ANTARA TAWAN DAN LAWAN.
Apakah lebih menguntungkan lawan atau tawan.Rasulullah tawan para sahabat. Rasulullah SAW menawan hati Saidina Umar al-Khattab. Beliau didoakan oleh Rasulullah SAW
agar masuk Islam.
Suatu ketika Umar ke rumah adiknya.Umar bin Khattab berkata, “Berikan kitab yang ada pada kalian kepadaku, aku ingin membacanya.” Maka adik perempuannya berkata, “Kamu itu kotor. Tidak boleh menyentuh kitab itu kecuali orang yang bersuci. Mandilah terlebih dahulu!” Lantas Umar bin Khattab mandi dan mengambil kitab yang ada pada adik perempuannya. Ketika dia membaca surat Thaha, dia memuji dan muliakan isinya, kemudian minta ditunjukkan keberadaan Rasulullah.
Ketika Khabab mendengar perkataan Umar bin Khattab, dia muncul dari persembunyiannya dan berkata, “Aku akan beri khabar gembira kepadamu, wahai Umar! Aku berharap engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah pada malam Kamis, “Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar bin Khatthab atau Abu Jahl (Amru) bin Hisyam.”
Waktu itu, Rasulullah SAW sedang berada di rumahnya.” Umar bin Khattab mengambil pedangnya dan menuju rumah tersebut, kemudian mengetuk pintunya. Ketika ada salah seorang melihat Umar bin Khattab datang dengan pedang terhunus dari celah pintu rumahnya, dikhabarkan nya kepada Rasulullah. Lantas mereka berkumpul. Hamzah bin Abdul Muthalib bertanya, “Ada apa kalian?”
Mereka menjawab, “Umar datang!” Hamzah bin Abdul Muthalib berkata, “Bukalah pintunya. Kalau dia menginginkan kebaikan, maka kita akan menerimanya, tetapi kalau menginginkan kejelekan, maka kita akan membunuhnya dengan pedangnya.” Kemudian Rasulullah menemui Umar bin Khattab dan berkata kepadanya, “Ya Allah, ini adalah Umar bin Khattab. Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar bin Khattab.” Dan dalam riwayat lain, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar.”
Seketika itu pula Umar bin Khattab bersyahadat, dan orang-orang yang berada di rumah tersebut bertakbir dengan nada semangat. Menurut pengakuan dia adalah orang ke-40 masuk Islam. Abdullah bin Mas’ud berkomentar, “Kami senantiasa berada dalam kejayaan semenjak Umar bin Khattab masuk Islam.”
NABI Muhammad yang diutuskan sebagai Rasul adalah seorang pemimpin ‘Rahmatan
lil ‘alaimin’. Baginda mempamerkan rasa kasih sayang kepada semua makhluk termasuk manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.
Baginda mempamerkan sifat kasih sayangnya tidak kira sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam yang menolak dakwahnya. Sifatnya itu yang menjadikan Rasulullah sangat dicintai umatnya.
Begitu juga dengan musuhnya yang merinduinya selepas kewafatan baginda. Walaupun Rasulullah seorang pemimpin yang tegas, tetapi dirinya tetap di dominasi dengan sifat kasih sayang.
Ketinggian akhlak dan sifat kasih sayangnya banyak memberi inspirasi kepada pemimpin besar. Seluruh keperibadian dan sifatnya adalah cerminan yang wujud dalam al-Quran.
Setiap kata-kata dan tindakan baginda akan menjadi ikutan sahabat di zamannya. Perakuan dan penjelasan mengenai nabi berakhlak dengan akhlak al-Quran itu pernah diungkapkan Saidatina ‘Aisyah.
Berikut beberapa hadis sahih yang merakamkan beberapa peristiwa menunjukkan betapa kasih sayangnya nabi ke atas manusia dan bagaimana tindak balasnya.
Dari Anas bin Malik, beliau berkata: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid.
Sahabat Rasulullah menggertaknya, tetapi Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.”
Maka, mereka (sahabat) membiarkan orang Arab Badwi itu sehingga dia selesai kencing. Selepas itu, Rasulullah memanggil lelaki berkenaan dan menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk berzikir, solat dan membaca al-Quran.”
Selepas itu, Nabi memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.
Kemudian, dalam hadis berikutnya, Anas bin Malik berkata: “Dahulu ada seorang anak Yahudi sentiasa melayani (membantu) Nabi, kemudian dia sakit.
Maka, Nabi mendatanginya untuk menjenguknya, lalu baginda duduk di dekat kepalanya, kemudian berkata, “Masuk Islamlah!” Maka anak Yahudi itu melihat ke arah ayahnya yang ada didekatinya, maka ayahnya berkata, ‘Taatilah Abul Qasim (Nabi SAW).”
Maka, anak itu pun masuk Islam. Lalu Nabi keluar seraya bersabda, “Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari
Begitu juga orang tertarik dengan perjuangan Abuya setelah melihat akhlaknya yg lemah lembut dan tutur katanya yang berhikmah dan manis
itu telah menawan hati masyarakat. Perjuangan Islam yang indah ibarat sebuah taman
yang indah, didalamnya penuh dengan pokok buah-buahan yang pelbagai jenis dan tersangat lazat rasanya. Dihiasi pula dengan pokok-pokok bunga
yang bermacam-macam jenis. Ada bermacam-macam bentuk pokok yang bermacam-macam bau yang harum dan cantik. Mewangikan taman, tersusun, teratur hingga sangat menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Betapa sejuk pemandangan mata apabila melihat daun-daun
yang menghijau. Di celah-celah pokok ada pula sungai yang mengalir jernih dan amat bersih.Kelihatan didalam sungai itu ikan-ikan yang berkejar-kejaran ke hulu dan ke hilir. Ini amat menghiburkan hati manusia yang memandangnya. Lebih mengindahkan taman itu lagi apabila terdapat haiwan-haiwan liar dan jinak yang pelbagai jenisnya. Taman itu terkawal dengan pagar yang gagah mengelilinginya.

Ulasan
Catat Ulasan