Langkau ke kandungan utama

MASYARAKAT MELAYU DI ERA KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA.

MASYARAKAT MELAYU DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.




Selawat Perdana – Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Selawat Perdana berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan. Syukur..Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang turut serta untuk menjayakan program ini. Allahuakbar
Sebahagian pengunjung Selawat Perdana hampir setengah juta yang hadir pada Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul, di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya. Suasana senyap seketika tatkala alunan qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dipimpin Habib Syeikh Abdul Qadir dan Habib Ali Zainal Abidin diperdengarkan. – Metro


Sesungguhnya ingat-mengingatkan adalah diperintahkan oleh Allah SWT. Maksud firman Allah: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."(Az Zaariat 51:55).
Sejajar dengan perintah Allah ini marilah kita berusaha mengikut kaedah yang telah Islam tetapkan. Jauh sekali untuk memperkecil-kecilkan individu, masyarakat dan badan-badan NGO Islam. Justeru itu, segala kesilapan, kelemahan dan kegagalan yang berlaku bukanlah hendak menunding jari kepada sesiapa. Malah ianya bertujuan untuk diperbaiki bersama. Ruang dan peluang terbuka luas kiranya kita tidak mempunyai sikap berputus asa. Sebenarnya segala kesilapan, kelemahan dan kegagalan ini juga merupakan didikan Allah 


Janganlah berputus asa. Bermula tahun tujuh puluhan masyarakat Melayu di Malaysia, masyarakat Melayu di Singapura dan masyarakat Melayu di mana saja berlaku transpormasi berbangga dengan Islam. "Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai pengalaman dan pengajaran masa yang sedang berjalan diisi dengan amalan dan masa depan jangan diangan-angankan." (madah Abuya Imam Ashaari At Tamimi ).


Semoga  kita sebagai umat Islam dapat kembali kepada peranan yang sebenarnya sebagai Makhluk Allah dimuka bumi ini. Dengan kata-kata yang lain kita kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Segala masaalah akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik sekali. Masyarakat Islam sudah mula berhijrah kepada Islam. Apa sahaja produk Islam mendapat tempat di hati umat Islam di Malaysia. Kebelangan ini telah menjadi viral produk makanan sunnah. Bukan sahaja mendapat tempat di media arus perdanan tetapi juga papan-papan iklan di lebuh raya juga mendapat tempat produk sunnah. 


Semenjak tahun 70 puluhan masyarakat Melayu telah menunjukan perubahan. Mereka telah berhijrah atau melakukan transpormasi kepada Islam. Buah daripada perubahan masyarakat Melayu kita dapat lihat modes operandi berdasarkan syariat mendapat tempat. Perubahan terkesan dalam banyak bidang kehidupan. Samaada dibidang pendidikan, dibidang ekonomi, dibidang kebudayaan dan sebagainya. Bank-bank tempatan dan juga bank luar negara berlumba-lumba menawarkan produk masing-masing berasaskan syariah. Pelabur-pelabur negara luar banyak membuka projek di Malaysia termasuk dibidang peruncitan. Seperti pasaraya yang berorentasikan produk sunnah menjadi viral di Malaysia. Produk kelengkapan alat ibadah tumbuh bagaikan cendawan tumbuh.


Kelengkapan untuk mengerjakan haji dan umrah juga mudah dicari. Bukan sahaja perkhidmatan syarikat menguruskan haji dan umrah juga merata negeri di sekuruh Malaysia. Khidmat kiriman barang-barang dari Timur Tengah juga banyak syarikat mengendalikan. Untuk mendapatkan air Zam Zam sekarang amat mudah melalui syarikat yang mengendalikan urusan umrah dan haji juga menawarkan khidmat penghantaran Air Zam Zam. Istilah-istilah muamalat Islam sudah tidak asing lagi. Seperti perbankkan tanpa riba adalah slogan paling popular. Mudharabah' Murabahah dan sebagainya.


Rasulullah SAW memulakan kebangkitan Islam dengan membawa manusia kepada Tuhan. Pendekatan dakwah dengan akhlak mulia yang bersifat lisanul hal. Penampilan akhlak yang mulia menjadikan manusia tertarik dengan apa yang diperkatakan. Pada kebangkitan Islam pertama yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk menyempurnakan akhlak manusia. Baginda SAW membawa Tuhan kepada manusia. Itulah modus operandi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah. Setelah berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah SAW memperkenalkan model sistem hidup yang berasaskan syariat. Operasinya berjalan selama 10 tahun.


Ertinya manusia diberi Tuhan selepas itu baru diberi peraturan hidup.
Tanamkan ke dalam hati manusia jiwa Tauhid. Kerana "Awalluddin makrifatullah". Awal-awal agama adalah mengenal Allah. Akhirnya terbangunlah model kehidupan Islam yang membesarkan Allah dan Rasul di dalam kehidupan manusia. Apabila manusia mendapat Tuhan Ertinya mendapatkan segala-segalanya. Para sahabat bertebaran keseluruh dunia memberikan Tuhan kepada mereka. Dengan kaedah tersebut Islam berkembang keseluruh dunia. 


Para sahabat bertebaran dengan misi mengenalkan Tuhan kepada dunia. Para sahabat pergi berdakwah dan mengembangkan Islam berbekalkan kekuatan roh tauhid yang dibekalkan Baginda SAW  kepada mereka. Jika tanpa kekuatan roh atau hati yang luarbiasa, bagaimana mungkin Islam boleh berkembang. Sekalipun bangsa-bangsa yang tidak memahami bahasa mereka tetapi tertarik kerana akhlak mulia yang mereka tampilkan. Dengan hati dan jiwa yang diserahkan 100% kepada Allah untuk dicatur, setiap tempat persinggahan mereka akan menerima ajaran yang suci lagi murni ini. 


Berkembanglah Islam dengan begitu pesat sekali. Sebahagian besar mereka berkeluarga dengan masyarakat tempatan di sesebuah tempat, maka lahirlah generasi dari keturunan sahabat yang meneruskan cita-cita besar ini. Mari kita lihat sebuah percaturan Maha Ghaib terhadap kejadian ini. Para sahabat yang keluar berdakwah, mereka akan memilih tempat-tempat yang strategi untuk pertemuan sesama mereka. Tempat laluan dan persinggahan pedagang dan pengembara, di situ adalah tempat terbaik untuk bertapak dan berdakwah, seterusnya menyusun strategi demi Islam yang tercinta. 


Para sahabat, tabiin, tabiut tabiin, mereka tidak semberono dalam berjuang. Hati-hati mereka sentiasa dipandu oleh Baginda SAW. Kalau tidak, bagaimana Islam sampai kepada kita? Bahkan demi kebesaran Islam, sebahagian kita adalah dari keturunan mereka. Akhirnya semua benua yang ada dihuni oleh manusia menerima Islam. Benua Eropah, Benua Afrika, Benua Asia dan sebagainya. Pusat empayer Islam bemula di Timur Tengah, kemudian pernah berpusat di Benua Afrika, kemudian berpusat di Eropah dan sekarang berpusat di Timur. Semua bangsa pernah menerajui empayer atas nama Islam dan kini giliran bangsa Melayu di Timur yang belum lagi menerajui empayer Islam.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...