KAWAN ABUYA (WALI ALLAH).
Para wali-wali Allah SWT mereka adalah pewaris nabi bukan hanya dari sudut ilmu tetapi kelebihan-kelebihan lain juga diwarisi oleh mereka.
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Yunus 10:62).
Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman.
Kawan-kawan Abuya dikalangan tokoh-tokoh ulama di Timur Tengah terus mendokong perjuangan Abuya. Di kalangan kawan-kawan Abuya ramai yang Tuhan anugerahkan kepada mereka kasyaf dan ilmu laduni. Iaitu boleh melihat yang orang awam tidak boleh nampak.
Sebelum ini saya ada kongsikan dengan kawan Abuya yang kasyaf dikalangan ulama Melayu. Tapi kali ini saya hendak kongsikan dengan kawan-kawan Abuya yang kasyaf dikalangan orang Arab pula. Diantaranya ketua Badui Syeikh Syammar iaitu Sidi Abu Khalid. Semasa saya tinggal di Haramain selama 3 tahun. Menyaksikan kebesaran-nya iaitu kawan Abuya tersebut. Dia walaupun dihormati oleh Raja Saudi, contoh kalau dia berada di Mekah Raja siapkan Istana untuk dia boleh tinggal. Apa yang peliknya Syeikh Sidi Abu Khalid lebih suka duduk di Menara Zamzam di Mekah yang mengadap Kaabah.
Setiap kali berita dari orang Malaysia yang kenal Abuya bertemunya dia akan berkata kepada mereka, saya hanya nak bertemu dengan anak lelaki Abuya (Fakhrur Razi).Saya tidak pernah mengadu apa-apa pun padanya tetapi dia tahu perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia. Dia juga boleh menegur sapa langsung presiden Iraq yang lalu iaitu Sadam Hussein.

Seorang lagi Syeikh Sidi Abu Musaab. Setiap kali berkunjung ke rumahnya dihalaman rumah penuh dengan kereta-kereta mewah yang bertamu ke rumahnya. Ada yang datang dari Abu Dhabi, Kuwait, Iraq dan negara-negara Arab lain. Beliau kelulusan tinggi dari German.
Sebab itu tidak pelik Abuya boleh kongsikan dengan kita tentang perang Telok. Dimana Abuya ada menulis buku bertajuk, "Perang Telok Islam kembali gemilang". Begitulah kelebihan wali-wali Allah. Bumi Syam (Palestin, Jordan, hingga ke Syria). Arwah mufti Jordan ketika saya menziarahi di rumahnya beliau ada beri ilmu dan berkongsikan tentang kelebihan bumi Syam. Ia merupakan tempat terpilih dan disinilah akan sentiasa terdapat wali Allah yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt.
Para wali Abdal dari Syamlah yang akan membenarkan dan membaiah Imam Mahdi di hadapan Kaabah. Allah sentiasa kawal dan memelihara bumi Syria. Allah memberikan kemenangan ke atas para walinya dari kalangan Abdal. Diantara tanda pertolongan Allah keatas wali Abdal ialah Allah menurunkan hujan yang melemahkan musuh-musuh Allah hingga menenggelamkan mereka. Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. beliau berkata," Al-Abdal adalah dari Syam, dari kalangan mereka 40 lelaki. Apabila salah seorang dari mereka meninggal, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lain. Kerana merekalah, Allah menurunkan hujan, memberikan kemenangan terhadap musuhnya, dan dijauhkan bala dan azab dari penduduk Syam". (Musnad Ahmad, al-Mukhtara, ibn `Asakir, Hakim at-Tirmidhi, Fada`il as-Sham, al-Haythami, as-Sakhawi and as-Suyuti)

Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya yang dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pendedahan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya ada di antara hamba Allah (manusia) yang mereka itu bukanlah para Nabi dan bukan pula para Syuhada’. Mereka dirindukan oleh para Nabi dan Syuhada’ pada hari kiamat karena kedudukan (pangkat) mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala“ Seorang dari sahabatnya berkata, “Siapa gerangan mereka itu wahai Rasulullah? Semoga kita dapat mencintai mereka.“
Nabi SAW menjawab dengan sabdanya: “Mereka adalah suatu kaum yang saling berkasih sayang dengan anugerah Allah bukan karena ada hubungan kekeluargaan dan bukan karena harta benda, wajah-wajah mereka memancarkan cahaya dan mereka berdiri di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Tiada mereka merasa takut seperti manusia merasakannya dan tiada mereka berduka cita apabila para manusia berduka cita.” (HR. an Nasai dan Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya).
Ulasan
Catat Ulasan