ROH KEPADA EMPAYAR ISLAM.
Roh kepada sebuah empayar Islam ialah terletak kepada terbangunnya insaniah manusia.Kemajuan material tidak akan ada apa-apa makna kalau insaniah manusia rosak. Ini apa yang telah berlaku kepada tamadun Barat sekarang. Pembangunannya mencakar langit tetapi insaniahnya separas rumput yang dipijak-pijak.
Maka terjadilah kehidupan manusia seperti berada dalam Neraka dunia. Manusia lebih dahsyat dari haiwan.
Ini, satu lagi perumpamaan buat manusia.Binatang ternak ni, kerjanya rutin.Tidur, bangun tidur, cari makan, rehat-rehat, tidur balik. Seandainya kereta meluncur laju di sebelahnya, binatang-binatang lain memberi respon dengan burung yang terbang atau kucing yang lari tetapi binatang ternak ni tiada beza. Mereka tak kisah pun apa yang berlaku dengan sekeliling.
Begitu binatang ternak.Seperti manusia. Bahkan manusia lebih teruk daripada binatang ternak kerana manusia dikurniakan potensi yang tiada pada binatang ternak.
Tetapi andai memilih hidup seperti tidur, cari makan, rehat-rehat, tidur balik, bahkan itulah manusia yang nilainya lebih rendah daripada binatang ternak. "Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan nya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-‘Araf, 7 : 179).
Bagi menyelamatkan manusia kembali dalam Islam, kita pastikan pendidikan Islam dibangunkan. Kerana didalam Islam pendidikan adalah asas dan nadi bagi umat Islam. Ia adalah kekuatan dasar bagi umat Islam. Ekonomi pula adalah kekuatan tambahan yang utama. Tanpa ekonomi umat Islam akan ketinggalan.
Namun,ekonomi tanpa pendidikan, umat Islam akan terus dipegang leher dan tengkuk mereka kerana ekonomi sahaja tidak cukup. Bahkan tanpa pendidikan yang cukup ia boleh merosakkan umat Islam.Pendidikan melahirkan umat Islam yang berwibawa, maju dan seiring dengan umat-umat lain.
Rasulullah saw diutuskan juga untuk mendidik manusia. Sedangkan ekonomi ketika Rasulullah belum lahir pun sudah meriah. Dan bangsa arab juga terkenal di bidang ekonomi di zamannya.
Hakikatnya, pendidikan tidak boleh dibiarkan, diabaikan, dipisahkan dengan umat Islam. Pendidikan juga menentukan masa depan generasi kita, masa depan negara dan bangsa lebih lebih lagi agama kita.
Ulasan
Catat Ulasan