Langkau ke kandungan utama

INDAHNYA KALAU TUHAN DIKENALI.

Umat Islam rata-rata tidak kenal Tuhan. Kalau kenal pun setakat boleh mengesahkan akidah sahaja. Iaitu Akidah setakat cukup makan. Supaya tidak jatuh kafir. Sebab itu hubungan kebanyakkan umat Islam dengan Tuhan tidak baik, tidak indah dan tidak murni.

Sentiasa ada buruk sangka dengan Tuhan. Sentiasa merasakan Tuhan itu tidak patut,tidak adil, Tuhan zalim terutama kalau kita miskin, kita sakit atau hina dan sebagainya. Perasaan seperti ini sentiasa di hati. Mungkin tidak terkeluar di mulut tetapi sentiasa bermain di hati.Kalau tidak kenal
Tuhan, hubungan dengan Tuhan
boleh jadi cacat.

Kalau kita betul-betul kenal Tuhan, ianya cukup indah. Kalau kita
faham kerja Tuhan dan tahu pula peranan Tuhan dalam hidup kita,
ia cukup menenangkan dan membahagiakan kita. Kita tidak akan dapat lari daripada mencintai Tuhan kerana akan terbukti bahawa Tuhan itu amat baik, Maha Adil dan Maha Pemurah dan Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya.

Tuhan mencipta manusia itu dalam berbagai-bagai keadaan. Bila kenal Tuhan miskin pun bahagia. Kaya tidak apa, miskin pun tidak apa. Sihat tidak apa, sakit pun tidak apa.Ada kuasa tidak apa, tidak ada kuasa pun tidak apa. Semuanya indah belaka. Tidak ada buruk sangka dengan Tuhan. Tidak ada rasa Tuhan itu tidak adil, tidak patut atau zalim.

Apapun ketentuan Tuhan untuk kita, samada  baik atau pun buruk, semuanya elok belaka. Lebih baik kita kenal Tuhan
walaupun kurang ibadah dari banyak ibadah tapi tidak kenal Tuhan. Yang penting ialah kenal Tuhan dan rasa bertuhan itu hakikatnya adalah ibadah juga.Mengenal Tuhan dan rasa bertuhan itu adalah ibadah hati.Ia juga dikatakan ibadah rohaniah yang jauh lebih tinggi nilainya dari ibadah lahiriah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...