TAKUNGAN ROHANI.
"Takungan rohani. Ia memancarkan tahap keilmuan dan dalam tohor resam makrifat seseorang itu. Ada tersurat dan tersirat".
Perkara lahiriah apabila bertakung ia boleh jadi negatif.Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor. Lain halnya dengan persoalan roh. Hati atau roh yang terhimpun bermacam-macam rasa ia adalah tanda kita memilik hati yang hidup.
Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan-insan gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Berbicara tentang alam mereka yang berlapis-lapis, contoh madah-madah yang diukir ada yang mempunyai makna yang berlapis-lapis. Ada yang tersurat dan rasa yang tersirat.
Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup. Ia membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Sisi yang diambil tentunya cukup menyalahi perspektif orang awam. Nah! Di sinilah sekali lagi letaknya keistimewaan pemuda Bani Tamim ini. Ia memberi kesempatan kepada khalayak untuk menilai hidup, dunia dan kehidupan dari suntingan madah-madah yang keluar dari mulut wali yang mengungkap kan untuk panduan manusia di zaman moden ini.
Melalui kisah wali ini juga, kita dihidangkan dengan santapan tutur kata yang memiliki seribu hikmah. Kata-kata yang terbit dari seseorang sebetulnya adalah suluhan gambaran dalamannya; takungan rohani. Ia memancarkan tahap keilmuan dan dalam tohor resam makrifat seseorang itu. Melebihi dari segala-galanya, apa yang lebih penting ialah hikmah dan pengajaran dari tutur kata. Dan, dengan hanya memerhatikan
Orang roh seperti segala persoalan yang di timbulkannyaorang awam tidak menjangkaui.
Orang roh seperti segala persoalan yang di timbulkannyaorang awam tidak menjangkaui.
Wali ada dua tahap, ada yang berwatak Rasul dan ada yang berwatak nabi. Ini memberikan peranan yang berbeza. Wali yang berwatak Rasul wajib dia memimpin dan wali yang berwatak Nabi dia tidak wajib memimpin manusia.Suasana yang memukau kita untuk hanyut dan larut dalam menjengah misteri dan keajaiban ’syurga’ kehidupan yang melingkungi kehidupan wali.
Mari kita renungkan madah yang pernah Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi ungkapkan, " Yang di pertuan Agung dan Sultan ada peranan di era kebangkitan Islam". Selain menyerah diri kepada Allah SWT yang tiada taranya, tiada yang lain untuk kita serahkan untung nasib bangsa kecuali kepada raja-raja kita.
Raja Melayu ialah ketua agama Islam- yang majoriti daripada kita menyerah diri. Urusan adat istiadat Melayu dipegang erat oleh institusi diraja. Ia adalah amanah turun temurun ratusan tahun bermula daripada kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun lalu. Kisahnya mengenai adat istiadat Melayu diperturunkan kepada kita melalui karya agung orang Melayu, Sulalatus Saltin atau sejarah Melayu. "Sulalatus Salatin". Kuala Lumpur DBP hlm.3).
Mendaulatkan roh dengan memiliki sifat dan rasa kehambaan yang mendalam.
Jika itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu ia akan menghilangkan @ memusnah kan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riak, sum’ah, sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Tapi apabila rasa sifat kehambaan itu tidak wujud maka akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi.
Jika itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu ia akan menghilangkan @ memusnah kan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riak, sum’ah, sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Tapi apabila rasa sifat kehambaan itu tidak wujud maka akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi.
Kemudian jika sifat ketuanan jika dibiarkan subur, dibaja, maka akan lahirlah pada seseorang itu yang mana ia adalah milik Allah swt., maka jatuh dia kepada syirik. Waliyazubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang.
Begitulah yang dituntut oleh Allah taala kepada hamba-hamba-Nya. Apabila dari rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi, maka automatiknya lahirlah pada diri seseorang itu, hamba yang muslim sifat merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain. Bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf dan lain-lain lagi hingga merasa diri hina hingga merasa diri bersalah dan berdosa.
2) Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia merasa Tuhan memperhatikan dirinya dimana-mana sahaja.Dengan kata-kata lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia juga merupakan anak kunci segala kebaikan.Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan @ hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana dengan rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.
3) Sebagai peringatan bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati, maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan tumbuh. Maka ibadah yang semacam itu bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat sombong & riak, sum’ah & ingin dipuji. Rasa diri bersih, takut dengan Tuhan tiada.
Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubung kan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya @ Tuhan, tapi ia akan menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa yang semacam itulah biasanya mati tidak berampun, kerana seseorang itu dia tidak tahu atau merasa membuat dosa. Dosa itulah menyebabkan manusia mati di dalam su’ul khotimah kerana manusia, dia merasa membuat baik bukan membuat dosa & derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik, membuat dosa & derhaka di dalam taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah. Ini yang dikatakan taat dalam derhaka.
“Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau lihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau lihatkanlah perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan. Agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami. Amin! Ya Rabbal ‘Alamin.
Ulasan
Catat Ulasan