SAKIT MENTAL ATAU JIWA.
Banyak orang yang mengatakan bahawa orang yang sakit mental disebut dengan sakit jiwa dan begitu pula sebaliknya. Sakit jiwa dan sakit mental memang hampir sama, kerana sama-sama menyerang psikologi manusia. Penyakitnya tidak terlihat real atau nyata, tapi hanya boleh dilihat dari
kelakuan orang yang mengalami sakit psikososial tersebut.
kelakuan orang yang mengalami sakit psikososial tersebut.
Kedua penyakit ini disebabkan kerana pengaruh persekitaran tempat ia tinggal atau lingkungan yang penderita alami semasa hidupnya. Namun kedua penyakit ini berbeza baik secara gejala, penyebab dan juga efek yang timbul di dalam diri orang yang mengalami penyakit ini.
Sakit mental adalah yang kedua selepas sakit jantung. Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Manusia ini umumnya terpisah
kerana dua cinta. Pertama cinta Tuhan dan dan kedua cinta dunia. Orang yang cinta Tuhan, lain sifat dan wataknya. Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Kalau dia cinta Tuhan, dia akan menjadi hamba kepada Tuhan. Begitu juga cinta dunia atau hubbud dunia. (Øب الدنيا).
kerana dua cinta. Pertama cinta Tuhan dan dan kedua cinta dunia. Orang yang cinta Tuhan, lain sifat dan wataknya. Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Kalau dia cinta Tuhan, dia akan menjadi hamba kepada Tuhan. Begitu juga cinta dunia atau hubbud dunia. (Øب الدنيا).
Cinta dunia menjadikan seseorang itu hamba atau abdi kepada dunia. Dunia akan menjadi matlamat hidupnya. Dia akan membuat apa sahaja dan berkorban segala-galanya untuk mendapat dunia yang diidam-idamkan nya itu.Maksudnya; Akan datang masa di mana kamu dikeronyok oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap makanan dari hidangannya .
"Para sahabat bertanya, "Apakah kerana ketika itu kami sedikit Wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan ketika itu sangat ramai tetapi seperti buih di lautan kerana kamu tertimpa penyakit 'wahan'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahan" itu ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahan" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."
Orang Islam yang cintakan dunia menjadikan mereka manusia yang hina, lemah dan tidak mempunyai kekuatan sehingga Allah SWT mencabut rasa gerun dan takut musuh kepada orang-orang Islam. Cinta akan membawa kepada penghambaan atau pengabdian.
Orang yang bercinta, dia menjadi
hamba kepada apa yang dicintainya.
hamba kepada apa yang dicintainya.
Dia perlu bersusah payah dan berkorban. Dia perlu menahan perasaan. Malahan dia perlu menderita demi cintanya itu.Takut mati menunjukkan tanda lemahnya iman. Takut seperti ini muncul karena terlalu cinta pada dunia dan tertipu dengan gemerlapnya dunia sehingga banyak memuaskan diri dengan kelazatan dan kesenangan tersebut. Inilah yang disebutkan dalam hadits dengan penyakit wahan, iaitu cinta dunia dan takut mati.
Ulasan
Catat Ulasan