EMPAYAR TIMUR.
PUTRAJAYA: Malaysia dan China mempunyai ruang dan peluang untuk memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan terutama berkaitan sektor pengajian Islam.“Dalam perbincangan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan Halal Shan Xi, Tie Qunping, timbul cadangan supaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menubuhkan cawangan di wilayah Xian, termasuk membuka sekolah Islam antarabangsa untuk pengajian awal.
“Di Xian saja ada lebih 300,000 penduduk beragama Islam dan berjuta lagi di wilayah Shan Xi dan di lima wilayah yang lain sekitar Shan Xi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penubuhan empayar Timur yang merangkumi Cina- Melayu atas nama Islam bukan perkara mustahil. Berdasarkan beberapa hadis, jelas bahawa Islam akan bangkit semula. Kebangkitan itu berlaku disebelah timur. Timur itu Abuya tafsirkan sebagai Asia Tenggara dan negara China. Kita perlu ingat bahawa disisi Allah SWT tiada satu pun yang sia-sia, main-main dan gurau senda. Walau bagaimanapun, kebangkitan Islam di timur perlu disusuli dengan proses dakwah dikalangan bangsa Cina terutamanya yang sudah beragama Islam sejak lebih daripada seribu tahun yang lalu.
Nilai-nilai Islam perlu dihidupkan
dalam jiwa umat Islam di sana. Orang Melayu Islam mempunyai
kualiti yang diperlukan bagi memikat, mempengaruhi dan menarik orang-orang Cina Muslim disana. Orang-orang Melayu disini lebih merujuk kepada orang-orang yang Abuya didik. Beliau dianggap sebagai guru mursyid.

Empayar Islam yang telah Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi bina bukan sekadar rangkaian perniagaan yang dicetuskan seluruh dunia. Kekuatan terletak pada keperibadiannya sendiri. Segala pemikirannya dianggap minda dan mutiara berharga.
Jangkauan empayar Islam adalah empayar minda Abuya. Jangkauan pemikirannya cukup luas meliputi wilayah-wilayah yang pernah tertegak dan pernah menjadi tapak kegemilangan Islam pada masa silam. Melalui perjuangan yang Abuya lagang membawa Islam kembali gemilang.
Abuya telah berdakwah dan berkelana lebih ke tiga perempat penjuru dunia. Apabila berlaku kebangkitan Islam, empayar komunis dan kapitalis mengalami kejatuhan. Abuya ada menulis madah dan sajak tentang kejatuhan empayar kominis. Pada Disember 1991 kejatuhan empayar Soviet Union Rusia telah menjadi kenyataan.
Tentang empayar Barat Abuya ada menulis buku khas bertajuk "Barat di ambang maut".Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi berjuang membawa mesej "perdamaian dan Islam sebagai satu cara hidup. Islam is the way of life. Ketika itu dicetak poster dan stiker dibawa bersama untuk dihadiahkan kepada umat Islam yang kita temui. Terutamanya bekas negara-negara umat Islam yang telah merdeka daripada Soviet Union Rusia.
Siapa yang Allah SWT rezekikan
panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang penuh bererti berlaku kepada agama Allah SWT dan umat Islam yang beriman. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tiada lama lagi akan ditemui iaitu pertama sedang berada diawal kurun ke15 hijrah. Kedua akan memasuki awal kurun ke 21 Masihi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi.

Dalam Islam, sejarah merupakan perkara penting. Sejarah adalah pendidikan dan pengajaran. Sejarah adalah guru terbaik. Sebab itu kalau kita lihat Al Quran, ia penuh dengan sejarah. Ia tidak seperti buku karangan manusia. Al Quran penuh dengan sejarah. Setiap ayat yang memperkatakan tentang hukum hakam, dikaitkan
dengan cerita sejarah.
Ulasan
Catat Ulasan