CARA MEMILIKI RASA HAMBA.
Apabila agama tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologi menjadi pengganti. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai satu fahaman politik.
Namun yang sebenarnya apabila bukan Al Quran dan Sunnah menjadi pegangan maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah ideologi tanpa nama.
Namun yang sebenarnya apabila bukan Al Quran dan Sunnah menjadi pegangan maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah ideologi tanpa nama.
Untuk mengekang nafsu ganas dan rakus dan menolak segala isme dan ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak,kedudukan, bangsa, kumpulan, negara asal usul keturunan. Umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang diantara ciri-cirinya seperti berikut:
1. Rasa kehambaan
Bersungguh sungguh memperolehi rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenal diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai ke tahap rasa takut, cinta, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dihati.

Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan kebesaran, kehebatan Allah SWT.Biar pun tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat. Namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini mesti diburu, dicapai, dikejar dan diusahakan
sehingga akhir hayat.
sehingga akhir hayat.
2. Mengenang nasib di Akhirat.
" Dunia ini adalah tanaman di Akhirat". Ertinya segala amalan, pekerjaan, perlakuan dan gerak geri sepanjang hidup ini hanyalah disifatkan sebagai menanam sahaja. Akhirat merupakan tempat mengutip hasil. Apa yang bakal ditutip di Akhirat nanti sama ada pahala atau dosa, sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada apa dan bagaimana kita menanam.Orang yang bertaqwa sentiasa takut dan bimbang. Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak.

3.Rasa berdosa.
Ajaran rasa berdosa diperjelaskan dalam ajaran ilmu tasawuf. Orang yang melaksanakan ilmunya disebut orang sufi. Imam Syafie salah seorang tokoh sufi. Beliau setiap hari menghitung dosanya butiran pasir di Padang Sahara.

Imam Syafie merasakan dirinya yang paling banyak berdosa.
Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri.
وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selalu ia menolong saudaranya.” [HR. Tirmidzi]
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak.” [Shahih Muslim]
Orang yang memiliki rasa kehambaan atau berjiwa
mengutamakan orang lain, menutup aib saudaranya, pemaaf, hubungan maknawiah, saling menasihati, membaiki diri, syukur, sabar dan redha.
Ulasan
Catat Ulasan