Langkau ke kandungan utama

BELAJAR DENGAN LEBAH.



KEMARAAN ISLAM  TIDAK BOLEH DI BENDUNG.

Alhamdulilah kita sedang berada 
di era kebangkitan Islam sekali lagi. 
Kita sedang menyaksikan
suatu perubahan dari cara hidup
jahiliah kepada cara hidup Islam.
Golongan yang sedar dan insaf sudah menyeluruh. Penerimaan dakwah bermula dari golongan bawahan, atasan dan terakhir golongan selebriti. Apa persiapan kita untuk menyongsong dan mengendali kan kemaraan kebangkitan Islam tersebut.

Dulu orang berbangga dengan gaya hidup yang datang dari Barat. Gaya hidup Sunnah tiada siapa yang peduli. Kini era kebangkitan Islam produk makanan sunnah ada nilai komersil. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh University tempatan dan luar negara berkaitan produk Sunnah.  Manis madu melebihi 1 ½ paras ketinggian rasa manis daripada gula putih. Walau bagaimanapun, rasa manis madu tidak mendatangkan kesan buruk jika dibandingkan pengambilan gula putih.

Kerana kandungan madu yang terdiri daripada karbohidrat (79.8%) dan air (17%) mempunyai manfaat dan khasiat yang tersendiri; Nurul Fazriyanti (2015). Secara amnya, masyarakat mengetahui bahawa madu sangat berkhasiat untuk kesihatan badan. Antara contoh khasiat yang seringkali dikaitkan dengan pengambilan madu ialah kebolehannya menghilangkan batuk dan lelah, menambah tenaga dan meningkatkan daya ketahanan badan serta sebagai penawar bagi kebanyakan penyakit.
Dari sudut sains, sebagaimana hasil kajian oleh Brodschneider dan Crailheim (2010) menyatakan bahawa madu mengandungi karbohidrat, protein, lipid, vitamin dan mineral yang mana telah
dibuktikan mempunyai ciri antioksida. Selain itu madu turut mengandungi kandungan gula seperti glukosa, bahan fitokimia serta bahan lain seperti asid organik, vitamin dan enzim. 


Menurut Kamarulzaidi et al. (2012) menyatakan bahawa antioksida dan glukosa yang terdapat  dalam madu merupakan ciri-ciri yang memainkan peranan penting dalam memberikan kesan positif terhadap memori. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi sistem otak dan pengambilan madu sebagai pengganti dapat memberikan sumber karbohidrat yang baik.
Murujuk kajian dari Martos et al. (2008) pula menyatakan madu merupakan produk makanan yang bukan sahaja mempunyai kepentingan dari sudut nutrisinya malahan dari aspek
biologi dan fungsinya. Antara beberapa ciri penting madu yang dinyatakan adalah sifat antioksida, anti keradangan, antibakteria, antivirus dan keupayaan enzimnya yang dapat membaiki luka.
Dalam kajian tersebut turut menyatakan bahawa kebolehan ciri-ciri penting tesebut adalah disebabkan oleh sebatian fenolik yang terdapat dalam madu contohnya flavanoid .

Hartini Ahmad Rafaie et al.
elemen. Pernyataan ini turut disokong oleh Khalil et al. (2010) dimana menunjukkan madu merupakan agen antioksidan yang tinggi terdiri daripada sebatian yang mempunyai agen farmakologi dan ianya berpotensi untuk mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, gangguan
radang, penyembuhan luka, penyakit berjangkit dan penuaan.
Pengambilan glukosa dari madu boleh meningkatkan memori spatial dan membantu proses pembentukan memori melalui
pelepasan epinefrin yang akan meningkatkan pengeluaran asetilkolina dalam hipokampus dan amigdala otak. Sehubungan dengan itu, glukosa akan mengembalikan tahap tenaga selular yang digunakan dalam proses pembelajaran (Moore et al., 2006).
Penggunaan madu di Malaysia dewasa ini amatlah meluas di mana madu dihasilkan dalam pelbagai jenis di pasaran. Namun begitu, kadangkala madu yang dipasarkan adalah
bukan dari madu tempatan dan asli. Sehubungan dengan perkara ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil dan diberi perhatian dalam menggunakan madu sebagai makanan tambahan untuk mengelakkan beberapa masalah yang berkemungkinan berlaku.
Tentu kita ingin bahkan merindukan sebuah masyarakat
Islam mirip masyarakat salafussoleh. Yakni yang hidup
dalam suasana hidup yang indah yang pernah dikecapa oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat dan semua orang soleh 1400 yang lalu. Hidup diatas landasan syariat Islam.
Merujuk semua persoalan hidup
hanya kepada Allah dan Rasul.
Islam sebagai dinul hayah atau the way of life.
SALAH satu binatang yang terdapat dalam Al-Quran adalah lebah. Lebah terkenal dengan serangga yang sangat disiplin, setia dan rela berkorban. Dalam tugas hidupnya pembagian peran lebah ada lebah pekerja, lebah ratu dan lebah pejantan. Semua bekerja dengan teratur tanpa pernah saling berkelahi atau mengeluh. Segala hal yang tidak berguna disingkirkan dari sarang.
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu digunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bungabungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah An-Nahl: 68-69)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman