Langkau ke kandungan utama

TENTERA TUHAN.

(Gambar ini diambil 8 Januari 2005 di Banda Aceh, dua minggu setelah amukan tsunami).

BERBAGAI BENTUK TENTERA TUHAN.

Sekali sekala Allah tunjukkan kuasa-Nya. Didatangkan tentera-Nya junudullah dalam berbagai bentuk dan rupa. Tentera Tuhan berbentuk air. "Dan tinggalkan lah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
(Ad dhukhan  44:24).

“...Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri...
(Al-Mudatsir 74: 31).

Dalam Al Quran ada Allah menjelaskan kisah Israk Mikraj, ketika Nabi Muhammad sedang melihat-lihat suasana alam Langit Pertama (ar-Rafii'ah), dikatakan bahawa baginda telah melihat susuk tubuh Malaikat yang sangat besar dan tegap sekali ukurannya, Malaikat itu sedang menunggangi kuda yang berasal dari cahaya dan berunifom cahaya. Malaikat yang besar itu dikelilingi oleh 70 ribu Malaikat yang berunifom kan berbagai  dan perhiasan, masing-masing dari mereka memegang tombak yang diperbuat dari cahaya dan mereka itulah yang disebut sebagai Jundallah (Tentera Allah).

Secara makna Jundallah bererti "Parajurit Allah ", berasal dari kata  Jund (Arab: جند) yang bererti "Parajurit" atau "Tentara" dan kata Allah (Arab: الله).
Jundallah  (Arab: جندالله ) adalah segerombolan Malaikat
perang yang membantu Nabi Muhammad SAW dan angkatan Muslim di dalam peperangan. 

(Akibat kesan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Selasa (2/10/2018). Kapal Sabuk Nusantara 39 sampai terdampar ke daratan. Sumber berita (KOMPAS.COM/KRISTIANTO PURNOMO) -

Begitu juga tentera Tuhan seperti air, api, tanah, angin, lumpur, semuanya bertindak mengikut arahan-Nya.
Contoh yang berlaku di Aceh.
Aceh di utara Pulau Sumatra adalah kawasan terparah yang dilanda tsunami. Sekurang kurangnya 130.000 orang terkorban di kawasan ini saja. Peristiwa tersebut berlaku pada Januari tahun 2005 iaitu lima belas tahun yang lalu. Terbaru bulan oktober 2018 bencana yang melanda di Palu, Sulawesi Tengah Indonesia.

Namun lebih besar daripada itu Allah beri tahu, itulah kuasanya. Yakinlah kepadanya. Sedangkan bumi pun ikut arahan Tuhan, mudah sangat bagi Dia nak berikan rezeki pada hamba-hambaNya yang bermacam-macam bentuknya!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...