Langkau ke kandungan utama
ABUYA ADALAH ASET.

(Abuya  dengan ulama2 luar negara).

Abuya melakukan dakwah dalam pelbagai bentuk. Ada yang rasmi dan ada yang bersahaja. Ada yang disusun dan ada yang secara bersantai sahaja. Abuya buat XPDC jalan darat keseluruh Eropah. Disana pusat musuh Islam tetapi Abuya meneruskan azam buat dakwah dan XPDC dakwah. Dapat sambutan luar biasa dikalangan para pelajar terutamanya.
Boleh berdakwah dan berXPDC ke luar negara bukanlah perkara biasa. Ramai dikalangan kakitangan terutamanya bos-bos yang ada diatas ramai yang pernah kena dengan sentuhan dakwah Abuya.
Abuya memberi panduan kepada kita tentang dunia pada hari ini hanya dikuasai oleh dua kelompok sahaja. Kelompok pertama yang ingin menegakkan kebenaran, mereka mendapat motivasi dari Imam Mahdi. Kelompok kedua mereka yang menonjolkan kebatilan, mereka dirangsang oleh budaya yang diperkenalkan oleh Dajjal. Satu budaya yang mempertuhankan
hawa nafsu dan syaitan.

Abuya adalah aset umat Islam untuk kurun ini. Sebab orang yang sayang padanya terlalu sayang dan yang benci kepadanya terlalu benci. Bukan biasa-biasa yang berlaku kepada manusia. Yang sayang dan yang benci bukan biasa-biasa. Mereka bagaikan orang gila, samada yang sayang mahupun yang benci padanya. Tidak pelik kalau beliau menerajui para ikhwan.

Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya Taqwa Ikhwan
Kerana Taqwanya diberi pertolongan
Kerana Taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai Pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

Ia tawaran yang tiada tandingan. Allahu Haq.

Ketika Abuya lama di Thailand ada orang Bangkok dan Ching Mai yang masuk Islam ditangan Abuya. Salah seorang daripada mereka ialah wartawan veteran Chingmai. Beliau asalnya beragama budha. Semasa di Thailand Abuya melancarkan program kasih sayang. Ketika di Manila Philippines Abuya juga sempat mengislamkan orang yang asalnya beragama Kristian.

"Rasulullah SAW yang sentiasa bergurau senda"

Apa yang kita kena ingat, gurau senda juga merupakan salah satu rahsia dalam mengekalkan hubungan kasih sayang dalam rumah tangga yang bahagia! Gurau senda antara suami isteri sepatutnya dikekalkan setiap masa, setiap hari, kerana ia bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah malah ia juga dapat mengekalkan hubungan kasih sayang antara si suami dan juga isteri.

Sebagai contoh yang paling dirasai adalah daripada Rasulullah SAW yang sentiasa bergurau senda untuk mengekalkan keceriaan dan suasana yang bahagia bersama isteri-isteri Baginda dan juga anak-anak Baginda.

Kita sebagai umat Baginda seharusnya mencontohi perilaku kehidupan keluarga Baginda tidak kira sama ada terhadap isteri ataupun anak, dan cucu bagi mendapat pedoman yang paling tepat dalam mengekalkan kemesraan bersama keluarga.

Perkara yang sama dilakukan oleh Abuya terhadap keluarga nya. Abuya suka bergurau senda dengan anak dan cucunya. Abuya bergurau main-main menjadi harimau mengusik anak dan cucunya. Apabila Abuya yang hebat wibawanya dengan dia bergurau senda dengan anak cucunya yang pada asalnya takut, tetapi bila Abuya yang memulakan senda gurau hilang rasa takut. Tadinya suasana serius bertukar menjadi suasana ceria. Itulah pengalaman anak dan cucu bersama Abuya. Pejuang Kasih sayang dan memberi kita Tuhan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman