KETUA BANI IBARAT KETUA BILIK DARJAH SAHAJA.
Ketua bani yang telah Abuya lantik ketika di Nilai negeri Sembilan, ibaratnya ketua kelas. Ketika guru tiada atau ada urusan tidak dapat masuk mengajar, ketua bani selaku ketua kelas dipertanggungjawab kan mengawal bilik darjah.Berkat pimpinan guru mursyid, kita mudah mengikuti apa yang diatur ke atas diri kita.
Murid-murid lain juga mudah sahaja memberikan kerjasama kepada ketua kelas. Ini adalah faktor berkat wibawa guru kelas tersebut. Wibawa antara guru dengan ketua kelas sudah tentu jaraknya antara langit dengan bumi. Inilah yang Abuya kongsikan dengan saya. Kamu walaupun timbalan, sebagai organisasi dilihat jaraknya hanyalah satu tangga sahaja.
Namun perbezaan murid dengan guru mursyid hakikatnya antara langit dengan bumi. Perkara ini selaku murid kepada mursyid, kita kena sedar dan faham hakikat tersebut. Supaya kita tidak ditipu oleh bisikan syaitan atau nafsu. Supaya kita selamat dari tipuan rohani ini, disinilah pentingnya peranan tawasul atau bersandarkan diri kepada guru mursyid.
Melalui disiplin yang dilakukan oleh guru mursyid dapat membantu kita hidup dengan Tuhan. Rasa bertuhan dan rasa hamba adalah sifat terpuji. Tuhan hendak kita dapat kekalkan rasa hamba kepadaNya. Bangun diwaktu malam sunyi dari manusia dapat membantu kita bermanja dengan Tuhan.Disiplin IKHWAN dan ASOIB lebih serius daripada umat Islam yang awam.
Waktu malam sunyi IKHWAN dan ASOIB memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir.
Para ikhwan dan Asoib sudah berada ditikar sembahyang sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu solat.Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi usaha beliau untuk melahirkan IKHWAN dan ASOIB sangat memberi fokus kepada hati kita.
Begitulah dibuat oleh beliau sepanjang masa. Beginilah jadual hidup yang telah di atur oleh Abuya untuk kita.
Kesan kepada hati kita, rasa diawasi dan diperhati oleh Allah taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan ada lagi dari seseorang itu. Rasa takutnya hanya kepada Allah SWT. Dia akan benar-benar merasa yang dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasib nya benar-benar ditentukan oleh Allah taala.
Maka apa yang tertanam dan terkesan oleh seseorang itu ialah dia takut hidayah yang telah Tuhan anugerahkan itu ditarik balik. Malu dengan Tuhan.
Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisplin, menunai janji. Apabila terbuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan terhubung dengan allah taala. Maka mereka itu di dalam keadaan macamana pun tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat.
Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri.Ketika guru mursyid tiada didalam kelas, diwaktu itu ibarat ketua-ketua bani berperanan hanya sebagai ketua kelas. Kemampuan ketua kelas tidak sama dengan guru. Ketua bani ibarat setitik air lautan sahaja dibanding dengan Abuya. Abuya dianugerahkan ilmu langsung dari Tuhan. Ketua-ketua bani mengambil ilmu dari Abuya bukan langsung dari Tuhan.
Ketua bani tidak kasyaf seperti Abuya. Untuk memimpin lahiriah manusia kita boleh belajar dari siapa sahaja. Namun untuk memimpin rohani manusia kita mestilah seorang pemimpin rohani yang boleh membaca hati manusia. Kalau tidak, kita tidak akan mampu mendidik mereka.
Ulasan
Catat Ulasan