Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi mengatur keluarganya seperti mengatur jemaahnya. Di rumah Abuya mendisiplinkan anak-anak dan isteri-isterinya melalui solat berjemaah. Masing-masing ada jadual harian membantu kerja-kerja di rumah.
Begitu juga jadual menyediakan persiapan menyiapkan musalla atau tempat sembahyang.
Begitu juga jadual menyediakan persiapan menyiapkan musalla atau tempat sembahyang.
Ada yang ditugaskan menjadi imam, ada yang menjadi bilal dan sebagainya.
Manusia mempunyai perbezaan dalam akal fikiran, perasaan dan cita rasa. Kepelbagaian ini menyebabkan manusia mempunyai perbezaan corak kehidupan dan minat.Perbezaan dan kepelbagaian ini merupakan perancangan Tuhan. Oleh itu, setiap manusia sepatutnya memahami bahawa mereka akan menjadi yang paling baik jika mereka dididik dan diasuh berasaskan kepada fitrah manusia yang diciptakan.
Di atas kepelbagaian tersebut Abuya menyusun dan mengatur keluarga dan anak-anak muridnya mengikut bidang, kebolehan dan syukbah yang dicetuskan dalam perjuangan nya.Hari ini, manusia dididik bukan sekadar hebat dalam aspek akademik tetapi juga hendaklah diseimbangkan dengan kekuatan dalaman khususnya aspek kerohanian.
Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi pencetus model keadilan, kedamaian, keamanan, Kasih sayang dan perpaduan yang merata di Asia Tenggara ini. Ia akan berkembang keseluruh dunia di era Ummah di bawah pimpinan Imamul Ummah iaitu imam Mahdi. Ketika itu perpaduan yang merata ke seluruh dunia. Ia menggantikan kezaliman yang sebelumnya kerana hati manusia rata-rata telah beriman dan bertakwa dan hidup memakai syariat Tuhan.
Ertinya model Islam is the way of life yang telah diperjuangkan oleh Abuya, telah diterima dan disukai oleh masyarakat. Menjadikan kehidupan aman damai, sejahtera dan harmoni.
Berlaku kasih sayang, perpaduan, tolak ansur dan bertolong bantu.
Berlaku kasih sayang, perpaduan, tolak ansur dan bertolong bantu.
Tiada keresahan dan kegelisahan.
Masing-masing merasa puas hati sabar dan redha dengan peranan dan kedudukan masing-masing. Begitulah kehidupan yang berlaku ada persamaan seperti di zaman mujaddid pertama iaitu khalifah Umar ibnu Abdul Aziz. Dan akan berlanjutan pula suasana itu ke zaman ummah pimpinan Al Mahdi.
Siapa hati yang belum rosak pasti merindui dan menunggu
berlakunya suasana demikian. Keadilan paling pokokdan utama ialah apabila roh manusia itu mengenal Penciptanya iaitu Allah SWT.Sehingga kenal itu membawa kepada taat dan ibadah. Kenal itu sehingga rata-rata hati manusia merasai rasa kehambaan dan berTuhan. Sehingga terbakar dan musnahsegala mazmumah yang menjadi racun perosak kehidupan manusia.

Ulasan
Catat Ulasan