YAHUDI TAHU RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM. (Masjid Aqsa). (Kubah berwarna emas dipanggil Kubah Syakhrah). Manusia yang tidak mahu menyembah dan menyuburkan rasa-rasa yang sepatutnya kepada Allah. Ertinya manusia itu tidak mahu menyembah Allah. Tidak mahu mengagungkan Allah. Jadi kalau manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Ertinya manusia itu melawan dirinya sndiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jawatannya tinggi dan hartanya banyak. Buktinya banyak. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan m...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.