APA YANG ABUYA KONGSI BANYAK TELAH BERLAKU.
Malaysia berlaku peralihan kuasa tetapi secara aman. Perkara ini sudah puluhan tahun kita dengar dari Abuya sekarang menjadi realiti. Era komunis telah berakhir, ini ada di tulis dalam sajak Abuya tahun sembilan puluhan dan telah berlaku sekarang. Rusia terpaksa keluar dari bumi Afghanistan kerana sudah muflis. Tidak mampu untuk meneruskan operasi kerana kos operasi terlalu tinggi.
Abuya sudah diberitahu puluhan tahun lebih awal tentang dua kuasa besar dunia akan jatuh. Ketika Soviet masih berkuasa, Abuya telah menulis sajak tentang kejatuhannya. Sejarah telah membuktikan! Begitu juga, 20 tahun yang lepas Abuya menulis buku 'Barat Di ambang Maut'. Pada tahun 2012, dunia menyaksikan kejatuhan empayar barat yang diterajui Amerika.
Ada dikalangan tokoh-tokoh
Quraisy, sebelum Umar masuk Islam, Rasulullah pernah berdoa,
Quraisy, sebelum Umar masuk Islam, Rasulullah pernah berdoa,
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam”.
Rasulullah yakin bahwa Allah akan lebih menguatkan Islam dengan seorang dari kaum Quraisy yang pada zaman itu masih dalam kekafiran. Maka Rasulullah merealisasikan keyakinannya kepada Allah dengan cara berdoa.
Berarti doa adalah kunci yang sakti untuk mensukseskan dakwah Rasulullah.Budaya doa digunakan senjata untuk berdakwah dan menarik masyarakat adalah sunnah Rasulullah SAW. Perkara inilah yang dilakukan oleh Abuya iaitu mendoakan Tun Mahathir dapat mengulangi sejarah Abu Sufyan.
Kita pernah diberi maklumat yang kita dapat dari Abuya, apa yang akan berlaku pada negara Malaysia ini.
Namun ada dikalangan kita yang sanggup menuduh guru mursyidnya sendiri pembohong. Ketika kita dengar semasa belum berlaku lagi bukan tidak berlaku. Apa yang berlaku pada Abuya adalah ulangan sejarah. Rasulullah sendiri pernah dituduh pendusta. Iaitu ramai dikalangan umat Islam di zaman itu mendengar Rasulullah SAW sebut Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan Islam. Ketika Rasulullah wafat apa yang umat Islam dengar tetap tidak berlaku lagi. Maka ramailah dikalangan umat Islam yang murtad kerana menolak Rasul.
Maksud firman Allah:
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Ali Imran 3:144).
"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.(Al Maidah 5:54).
Para ahli tafsir mengatakan, yang di maksudkan dengan firman Allah: Kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah. Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang yang kafir, berjihad pada jalan Allah dan tidak takut pada celaan kepada orang yang suka mencela." Adalah Abu Bakar Ash Shiddiq RA dan sahabat-sahabatnya dalam usaha mereka memerangi orang-orang yang murtad dan tidak membayar zakat.
Dalam pemerintahan Abu Bakar Ash Shiddiq RA menjadi khalifah
, perkara utama yang dilakukannya ialah memerangi orang-orang murtad. Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.
, perkara utama yang dilakukannya ialah memerangi orang-orang murtad. Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.
*Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan golongan yang tidak mahu membayar zakat.
*Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika Abu Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.
*Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.
Ulasan
Catat Ulasan