Langkau ke kandungan utama

TEMBOK ROHANI.

BENTENG ROH.

Tembok rohani adalah benteng yang menghalang diri kita daripada melakukan maksiat.
Ia lebih kukuh daripada tembok-tembok yang dibina oleh manusia. Contohnya benteng rohani para Rasul, para Nabi, ketika tiada Nabi dan Rasul Tuhan datangkan para mujaddid yang menjadi benteng kepada Islam. Yang di anugerahkan kepada mereka hati-hati yang kental yang lebih kukuh daripada tembok besar Negeri China. Penulis sendiri berkesempatan menyaksikan kebenaran ilmu yang kita kongsikannya sekarang. Tembok China ini kekal kukuh hingga ke hari ini tetapi untuk menguruskannya perlukan pengendalian yang rapi supaya terus kelihatan kukuh.

Puasa adalah benteng rohani.
Rasulullah saw bersabda, "Puasa itu benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan jangan pula berbuat bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang puasa."
(HR Bukhari).

Puasa yang digambarkan bagaikan perisai atau benteng seakan-seakan dalam kondisi peperangan yang mampu menjaga pertahanan dari serangan dan gempuran musuh. Saat orang berpuasa pada dasarnya sedang membenteng kan diri dari serangan
hawa nafsu yang selalu menjerumuskan pada kenistaan dan kehinaan. Puasa mampu membentengi
 diri dari pergolakan jahat
 yang menyerang hati nurani
dan fitrah.  Ketika benteng peperangan mampu mempertahankan diri untuk melawan musuh, demikian juga puasa dapat membentengi diri dari perbuatan dosa.

Ketika perisai manjadi senjata untuk membangun kekuatan diri saat berperang, demikian juga puasa bagaikan baju besi yang dapat menguatkan batin dari ajakan nafsu bejat. Kerananya, saat seseorang yang sedang berpuasa diserang dan diajak berbuat jahat maka tidak otomatis langsung membalasnya dengan kejahatan tetapi cukup mengatakan sedang berpuasa.Tidak ada guna berpuasa jika tidak mampu meningkatkan moralnya, menyucikan jiwa dan  merevitalisasi fitrahnya. Inilah upaya untuk meraih takwa.

Ibnu Hajar Al `Asqalani menyatakan," Para ulama sepakat bahawa yang dimaksud puasa selain tidak makan dan tidak minum adalah puasa dari maksiat, baik secara ucapan mahupun perbuatan." Jika seseorang telah mampu melakukan puasa secara utuh, dimana puasanya dilaksanakan secara jasmani dan rohani, tidak hanya meninggalkan makan dan minum tetapi juga tidak berbuat jahat dan tidak melakukan maksiat.

Puasa akan memproseskan pada kemuliaan untuk menjadi hamba Allah SWT yang berakhlak mulia. Berakhlak kepada Allah SWT dan berakhlak mulia kepada alam semesta.
Kita sudah menghampiri bulan Ramadhan 1440H/2019M. Moga kita bersedia diproses kali ini untuk menjadi orang roh. Kali kita berharap orang Melayu atau umat Islam di ovohul hati mereka dalam bulan Ramadhan.
Supaya menjadi orang baru atau orang roh yang ada kekuatan untuk membela Allah dan Rasul.

PRU14 telah merubah suasana politik di Malaysia. Bahkan telah berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah negara selepas PRU14. Kerajaan yang memerintah sekian lama telah bertukar menjadi pembangkang.
Kalau UMNO memerintah selama 60 tahun, kini menjadi pembangkang. Perlu di ingat kerajaan-kerajaan terkuat di dunia dan empayar-empayar terbesar zaman silam, termasuk Empayar Ottoman yang bertahan 600 tahun, jatuh selepas para pemimpinnya berpecah. Sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah adalah guru yang terbaik. Apa yang telah berlaku perlu kita jadikan pengajaran.

Yang pasti semua pihak harus sedar kembali semula kepada Tuhan. Tuhan lakukan hari-hari itu dipergilir-gilirkan dikalangan
manusia. Tuhan pergilir-gilirkan antara Barat dan Timur. Kalau sebelum ini hingga kehari ini Tuhan beri peluang kepada Barat, kini dunia mula beralih kepada Timur.

Kini adalah giliran kebangkitan Islam yang tapaknya di Timur. Pusat Timurnya adalah di Malaysia. Negara-negara OIC sedar perkara ini sedang berlaku. Namun, dalam apa situasi sekalipun, siapapun yang memerintah perlu mengambil kira era kebangkitan Islam
sekali lagi. Supaya siapapun boleh menyesuaikan diri dengan apa yang telah Tuhan takdirkan.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman