Langkau ke kandungan utama

JORDAN POINT PALING PENTING BAGI PERJUANGAN ABUYA.


Ketahuilah dan percayalah bahwa Allah lakukan untuk kemenangan agamaNya. Allah telah memperlihatkan kuasa-Nya yang Maha agung itu pada kebangkitan pertama. Yakni dengan menjadikan 1001 keajaiban kepada pemimpin-pemimpin yang dilantik-Nya untuk melakukan kerja-kerja kebangkitan Islam hingga mencapai tahap imperium. Melalui mereka-mereka yang sekarang semuanya ghaib dan roh itu, Allah akan rubah lagi bumi ini kearah Islam, sampai ke tahap ianya sudah siap untuk memerintah. Maka pada waktu itu akan ‘menjelma’ kembalilah orang Tuhan. Mereka bertindak  mengikut fasa masing-masing untuk mengambil peranan masing-masing. 


Perkara yang sama Tuhan akan lakukan pada kebangkitan kedua dengan peranan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Abuya menjadikan  Timur Tengah pusat pergerakannya. Amman Jordan memang point paling penting dalam sejarah perjuangan Abuya. Di sanalah Abuya memulakan pendaratannya untuk meneroka keseluruh dunia. Di sanalah Abuya mendapat sokongan kuat di peringkat antarabangsa, untuk meneruskan perjuangan dan ajarannya Abuya mendapat ramai kawan dan penyokong. 


Kejayaan Abuya melebarkan sayap perjuangannya ke 16 buah negara walaupun berdepan dengan pelbagai ujian sepanjang usia perjuangan nya, telah menarik perhatian ramai intelek apabila apabila kertas kerja mengenainya dibentangkan oleh Dr.Muhammad Syukri Salleh di Universiti Georgetown di sini pada Mac 94. "Ternyata Abuya adalah tokoh gerakan sufi yang progresif,"ulas Dr.Gisela Webb, pensyarah Universiti Seton Hall, New Jersey selepas pembentangan mengikuti kertas kerja di Menyuarat Agung Ke 11 The American Council for the study of Islamic Societies itu.


Daya kepimpinan tinggi. Ia (tulisan Abuya) menggambarkan daya kepimdan pengetahuannya yang tinggi. "Selama ini Islam digambarkan sungguh menggemparkan, militan dan perlu ditakuti. Tetapi Abuya menggambarkan keamanan. Pendekatannya sungguh menarik. Ia berdamping dengan masyarakat."(Judith Nagata, sarjana dari Universiti York, Kanada. Orang biasa yang luar biasa. "Abuya adalah orang biasa yang luar biasa. Pemikiran Abuya memiliki keseluruhannya. Inilah orang yang Tuhan hantar untuk dunia ini.
(Vitaya Matitam,Ketua editor akhbar Naona,Utara Thailand.


Abu Khairullah dari Manila, tertarik dengan gaya kepimpinan Abuya.
Nama sebenarnya sebelum Islam ialah, Pandu Cayentana, 33 tahun. Pegawai bahagian keselamatan di Istana Malacanang, Manila. Dia mengalami kegelisahan, kecelaruan, kerungsingan luar biasa dalam hidupnya. Hatinya resah dan dia pun tidak tahu jalan keluarnya. Dia pun berdoa kepada Tuhan supaya diberikan jalan keluar. Seminggu berikutnya dia ditakdirkan Tuhan bertemu dengan Abuya dan meminta di Islamkan. Selepas dia mengucap syahadah, semenjak itu Abu Khairullah merasakan seperti dibasuh kepalanya dengan air yang sejuk dan nyaman. 


Abu Khairullah benar-benar dapat rasakan bahawa Tuhan telah memberinya petunjuk. Lebih-lebih lagi setelah dia bertemu dan mengenali Abuya melalui dua buah buku This is our way dan The west the brink of death. Kedatangan Abuya di Manila, Filipina di sambut oleh keluarga Kristian. Setelah Abu Khairullah memeluk Islam kemudian diikuti oleh keluarganya. Iaitu isterinya, ibu dan bapanya juga memeluk Islam. Mereka sekeluarga tertarik dengan peribadi Abuya dan mendorong mereka memelok agama Islam. Manakala sambutan baik daripada golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama Kristian di sini.


Nenek kepada Abu Khairullah, Paulie Cayetano, 80, seorang ahli politik dan pejuang hak asasi manusia, adalah juga antara orang yang menuggu-nuggu kedatangan Abuya. Seperti juga Louei, Madam Polly kagum dengan kemampuan Abuya merubah perangai Abu Khairullah, cucu kesayangannya, daripada seorang yang keras dan pemarah kepada seorang yang lembut dan bertanggungjawab. Termasuk juga ada kerabat Fidel Ramos daripada Istana Malacanang. Menurut mereka kedatangan Abuya bukan sahaja menggembirakan mereka tetapi juga untuk seluruh rakyat Filipina.


President Persatuan Umat Islam Utara Thailand, Haji Shamsuddin Aree berkata, Sembahyang hari raya yang Abuya anjurkan di Hotel terkemuka di Chingmai ,Thailand bersama jemaah seramai 300 orang membuka mata orang-orang bukan Islam. Kedatangan Abuya dengan pendekatan baru seperti menggunakan kenderaan eksklusif, menginap di hotel bertaraf lima bintang dan menyewa dewan hotel untuk program dan sembahyang taraweh dan kemuncaknya bersembahyang hari raya telah membuka mata masyarakat Chingmai. Syiar Islam begitu terserlah hingga orang-orang bukan Islam dapat melihat indahnya Islam dan berkata sesama mereka bahawa cantik rupanya ajaran  Islam setelah mereka berpeluang melihat Aktiviti Abuya ketika haji Shamsuddin berpeluang bersama wakil media Thailand seramai 19 orang melawat projek Abuya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...