Suatu hari ketika Abuya bersama kawannya iaitu Imam masjid Pakistan di Chaw kit road, iaitu Imam Abdul Ghani yang berasal dari Pakistan. Saya berkawan dengan anaknya yang bernama Mohd Irfan yang meneruskan perniagaan ayahnya di Wisma Yakin. Beliau membenarkan Abuya membuka markaz disalah satu ruang bilik di masjid tersebut.
Baiknya hubungan dengan Abuya, ada beberapa orang anak Abuya yang dia memberi nama, seperti Mohd Ikramullah, Mohd Inaamullah dan Mohd Nasrullah.Pejuang sufi yang berpegang dengan akidah ahli sunnah Waljamaah iaitu kumpulan umat Islam yang berada diatas landasan kebenaran untuk mendapatkan hakikat dengan cara beribadah dengan latihan untuk dapat sampai kepada kecintaan kepada Allah SWT.
Mereka memiliki ilmu yang boleh menyuluh hati. Untuk berjiwa sufi, perlu memiliki ilmu tasawuf lebih dahulu. Tasawuf berasal dari perkataan bahasa Arab. Perkataan tasauf diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi disini saya memilih salah satu daripadnya iaitu daripada perkataan
SOFA' ((صفاء) yang bermaksud hening atau jernih.
Ia bererti bahawa orang-orang Sufi merupakan orang yang bersih hatinya dan lapang dadanya. Pejuang Sufi mempergunakan dirinya untuk mencapai rasa kecintaan ketuhanan.
Mencapainya melalui elemen-elemen kerohanian.
Mencapainya melalui elemen-elemen kerohanian.
Iman mendorong seseorang itu hidup jiwa, akal dan fizikalnya. Ertinya rohnya hidup. Terserlah dalam kehidupan hariannya membantu isterinya dirumah. Ada aktiviti hidup seperti bercucuk tanam atau buat pembangunan, berniaga dan sebagainya. Ada masa lapang suka membantu orang lain. Lebih-lebih lagi ibubapanya sendiri dan terserlah fizikalnya aktif, rajin dan cergas.
Iman mendorong fikirannya tenang, tersusun, terpimpin dan tajam.
Suka muhasabah diri sehingga dari masa ke semasa terus meningkat.
Suka muhasabah diri sehingga dari masa ke semasa terus meningkat.
Wahyu yang Allah SWT turunkan berkaitan dengan pembangunan insan selama tiga belas tahun di Mekah. Manakala pembangunan material wahyu diturunkan hanya10 tahun di Madinah.
Dalam Al Quran disebut ayat makkiah dan berkaitan pembangunan material disebut madaniah.Akal yang bertunjangkan iman, fikirannya tersusun, tenang, mengawal perasaan, pintar tapi amanah, pandai tapi tawaduk.
Akal yang tidak bertunjangkan iman ibarat kipas berputar laju tanpa pemegang, boleh membahayakan dirinya dan orang lain. Ertinya kipas itu akan rosak dan membahayakan orang lain.Kekuatan akal yang tak bertunjangkan iman, jelas fikiran bercelaru, tidak tenang, tidak terkawal perasaan, pintar tapi menipu dan pandai tapi sombong.
Dalam Islam untuk mengawal akal, digalakkan makan kismis, makan buah badam, makan daging kambing,
makan halia, makan buah limau, sering bersiwak gigi dan sebagainya. Bagi menjaga akal tidak digalakkan minuman bersemut,Makan asam, tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
Kalau kita berjaya mengamalkan Islam baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan
apa yang difirmankan Allah SWT
dalam Quran:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ.
"Negara aman makmur dan mendapat ampunan Tuhan."
(Saba' 34:15).
apa yang difirmankan Allah SWT
dalam Quran:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ.
"Negara aman makmur dan mendapat ampunan Tuhan."
(Saba' 34:15).
Aman dan makmur bermula dari jemaah Bani, jemaah himpunan bani-bani, negara dan ummah.
Adalah kerana adanya ukhwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bekerjasama, bertolak ansur, maaf bermaaf-maafan doa mendoakan, bertolong bantu, bela membela, pemurah, dan berdisiplin setiap peringkat diatas.
Adalah kerana adanya ukhwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bekerjasama, bertolak ansur, maaf bermaaf-maafan doa mendoakan, bertolong bantu, bela membela, pemurah, dan berdisiplin setiap peringkat diatas.
Tokoh-tokoh sufi yang terkenal seperti Imam Al Ghazali, Al Hasan Basri, Al Qusyairi dan Syeikh Junaid Al Baghdadi. Mereka orang-orang yang memberikan kesan untuk mencapai makrifatullah atau menempuh jalan sufi. Golongan tasauf juga menentang golongan Muktazilah ialah pengusiran Wasil bin 'Ato oleh Al Hasan Al Basri daripada halaqah ilmunya. Golongan tasauf juga menentang golongan Syiah
yang membawa konsep tasyayyu' (propaganda Syiah).
yang membawa konsep tasyayyu' (propaganda Syiah).
Sebenarnya ilmu tasawuf, ilmu rohaniah, atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh.
Ulasan
Catat Ulasan