MELAYU MENERAJUI EMPAYAR.
Dalam era kebangkitan Islam kali ini Malaysia sebagai negara Islam yang berpengaruh di peringkat pertubuhan antarabangsa (PBB). Pengaruh Timur, khususnya kepimpinan Islam yang diterajui oleh Melayu di Malaysia menjadi sebutan dimana-mana pada hari ini.
Bersesuaian dengan perlembagaan di MalaysiaIslam adalah agama rasmi Persekutuan. Yang di Pertuan Agung selaku pemimpin yang menjaga agama dan negara. Ini satu anugerah besar dari Tuhan.Cuma bagi rakyat Malaysia ramai yang tidak faham.
Ketika XPDC dakwah bersama Abuya mengelilingi dunia, kami di tegur oleh ulama dari Tunisia dan Maghribi, menegur Abuya dan berkata: "Islam kali ini datang dari tempat kamu ke tempat kami". Ertinya kebangkitan Islam sekali lagi bermula dari Timur. Di antara yang menegur kami ialah ketua ulama Maghribi dan seorang lagi ulama yang bernama Prof. Doktor Abdul Salam Harraz seorang pensyarah di universiti Morocco. Hubungan dengan beliau kekal hingga ke hari ini. Saya meneruskan silaturrahim yang telah dimulakan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi.
Melaka di Malaysia dan Malaga di Spain atau Sepanyol. Melaka dan Malaga berasal daripada perkataan yang sama. Iaitu berasal daripada perkataan Arab. Melaka atau Malaga yang bermaksud tempat pertemuan.Melaka dan Malaga kedua-duanya adalah bandar pelabuhan. Kedua-dua pelabuhan tersebut sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan atau kedatangan dakwah Islam kesana.
Malaga: Sebuah bandar dengan
pemandangan seni yang meriah, bandar lama yang menawan dan muzium yang hebat. Kota yang berasal dari bahasa Arab yang maknanya ialah tempat pertemuan. Sepanyol, sudah menjadi salah satu daripada bandar-bandar yang paling sesuai di Eropah.Hampir 8 abad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan ibu kota Cordoba.
pemandangan seni yang meriah, bandar lama yang menawan dan muzium yang hebat. Kota yang berasal dari bahasa Arab yang maknanya ialah tempat pertemuan. Sepanyol, sudah menjadi salah satu daripada bandar-bandar yang paling sesuai di Eropah.Hampir 8 abad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan ibu kota Cordoba.
Melaka bandaraya bersejarah.
Kembara Sungai Melaka.
Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Kembara Sungai Melaka.
Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.
Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada hampir 60% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".
ملايو مليسيا Melayu Malaysia.
ملايو مليسيا Melayu Malaysia.
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia.
Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-
Baju Kurung
Baju Kebaya
Baju Melayu
Makanan Tradisi.
Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok,Keping, Budu,
Sata, Tempoyak, Otak-otak,
Sate, Roti Jala, Lontong,
Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.
Sata, Tempoyak, Otak-otak,
Sate, Roti Jala, Lontong,
Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.
Melayu dan dari manakah asal usulnya sering kali menjadi perdebatan ramai. Ada yang berpendapat bahawa bangsa Melayu itu sendiri tidak wujud. Melayu dikatakan terlahir daripada perkahwinan campur antara "penduduk tempatan" dengan saudagar-saudagar Cina, India, Arab dan Siam yang singgah di Semenanjung Tanah Melayu untuk berdagang semasa zaman kemahsyuran empayar-empayar di Tanah Melayu. Contoh negeri Melaka berasal dari bahasa Arab, iaitu dari perkataan ملقى yang bermaksud tempat pertemuan.
Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah wujud sekian lama di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan yang terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000 batu dari timur ke barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang terbesar di dunia. Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan termasuk juga Semenanjung Tanah Melayu ( Malaysia Timur).
Bagi menerajui empayar Islam, orang Melayu kena memiliki roh yang hidup. Roh yang hidup melahirkan jiwa besar. Sebaliknya roh yang tidak aktif atau jiwa yang tidak hidup melahirkan rasa-rasa
yang negatif. Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.
yang negatif. Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.
Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang. Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang, jiwa tidak hidup atau roh yang mati.
Ulasan
Catat Ulasan