Langkau ke kandungan utama

UMAT MENJADI OBOR.


UMAT ISLAM MENJADI OBOR.
Penanaman iman dan ilmu ke dalam hati umat Islam. Iaitu melalui proses pendidikan. Hanya melalui pendidikan baru datang penghayatan dan penjiwaan.Dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru timbul rasa cinta pada Allah, Rasulullah dan pada Islam. Selepas cinta, akan datang rasa takut pada Allah.

Dari rasa takut pada Allah inilah akan timbul ketaatan. Umat Islam akan melaksanakan hukum hakam dan syariat Tuhan. Mereka akan buat apa yang Allah suruh dan akan tinggalkan apa yang Allah larang.

Bila umat Islam mematuhi syariat Islam dan menjadikan seluruh syariat Islam itu sebagai sistem dan cara hidup maka lahirlah satu bangsa bertaqwa.Bila suatu bangsa itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka barulah akan datang bantuan dan pembelaan dari Allah SWT.

Dengan pembelaan Allah, akan datang kekuatan dan kedaulatan dan umat Islam akan berjaya.Umat Islam akan menjadi obor kepada semua bangsa dan agama lain di dunia. Inilah proses dan metodologinya. Kaedah dan metodologi tidak ada apa-apa makna kalau tidak ada yang melaksanakannya.

Mewujudkan kaedah atau metodologi adalah mudah. Tetapi untuk mencari orang yang layak dan mampu untuk melaksanakannya adalah satu perkara yang lain.Oleh itu proses metodologi ini mempunyai satu syarat yang penting. Ia memerlukan kepada seorang pelaksana yang akan memulakannya dan yang akan membawanya sampai ke hujung. Pelaksana ini mesti seorang yang istimewa. 

Dia mesti berbeza dari manusia yang akan dididiknya. Dia mesti berbeza dari orang-orang biasa.e pelaksanaini mesti seorang pemimpin. Bukan pemimpin biasa. Bukan calang-calang pemimpin. Dia mesti seorang pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia yang dihormati dan disegani, yang disayangi dan dipatuhi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...