ABUYA BERGELANGGANG DIPUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI BERTARAF DUNIA.
Universiti al-Azhar adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.
Muladibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas
Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi. Tunis ( تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah
sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Di sana ada sebuah universiti yang di kenali dengan universiti Zaitunah.
Ulama yang menjadi penggerak institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Timur Tengah menerima baik perjuangan Abuya. Seperti Universiti Qarawiyyin, Universiti Al-Azhar, Universiti Ez Zitouna Tunisia danUniversiti Jordan.
Amman Jordan adalah point paling penting dalam sejarah perjuangan Abuya. Di sanalah Abuya memulakan pendaratan nya untuk meneroka bumi. Di sanalah Abuya mendapat sokongan kuat di peringkat antarabangsa, untuk meneruskan ajarannya dan gerakannya. Abuya punya keluarga di sana
yang sangat menyayangi dan mengkaguminya.Abuya mendapat r
kawan dan penyokong di sana
hingga membolehkan Abuya mempunyai beberapa premis
di Amman. Aktiviti Abuya banyak dibuat liputan oleh televisyen Jordan.
di Amman. Aktiviti Abuya banyak dibuat liputan oleh televisyen Jordan.
Rasanya belum ada lagi individu dari Malaysia, mahupun jemaah yang berbuat seperti apa yang Abuya buat ini di Amman Jordan.
Pendokong kuat Abuya seperti Prof. Dr. abdul Salam Harraz ulama dari Morocco yang terus bersilaturrahim hingga ke hari ini. Dr. Hisyam Sultan (pensyarah) di universiti Amman Jordan, Syeikh Abu Musaab selaku orang kanan kepada Ketua kabilah As Syammar Jordan iaitu yang terus mendokong perjuangan Abuya. Kenalan baru dari ketua kabilah As Syammar Arab Saudi saya hubungkan silatur rahim dengan kawan Abuya Syeikh As Syammar Jordan. Abu Anas bekas menteri agama atau menteri Auqaf di Jordan.
Saya sendiri mewakili Abuya membuat hubungan silaturahim dengan Syeikh Al Azhar ketika itu iaitu Syeikh Jadulhaq,
Syeikh Sidi Abdullah As-Siddiq Al Ghumari dll.
Menurut Abuya Malaysia dan Indonesia banyak melahirkan pendakwah. Sementara Timur Tengah banyak melahirkan ulama. Ini telah dibuktikan oleh sejarah.Sejarah telah memberitahu kepada kita bahawa di Timur Tengah atau Asia Barat pusat melahirkan para ulama. Institusi yang terkenal hingga kehari ini ialah Al Azhar yang melahirkan ulama-ulama diseluluh dunia.Institusi Al Azhar telah berusia 1000 tahun lebih hingga kehari ini produktif melahirkan ulama-ulama dan cendikiawan Islam.
Perkara ini ada Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi kongsikan dengan saya.Bagi Timur pula khususnya Malaysia dan Indonesia banyak melahirkan para pendakwah. Perkembangan terkini di Malaysia, setiap saluran TV mencungkil bakat para pendakwah dan diambil sebagai jentera kepada saluran masing-masing. Contoh Imam Muda, pencetus ummah, Da'i dan sebagainya.
Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.
Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi
berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.
Dakwah biasanya bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak", dijadikan participle aktif suatu verb bermakna secara pelbagai "memanggil, menjemput" (yang akar trikonsonantal adalah د ع و). Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i, jamak du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan agama dengan suatu mubaligh.
(Universiti Qarawiyyin tertua di dunia)
(Universiti Qarawiyyin tertua di dunia)
Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas
Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi
(Universiti Al-Azhar yang kedua tertua)
Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi
(Universiti Al-Azhar yang kedua tertua)
Universiti Al-Qarawiyyin atau
Al-Karaouine ialah sebuah universiti yang terletak di Fez, Maghribi yang diasaskan pada 859, dan merupakan universiti beroperasi berterusan tertua di dunia. Madrasah ini telah menjadi salah satu pusat pendidikan dan kerohanian utama di dunia Islam. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi mempunyai hubungan yang baik dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Pada 1985 penulis mengikuti abuya berkunjung ke universiti Qarawiyyin. Prof. Dr. Abdul Salam Harraz adalah jentera penting di Universiti Al-Qarawiyyin.
Al-Karaouine ialah sebuah universiti yang terletak di Fez, Maghribi yang diasaskan pada 859, dan merupakan universiti beroperasi berterusan tertua di dunia. Madrasah ini telah menjadi salah satu pusat pendidikan dan kerohanian utama di dunia Islam. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi mempunyai hubungan yang baik dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Pada 1985 penulis mengikuti abuya berkunjung ke universiti Qarawiyyin. Prof. Dr. Abdul Salam Harraz adalah jentera penting di Universiti Al-Qarawiyyin.
Guiness Book of World Records telah mencatat kampus ini sebagai kampus tertua di dunia. Banyak sudah ilmuwan terkemuka yang lulus dari universitas tersebut. Di antara ilmuwan terkemuka itu terdapat beberapa nama seperti Ibn Rushayd Al-Sabti (wafat 1321), Mohammed Ibn Al-Hajj Al-Abdari Al-Fasi (wafat 1336), Abu Imran Al-Fasi (wafat 1015), dan beberapa tokoh lain. Tak hanya tokoh Islam, sebagian tokoh Yahudi juga pernah kuliah di kampus ini.
Ulasan
Catat Ulasan