Langkau ke kandungan utama

SOLAT INSTITUSI PENDIDIKAN ROH.

(Universiti Qarawiyyin:القرويين).

Solat merupakan jambatan yang menghubungkan hamba dengan Tuhan. Melalui solat yang khusyuk dapat membina jati diri.Modul "Motivasi solat membina peribadi agung." Solat begini benar-benar berperanan sebagai
institusi pendidikan roh. Institusi roh yang cetuskan pembinaan lahir satu peribadi agung. 

Teks kuliah tersebut disediakan oleh Abuya sendiri. Di era kebangkitan Islam pertama banyak melahirkan peribadi-peribadi tersebut.  Ia pernah berlaku di zaman salafussoleh. Penghayatan solat adalah penting dan perlu dibudayakan supaya dapat berperanan sebagai pemangkin jatidiri dalam kehidupan seharian umat Islam.

Pengenalan Ibadat solat merupakan rukun Islam dan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Para sahabat dan salafussoleh menganggap ibadat solat adalah jambatan dan perantara antara hamba dengan Tuhan. Ia meletakkan manusia dalam situasi yang istimewa di hadapan Pencipta tanpa dibatasi sebarang tabir.

Maka tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh bukan sahaja dapat menghayati kelazatan dan kemanisan ibadah ketika solat, bahkan hasil ibadah yang dijiwai melahirkan peribadi agung dan mulia yang berjiwa tauhid, kemas syariat, tinggi akhlaknya dan berlumba-lumba ke arah kebaikan dan amal soleh. Dalam erti kata yang sebenar ibadah solat yang dihayati, berperanan membentuk sahsiah dan jatidiri yang mulia.

Untuk mengembalikan peranan roh institusi pendidikan di era kegemilangannya. Universiti Islam yang ada perlu kembalikan roh pendidikan Islam. Institusi pendidikan adalah yang paling layak untuk berperanan melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri.Dengan itu perlu dikaji kembali bagaimana umat Islam pernah mencapainya suatu ketika dahulu. 

Pihak universiti Islam perlu mengkaji semula, supaya dapat dikembalikan peranannya di era gemilang.
Asas pendidikan Islam ialah ketaatan kepada Allah SWT. Sekalipun pejuang-pejuang Islam itu tentunya sedar Islam jauh bezanya dengan ideologi, sama ada dari segi kesempurnaan undang-undang, tujuan melaksanakannya, teknik
perjuangannya atau hasil diperolehinya, namun sewaktu memperjuangkannya, mereka lakukan sama seperti apa yang dilakukan oleh pejuang-pejuang ideologi.

Kita mengharapkan diera kebangkitan Islam ini pihak-pihak yang bertanggungjawab menghidupkan kembali peranan terhadap pendidikan Islam melalui universiti yang sudah tersedia kemudahan infrastruktur yang lahir. Sudah tentu universiti Islam yang sudah lama wujud dan masih utuh fizikalnya boleh mainkan peranan dan lakukannya. Kita sambut atau tidak Islam pasti gemilang di era ini. Kerana kita berada di era kebangkitan Islam.

Universiti Qarawiyyin yang tertua di dunia ini adalah antara salah sebuah universiti dalam senarai ini yang masih beroperasi sehingga ke hari ini. Institusi ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Fatima al-Fihri, yang merupakan anak kepada seorang hartawan. Bermula sebagai sebuah masjid, ianya mula berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan yang terbesar di Afrika. 

Ketika awal penubuhannya, universiti ini hanya menawarkan subjek sains semula jadi kepada para pelajarnya. Sejak tahun 1957, jurusan-jurusan sains lain mula ditambah ke dalam portfolio universiti. "institusi pendidikan tertua 
yang terkenal ada di dunia  " oleh Guinness Book  of World Records."

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi pernah bertamu ke rumah salah seorang tenaga penting di  Universiti Qarawiyyin tersebut. Beliau ialah Profesor Dr. Abdul Salam Harraz. Banyak perkara yang Abuya bincangkan berkaitan dengan kebangkitan Islam dan peranan pendidikan Islam. Perbualan dua orang tokoh tesebut sangat rancak.
Pendidikan menentukan hala tuju satu-satu bangsa didunia ini.

 Untuk memulihkan kembali masyarakat yang tidak jelas hala tuju hidupnya, kita kena tanamkan kembali rasa takut dan cintakan Tuhan. Apabila roh institusi Islam dapat disuntik kembali dalam institusi pendidikan yang ada, kita akan saksikan kegemilangan jati diri umat Islam terserlah kembali.Pembentukan tamadun Malaysia yang diterajui oleh masyarakat Melayu pasti ada nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu.

 Kajian ini memilih nilai budaya masyarakat Melayu dalam asas pembentukan sebuah empayar atas nama Islam.Umat Islam di Timur Tengah mengiktiraf, apa yang ada di Amerika ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika iaitu kemeriahan amalan Islam.Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, namun kajian ini menitik beratkan nilai budaya masyarakat Melayu.

Dalam dunia sekarang, nilai-nilai ini seakan-akan tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar. Perubahan demi perubahan memberi kesan yang amat mendalam dalam nilai-nilai budaya masyarakat Melayu.Agama Islam menjadi tunggak masyarakat Melayu di Nusantara khususnya di Malaysia.Agama Islam menjadi pegangan rasmi perlembagaan Malaysia. Ertinya masyarakat Melayu rata-ratanya mengaku beriman dengan Allah dan Rasul. 

Begitu ramai yang bercakap mengenai iman tetapi sedikit hati yang benar-benar beriman. Walaupun pembangunan hidup dan kemajuan kebendaan sudah sampai ke kemuncaknya tetapi pembangunan insan semakin hari semakin runtuh.
Dunia makin dipenuhi oleh insan yang miskin dengan akhlak dan budi pekerti. Untuk keluar dari kemelut ini bererti wajib menanam "iman" dalam diri, keluarga dan seluruh masyarakat manusia. 

Bagaimana caranya dan apakah jalan-jalannya serta panduan untuk maksud itu.Kita kembalikan manusia itu supaya mengenal Allah SWT. Sehingga manusia itu timbul rasa cinta dan takutkan Tuhan.Cinta dan takutkan Tuhan menjadikan manusia itu suka untuk beribadah. Buah daripada
Ibadahnya melahirkan manusia yang baik. Dirinya akan dihiasi dengan akhlak mulia dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungkait rapat dengan ilmu hati atau ilmu rohaniah.

Melayu baru yang akan menerajui empayar atas nama Islam, mereka itu memiliki ilmu rohani. Sekaligus mereka mempraktikkan ke dalam diri
mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada manusia lain.Dengan kata-kata lain, mereka
menjadi model hamba Allah SWT yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

Ilmu rohaniah ertinya yang berkait dengan roh (hati nurani manusia) ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini iaitu:
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Maksudnya,
Beruntunglah orang-orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang -orang yang mengotorinya
(Asy Syam 9-10).

Selama ini kita hanya bersandar dengan ideologi hasil ciptaan akal manusia. Undang-undang dan peraturan ciptaan manusia hanya mengesan benda-benda yang lahiriah, yang dapat dilihat mata lahir dan akal serta logik sahaja. Ia tidak dapat mengesan rohaniah dan perasaan manusia.Maka dengan akal sahaja manusia tidak nampak kebenaran. Dan kalau pun nampak sedikit sahaja. Kadang-kadang tersalah dalam membuat hukum dan peraturan.
Kesalahan kecil dihukum terlalu
berat, kesalahan besar dan berat dihukum terlalu ringan. Banyak manusia yang memberontak.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman