Langkau ke kandungan utama

TIMUR MELAHIRKAN RAMAI PENDAKWAH.






Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi, negara Malaysia adalah tapak kebangkitan Timur.  Malaysia negara yang melahirkan ramai bakat pendakwah. Dalam Islam ada dua bentuk usaha. Iaitu usaha lahiriah dan usaha maknawiyah. Usaha manusia tidak memberi bekas. Hanya Tuhan yang memberi bekas. Oleh itu kita kena banyakkan berdoa. Meminta dan berharap kepada Tuhan adalah usaha batin. Kita berdoa agar usaha lahir yang dilakukan diterima dan dibantu Tuhan. Hati-hati manusia di dalam genggaman Tuhan. Hanya Tuhan yang boleh mengubah hati-hati manusia. Usaha lahir yang dijalankan sekarang seperti yang dilakukan di Malaysia. 


Pencetus Ummah adalah sebuah program realiti Islamik yang mencari pendakwah berkebolehan dan versatile, disertai oleh 12 peserta lelaki Muslim dari seluruh pelusuk negara yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza dan menarik. Namun, mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyebarkan dakwah. 
TV3 & TV9,dengan menerbitkan rancangan berbentuk dakwah dan pengisian rohani seperti Da'i," mendapat sambutan. Mencungkil bakat pendakwah adalah usaha lahir. Bakat adalah sifat-sifat yang membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu. 
Usaha-usaha lahir yang dijalankan sekarang adalah usaha baik yang patut diteruskan. 


Walaupun usaha lahir seperti pitah bercakap dalam menyampaikan dakwah tidak dapat ada jaminan mengubah hati manusia tetapi sedikit sebanyak ia membantu memeriahkan kebangkitan Islam. Disinilah penting disusuli dengan peranan memantapkan kefahaman kepada masyarakat tentang agama Islam. Ini adalah tahap pertama. Iaitu tahap kesedaran yang perlu diberikan kepada semua peringkat masyarakat. Tujuan tahap ini supaya masyarakat turut sama mendokong kebangkitan Islam. Kemudian terus bimbing masyarakat mengikut tahap seterusnya.


Setelah masyarakat insaf dan ingin bersama dengan arus kebangkitan Islam, kita perlu bimbing mereka dengan tersusun dengan menguasai fardhu ain dan selepas itu fardhu kifayah. Kemudian masyarakat perlu dibimbing melaksanakan model kehidupan Islam yang syumul. Ini adalah tahap menawan hati masyarakat dan memberi kepada mereka keyakinan dan harapan. Tahap ini ilmu yang diberi tidak perlu terlalu mendalam.Banyakkan aktiviti menyentuh hati mereka lebih dari kuliah.
Perbanyakkan cerita tentang sifat-sifat Tuhan. Ibadah setakat yang mereka mampu. Ini adalah tahap untuk menjadikan mereka mahu.


Tahap kedua adalah kefahaman. Bimbang mereka beri ilmu dan kefahaman lebih mendalam. Ibadah boleh didisiplinkan dan dipertingkatkan lagi. Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Bahkan Tuhan itu adalah segala-galanya. Mereka diasuh dan dibimbing sembahyang secara lahir dan batin. Tekankan kepada mereka agar sembahyang yang mesti ada rohnya. Nilai taqwa cepat diterapkan. Tambahkan ilmu mengenal diri mereka dan mengenal Tuhan. Lengkapkan kefahaman mereka tentang akidah, syariah dan soal-soal hati.


Tahap penghayatan, setelah kefahaman sudah agak mantap dan kemahuan ingin berubah dan inginkan kebenaran sudah agak kuat, maka tahap penghayatan boleh bermula. Di sini, semua ilmu dan kefahaman diamalkan sungguh-sungguh. Ibadah dan disiplin ditekankan. Ilmu yang tinggi terus diberikan. Ini tahap menjadikan segala ilmu dan kefahaman. Di samping itu, ajar, asuh dan didik mereka tentang kepimpinan. Beri mereka tugas dan tanggungjawab. Mereka inilah bakal-bakal pembantu dalam memulihkan gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat.


Usaha manusia tidak memberi bekas. Hanya Tuhan memberi bekas. Hanya Tuhan adalah segala-galanya. Hanya Tuhan yang memberi kekuatan. Oleh itu kita kena banyakkan berdoa, meminta dan berharap-harap sungguh-sungguh kepada Tuhan agar usaha kita dibantu. Hati-hati manusia dalam genggaman Tuhan. Hanya Tuhan yang boleh mengubah hati-hati manusia. Dalam kita berusaha, hati tidak boleh putus  dengan Tuhan. 


Kita tidak boleh terlalu yakin dengan usaha kita walaupun kita dituntut berusaha sungguh-sungguh. Usaha kita itu syariat ia disuruh. Tetapi berjaya atau tidak usaha kita itu adalah ketentuan dari Tuhan. Setakat mana kita dapat bersandar dan bergantung harap dengan Tuhan. Maka setakat mana kita boleh betulkan hubungan kita dengan Tuhan, memohon dan merintih kepada-Nya maka seakat itulah nilai sebenar usaha kita di sisi Tuhan.


Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Namun ubat bagi setiap penyakit itu perlu tepat. Kalau tidak penyakit tidak akan sembuh. Lebih malang lagi, kalau silap ubat , penyakit boleh menjadi lebih teruk dan lebih kronik. Disamping ubat, tabibnya juga perlu tepat. Dia mestilah orang yang betul-betul faham tentang penyakit dan puncanya. Kalau tidak, cara berubat mungkin salah. Doanya mungkin tidak kena. Kalau tidak cukup dos, mungkin ubat tidak berkesan. Kalau terlebih dos, ada pula kesan sampingan yang boleh merosakan.


Gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat itu adalah "symptom" atau gejala penyakit masyarakat. Ia bukan penyakit sebenar. Kalau diubat gejala masyarakat tersebut kita hanya membuang gejalanya. Penyakit sebenarnya tidak juga akan sembuh. 
Penyakit pokoknya ialah penyakit rohani. Oleh itu, pakar untuk meneliti dan mengkajinya mestilah orang rohani. Hendak mengubatnya pula perlulah orang rohani, atau setidak-tidaknya orang yang faham tentang perjalanan hati dan rohani manusia. Cara mengubatnya juga perlulah dengan cara dan kaedah rohani.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...