itu kucar-kacir. Begitu juga di dalam diri manusia, nafsu dan syaitan merupakan musuh utama roh manusia.
Begitulah rupanya struktur kerja yang berlaku di dalam diri manusia yang perlu difahami dan diberi perhatian.
Kerana baik jahatnya seseorang manusia sangat bergantung kepada pengurusan yang ada di dalam diri manusia itu. Siapa yang mengabaikan hati, ertinya dia membiarkan dirinya berjalan di dalam keadaan yang gelap dan meraba-raba hingga menyebabkan banyak benda yang dilanggarnya. Kalau di dunia pun nasibnya belum tentu selamat apalagi kalau di Akhirat nanti.
Ulasan
Catat Ulasan