Langkau ke kandungan utama

ABUYA MENGHARGAI KAWAN.


MENGHARGAI KAWAN.
Mencari sahabat atau kawan sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui. Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.
(Abuya pernah buka perkampungan Islam di Merbok Kedah Malaysia)

Sebelum Abuya buka perkampungan Islam di Sungai Penchala, KL. Abuya dari dulu lagi kawan-kawan baiknya dikalangan masyarakat antarabangsa. Seperti Imam masjid Pakistan di Chaw kit road iaitu Haji Abdul Ghani yang juga membuka kedai alat ibadah di bangunan wisma Yakin Kuala Lumpur. Seorang pendakwah dari Afghanistan Syeikh Amanullah. Beliau suka meraikan tempat-tempat atau markaz Abuya. Beliau seorang hafiz yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.
(Masjid Pakistan di Chaw Kit Road Kuala-Lumpur).

Abuya suka menghargai kawan-kawannya. Satu hari saya pergi ke KL. Disana saya bertemu dengan kawan lama iaitu anak Imam masjid Pakistan di Chaw kit road iaitu Irfan. Dia bertanyakan kepada saya, dimana Ikramullah dan Inaamullah? Saya tersintak kerana dia menyebut nama-nama anak Abuya. Saya bertanyakan padanya macamana tau nama tersebut?
Dia kata ayahnya bagi nama abg-abang saya pada Abuya.
(Bersama arwah Prof.Dr. Pak Tasman salah seorang menantu Abuya.

Nama Ikramullah, Inaamullah biasanya suka digunakan oleh orang-orang Pakistan atau Afghanistan. Antara nama-nama yang popular dikalangan masyarakat mereka.Abuya baik dan rapat dengan ayah saya kerana ketika itu, Abuya buka markaz dekat dengan rumah kami iaitu dalam kawasan masjid. Dari sana mereka berkawan baik. Hingga nama-nama abang saya dikongsikan dengan Abuya, tanda rapatnya hubungan mereka.

Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka. Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yang menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.

Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.Berkawan atau bersahabat atas nama Allah. Ya,
 inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita berkawan kerana Allah, ertinya kita berkawan atas nama Allah. Hanya atas dasar keredhaan Allah kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

Bila semua hati-hati manusia sudah terikat dan tertambat dengan satu ikatan yang sama, iaitu kepada Allah SWT maka secara automatik hati-hati mereka akan bersatu padu dan berkasih sayang.
Siapa yang cinta kepada Allah akan mencintai segala makhluk Allah, lebih-lebih lagi manusia yang sejenis dengannya. Ada hadis yang bermaksud: "Tidak benar cinta seseorang itu kepada Allah kalau dia tidak
mencintai makhluk ciptaan Allah."

Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."      
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman