Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih. Rahsia perjuangan yang disebutkan diatas inilah yang diulangi oleh Abuya didalam perjuangannya. Iaitu Abuya didalam mengisi perjuangannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Abuya membenteras sifat-sifat terkeji (mazmumah). Sebab itu setiap minggu Abuya buat kuliah di perkampungan Islam Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dalam pengajian tersebut Abuya berikan panduan sifat-sifat mahmudah yang wajib menjadi pakaian kepada para pejuang Islam. Sifat-sifat maz...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.