Golongan 'ikhwan' adalah para pejuang akhir zaman. Mereka adalah kelompok yang dirindui oleh Rasulullah SAW. Kehidupan yang berlandaskan taqwa itulah landasan para Ikhwan. Para Ikhwan yang menjadikan setiap tindakannya sebagai amal ibadah.
Para Ikhwan menjadikan taqwa sebagai aset dunia dan Akhirat.
Ini sangat jelas sebagaimana yang digambarkan dalam Hadis dibawah ini.
"Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah? Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada IkhwanKu." Maka sahabat pun berkata, Bukankah kami ini ikhwanMu wahai Rasulullah? Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatKu. Manakala IkhwanKu ialah segolongan manusia yang hidup selepasKu, mereka mengimaniKu padahal mereka tidak pernah melihat aku."(Riwayat Imam Muslim).
Di era kebangkitan Islam kali pertama adanya Para Sahabat yang merindui RasulNya. Di era kebangkitan Islam sekali lagi adanya kelompok yang merindui Rasulullah SAW itulah para Ikhwan. Taqwa menjadi teras dalam kehidupan kelompok ikhwan.Ikhwan juga bermodalkan Taqwa untuk dapatkan dunia dan Akhirat.
Apabila tindakan tidak dijadikan ibadah, akan menjadikan individu keras hati, hilang ketenteraman jiwa.Ibadah sangat penting kepada individu dan masyarakat kerana pelaksanaan ibadah itu akan membentuk peribadi mulia serta landasan untuk membenarkan adanya ikhwan Rasulullah SAW di akhir zaman.
Ulasan
Catat Ulasan