Langkau ke kandungan utama

RUMAHTANGGA SEBAGAI TAPAK PERJUANGAN.

RUMAHTANGGA SEBAGAI TAPAK PERJUANGAN.


Rumahtangga adalah sebagai  tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkan umat seluruhnya. Dalam Islam persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam. Sama ada kita sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Apabila dicungkil yang tersirat tentang perkahwinan banyak hikmah yang dapat digali. Apabila disuratkan ia menjadi panduan dalam mendirikan rumahtangga. Ia adalah wadah mendapatkan kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang Allah SWT.


 "Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan rohani. Apabila manusia tidak mendapatkannya, maka jiwa derita, hilanglah kebahagian. Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian " (Abuya Ashaari At Tamimi ).


Mendirikan rumahtangga ibarat mendirikan masjid, tidak cukup rasanya kalau ditegakkan bangunannya saja. Individu-individu yang terlibat perlu juga dilengkapi dengan pengetahuan tentang tujuan dan falsafah mendirikan masjid yang diasaskan oleh taqwa itu. Agar masjid yang indah itu benar-benar membawa manusia kepada Allah dan ke syurga. Supaya masjid tidak sepi dan huruhara. Perkahwinan memang ibarat mendirikan sebuah masjid.


Tuan pemiliknya mesti tahu mengapa perkahwinan itu ditegakkan dan bagaimana cara-cara menjaga rumahtangga, membangun dan menyelesaikan masalah-masalah. Serta tahu apa hasil yang semestinya diperolehi. Suami dan isteri, ibu dan bapa juga masyarakat nya mesti tahu secara mendalam apakah tujuan dan falsafah perkahwinan yang dibina itu! Tanpa tahu tentang hal ini maka jadilah rumahtangga kita umpama kapal yang diserahkan kepada nakhoda tanpa izin mengemudi.


Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor insaniahłah yang paling utama. Manusia adalah aset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir, manusia adalah pengurus dan lain-lain. Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positive negative, kuat lemah,sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana intitusi, manusialah menjadi faktor utama. Pembinaan insan menjadi faktor utama.


Apabila disebut manusia, dimana harus bermula? Tuhan yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka Tuhanlah yang yang memberi jawapan kepada persoalan dimana harus bermula. Tuhan telah memberi tahu dengan firman-Nya:"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar Ra'd 13:11).


Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, nafsu, akal dan jasad. Apa yang Tuhan maksudkan 'mengubah apa yang áda dalam diri' ialah perubahan roh,nafsu, dan akal sementara jasad mengikut sahaja. Rah,nafsu dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan itu adalah roh atau hati. Roh atau hati merupakan raja diri. 


Nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati. Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati. Hati yang baik, yang berisi dengan iman dan taqwa, atau memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan atau merasa takut dan cinta kepada Tuhan akan menzahirkan sikap, tabiat, tingkah laku, perangai atau akhlak yang terpuji. Atau terzahirlah pada manusia itu berbagai-bagai sifat positif. Apa sahaja sifat positip yang diidamkan oleh manusia semuanya terbit dari hati yang takut dan cintakan Tuhan.


Keberkesanan fungsi rumahtangga dapat dilihat dan diukur pada situasi masyarakat. Kerana rumahtangga penentu dan penyumbang utamanya. Kalau ahli rumahtangga itu bertaqwa, takut dan cintakan Tuhan, hidup aman damai, harmoni dan bahagia, maka masyarakat pun akan turut memiliki ciri-ciri tersebut. Runtuhnya intitusi keluarga, berkrisis, bergaduh, hilang kasih sayang, roboh perpaduan, maka masyarakat pun turut dilanda dengan berbagai gejala sosial.


Apabila rumahtangga gagal berfungsi sebagai pusat pendidikan, sebagai pusat kasih sayang, sebagai pusat pembinaan akhlak, gagal sebagai tempat menyuburkan iman dan taqwa, maka faktor-faktor lain hanyalah membantu menambahkan parahnya masalah sosial. Apabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang dihati kedua-dua pihak itu' yang dizahirkan melalui senjata.


Disini barulah disedari bahawa amat penting manusia kembali kepada mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di Akhirat yang kekal abadi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...