Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih.
Rahsia perjuangan yang disebutkan diatas inilah yang diulangi oleh Abuya didalam perjuangannya. Iaitu Abuya didalam mengisi perjuangannya
dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Abuya membenteras sifat-sifat terkeji (mazmumah). Sebab itu setiap minggu Abuya buat kuliah di perkampungan Islam Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dalam pengajian tersebut Abuya berikan panduan sifat-sifat mahmudah yang wajib menjadi pakaian kepada para pejuang Islam. Sifat-sifat mazmumah dikikis dan dikeluarkan dari diri.
dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Abuya membenteras sifat-sifat terkeji (mazmumah). Sebab itu setiap minggu Abuya buat kuliah di perkampungan Islam Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dalam pengajian tersebut Abuya berikan panduan sifat-sifat mahmudah yang wajib menjadi pakaian kepada para pejuang Islam. Sifat-sifat mazmumah dikikis dan dikeluarkan dari diri.
Kalau tidak dapat hiasi dengan mahmudah dan buang mazmumah, tentulah mereka bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun.Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai,apa logiknya untuk tawan hati orang lain? Lebih-lebih lagi apa logiknya untuk tawan hati manusia dalam satu empayar?
Bukankah fitrah hati itu akan jatuh hati hanya dengan orang yang mempunyai akhlak terpuji?Hakikat yang berlaku ialah bila mereka cintakan Allah dan cintakan Akhirat, di waktu itulah mereka mengorbankan hidup dan mati mereka untuk Allah. Seperti orang bercinta, dia sanggup beri apa saja demi menunaikan hajat cintanya. Begitulah hati mereka dengan Allah.Hati, jantung, kaki, tangan serta seluruh anggota mereka gementar bila disebut nama Allah dan bila mendengar ayat-ayat-Nya. Mereka sangat cinta, rindu dan kasih kepada Rasul-Nya.
Bahkan hidup mati mereka diserahkan kepada Allah. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia.Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual ) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)
Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam.
Demikian Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia.
Sehingga tidak keterlaluan jika kita meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya Malaysia.Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat di Malaysia, diikuti di Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan kristian yang dahsyat, kini Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut. Lihatlah di negara-negara lain di sebelah Timur ini jika kedapatan Islam seumpama di Malaysia.
Ramai umat Islam pada hari ini mengejar Gelaran Dato',yb,prof,
Dr,Tun,Datin,dan banyak lagi gelaran yang dikejar oleh manusia. namun manusia lupa bahawa ada satu gelaran yang patut dikejar oleh manusia umat akhir zaman kerana jika sesiapa yang mendapat dan merebut gelaran ini nescaya dia bukan sahaja mendapat ganjaran Allah di muka bumi malah mendapat ganjaran di akhirat kelak. oleh itu marilah sama-sama kita merebut gelaran Ikhwan ini yang amat dirindui oleh junjungan kita Rasulullah SAW.
Dr,Tun,Datin,dan banyak lagi gelaran yang dikejar oleh manusia. namun manusia lupa bahawa ada satu gelaran yang patut dikejar oleh manusia umat akhir zaman kerana jika sesiapa yang mendapat dan merebut gelaran ini nescaya dia bukan sahaja mendapat ganjaran Allah di muka bumi malah mendapat ganjaran di akhirat kelak. oleh itu marilah sama-sama kita merebut gelaran Ikhwan ini yang amat dirindui oleh junjungan kita Rasulullah SAW.
Siapa itu Ikhwan akhir zaman……………
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Kata Sayidina Ali KMW,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Peristiwa perjuangan Tholut, kisahnya Tuhan abadikan didalam Al Quran bolehlah kita lihat cara Tuhan mencipta orang-Nya untuk menjadi pemimpin yang Tuhan siapkan.
Dengan ada orang yang persiapkan dan memperjuang kan Tuhan dan kasih sayang kepada manusia. Dirinya dididik untuk mengambil dan menyimpan sebanyak-banyak maklumat sedari kecil sama ada di aspek duniawi mahupun ukhrawi. Dia tidak mengeluarkan, kerana tidak bercakap tapi sangat memproses untuk mengambil pendirian sama ada untuk akal atau roh. Setuju atau tidak adalah rahsianya. Akal menutup mulutnya dari membuka semua maklumat itu.
Apabila tiba masanya, kata Abuya, barulah dia berlatih bercakap, bersyarah demi menyampaikan cita-cita perjuangan yang sudah meluap-luap dalam dirinya. Namun dalam sepanjang diamnya, dia dapatkan Tuhan untuk pengisian kekosongan yang dirasainya. Bacalah sajak-sajak Abuya sekitar tahun 2000, semuanya adalah kisah cintanya dengan Tuhan. Dan kerana kasih sayang itu begitu didahagakannya, maka jadilah dia manusia paling sensitif dengan penderitaan orang lain. Sepertimana dirinya yang amat menginginkan, dapatlah dirasainya betapa orang lain itu juga amat mengharapkan kasih sayang. Alhasil, Abuya tercipta sebagai tokoh yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang. Dialah bapa kasih sayang.
Ulasan
Catat Ulasan