Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi mengingatkan kita, supaya menjadi pohon yang rendang. Ikhwan Rasulullah SAW adalah ibarat payung atau pohon buah yang rendang. Ertinya ikhwan itu adalah pejuang yang melindungi manusia dengan memberi Tuhan. Disamping sentiasa mencurahkan bakti kepada manusia dan makhluk Tuhan yang lain.
IKHWAN itu menjadikan dirinya tempat masyarakat bernaung dan mencurahkan perasaan mereka kepadanya. IKHWAN itu menjadikan dirinya tempat manusia berteduh. Tempat orang bersandar. IKHWAN itu pejuang yang selamat dan menyelamatkan.
IKHWAN itu korbankan dirinya untuk keselesaan orang lain. Ibarat pohon yang berbuah menggugurkan buahnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Begitulah IKHWAN ibarat pohon rendang yang buahnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Manusia terus menikmati khidmat Ikhwan tersebut.
Hadis Nabi:
"وَخَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baiknya manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.” (HR. Ath Thabarani, Al Mu’jam).
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kita boleh menjadi orang yang terbaik di mata Allah SWT mahupun di mata manusia dengan cara banyak memberikan kemanfaatan kepada orang lain. Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia.
Ulasan
Catat Ulasan