KEMAJUAN LAHIR DAN BATIN.
Kemajuan dalam Islam ada yang
lahir dan ada yang batin.
KEMAJUAN sesebuah negara bukan hanya berdasarkan kepada kepesatan pembangunan dan kemajuan fizikal semata-mata sebaliknya tidak mengabaikan pembangunan insan.
KEMAJUAN sesebuah negara bukan hanya berdasarkan kepada kepesatan pembangunan dan kemajuan fizikal semata-mata sebaliknya tidak mengabaikan pembangunan insan.
Melalui pembangunan yang seimbang akan melahirkan masyarakat yang tahu bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat yang Allah SWT berikan.
Kita kena mengambil iktibar dan pengajaran di atas kemajuan dan pembangunan yang berlaku di barat. Pembangunannya mencakar langit tetapi insaniahnya separas bumi yang dipijak-pijak. Bahkan lebih keji dari haiwan. Dengan pembangunan yang tidak seimbang kemajuan lahirnya dengan pembangunan insaniahnya masyarakat hidup bagaikan haiwan.
Manusia bukan hanya memerlukan keperluan lahir tetapi manusia juga perlukan Tuhan. Iaitu keperluan rohani yang diperlukan oleh manusia.
Dalam membangun, Iman tidak boleh diketepikan.Jika membangun tanpa Iman, bila berlaku ujian dan musibah mudah untuk menyalahkan. Bila berkuasa mudah menzalimi. Sudah jatuh menagih simpati dengan memburukkan sana dan sini.

Tanpa Iman, Islam hanya tinggal slogan. Jika sebelum ini lantang dengan imej Islam, bila diuji dengan kuasa rupanya bukan mudah nak bawa Islam.
Nak jaga perasaan hati rakan sejawat, penyumbang dan periuk nasi mereka.
Sebab itulah perjuangkan Islam tidak perlu tunggu ada kuasa, jawatan, pangkat, harta atau dunia.
Malah semua ini akan merosakkan niat dalam perjalanan kita. Tertegaknya Islam sebagai sistem hidup yang sempurna adalah hasil perlaksanaan yang diusahakan dengan sungguh-sungguh oleh tenaga kerja yang ramai, yang cintakan sistem itu lebih dari sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan