Langkau ke kandungan utama

DAKWAH ABUYA MEMBUKA MATA MASYARAKAT THAILAND.

DAKWAH ABUYA MEMBUKA MATA MASYARAKAT THAILAND.

(Raya Aidilfitri di Dewan Hotel Chingmai Thailand).


Muslim Bangkok relative lebih berpendidikan dan baik status sosial-ekonominya. Mereka bekerja hampir di semua wilayah seperti halnya warga Thai yang lain. Menjadi pedagang, pegawai swasta, ataupun menjadi pegawai pemerintah. Masyarakat mereka, sekalipun kecil tetapi tetap solid. "Kedatangan Abuya di Thailand naikkan imej Islam." Antara ungkapan ucapan Presiden Persatuan umat Islam Utara Thailand. Haji Shamsuddin Aree. Pepatah mengatakan "DARI HATI JATUH KE HATI." Kerana itu bahasa dengan hati yang mudah dicerna dan menggunakan pendekatan tasauf secara praktikal. Bila telah jatuh ke hati maka mudah melahirkan tindakan untuk mendorong perubahan yang positif pada diri, keluarga, masyarakat hingga terwujudlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni. 


Chiang Mai adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai, Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara. dengan gunung-ganang yang terletak menurut hala selatan-utara. Sungai Ping, salah satu anak sungai terbesar kepada Sungai Chao Phraya berpangkal di pergunungan Chiang Dao. Gunung tertinggi Thailand, Doi Inthanon, yang berukuran 2,575 meter, terletak di Chiang Mai. Wilayah ini juga memiliki beberapa taman negara seperti Doi Inthanon, Doi Suthep-Pui, Mae Ping, Sri Lanna, Huay Nam Dang, Mae Phang, Chiang Dao.


Janji Allah untuk kebangkitan Islam pertama telah berlaku dan sekarang kita sedang menagih janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan yang pertama, apa yang telah berlaku; sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luar biasa dan lain-lain. Apakah hal-hal tersebut telah berlaku pada masa ini? Kita menyaksikan bagaimana masyarakat mejoriti beragama kristian di Filipina boleh menerima Islam yang dibawa Abuya. Masyarakat Budha di Thailand boleh menerima perjuangan Abuya. Perkembangan ini sangat membenarkan janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua.


Sembahyang sunat Aidil fitri kira-kira 300 orang bersama Abuya di dewan hotel terkemuka di Chingmai Thailand telah menaikkan imej Islam serta menarik perhatian masyarakat tempatan untuk lebih mengenali mendekati Islam yang Abuya perjuangkan. Kedatangan Abuya dengan pendekatan terbaru seperti menggunakan kenderaan eksklusif, menginap dihotel bertaraf lima bintang. Menyewa dewan untuk solat tarawih dan Sembahyang sunat hari raya' telah membuka mata orang yang bukan Islam.


Sembahyang yang agung, melahirkan manusia yang luarbiasa. Dakwah yang dilakukan sangat ada hubungkait dengan sembahyang. Jika sembahyang telah membuahkan hasil, iaitu rasa-rasa hamba; sistem hidup Islam yang lain sudah mudah hendak dilaksanakan. Aktiviti Islam yang lain sudah mudah dilaksanakan. Cara hidup agung dihasilkn dari sembahyang yang agung. Itulah hidup yang bersistem dalam semua sudut termasuk poligami. Hasil sembahyang yang menghubungkan hati kuat dengan Allah,  maka mampu berperanan dalam kehidupan. 


Begitulah contoh bagaimana sistem Islam yang berjalan hasil sembahyang agung tadi. Bukan saja disudut poligami, bahkan dibidang pendidikan, kebudayaan, dan lain-lain. Kalau dapat disalin apa yang telah baginda lakukan, maka akan terjadilah kebangkitan Islam kedua ini. Yahudi tahu kekuatan umat Islam dimana. Mereka tahu apa punca kekuatan umat Islam pada kebangkitan yang pertama.
Yahudi teruslah dengan dendam dan cita-citanya untuk menghancurkan Islam, maka segala macam dilakukan. Antaranya, yahudi mencipta fahaman-fahaman dikalangan umat Islam seperti Syiah dan Wahabi. Kerana dengan cara melaga-lagakan umat Islam sesama mereka itu, maka umat Islam menjadi lemah.


Sebelum kita mendapat kesedaran, gaya hidup yahudilah yang menjadi pilihan. Maka bila hati telah diberi hidayah, ketika itulah kita ditemukan dengan Abuya yang memimpin kita daripada gaya hidup yahudi kepada Islam yang sebenar. Cara hidup Islam salinan kehidupan rasul dan sahabat. Itulah yang menarik hati kita kepada Abuya. Itulah yang menarik hati masyarakat Budha dan Kristian kepada Islam yang Abuya perjuangkan. Bahkan ramai dikalangan kita berperang dengan keluarga sendiri, kerana masih hidup ikut cara yahudi; sedangkan hati telah menerima petunjuk daripada Tuhan. Ada kuasa yang memutarkan hati kita; jatuh cinta dengan Islam dan ikut berjuang bersama Abuya.


Untuk kita; Persiapkan rasa rindu, takut dan taat setaat-taatnya pada Allah dan kepada orang orang Allah! Mudah-mudahan dan semoga selamatlah.Begitulah Abuya mengheret kita menjejaki  janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua, bermula dari kesedaran nak hidup cara Islam hingga sekarang sudah hampir kezahiran Imam Mahdi yang akan membawa Islam bertaraf dunia. ❝Apakah kita sudah mempersiapkan sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luarbiasa dan lain-lain seperti yang telah berlaku pada kebangkitan kali pertama?❞ Sembahyang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi segala amalan para nabi, para rasul dan para malaikat.


Syiar Islam begitu terserlah hingga orang-orang bukan Islam dapat melihat indahnya Islam dan memperkatakan sesama mereka cantik rupanya ajaran Islam ini. Menurut Presiden Persatuan umat Islam Utara Thailand. Haji Shamsuddin Aree mengenai Abuya dan perjuangannya dengan jemaah-jemaah yang lain mengenai kesyumulan mengamalkan Islam. "Akhlak Abuya meyakinkan mereka untuk dicontohi. Kami mendengar sendiri bagaimana orang-orang bukan Islam memuji Akhlak Abuya dihadapan kami." Katanya.
Kegiatan Abuya di Thailand telah banyak menyedarkan masyarakat betapa pentingnya tarbiah dan pembinaan insan lebih daripada politik, ekonomi,kekuatan senjata dan sebagainya. 


Umat Islam di Thailand dan di Malaysia wajar menyokong usaha Abuya menegakkan sistem hidup Islam secara syumul demi mencari keredhaan Allah SWT. Abuya layak terima Hadiah Nobel.-Pichai Pisoot, editor akhbar Daw-Siam disini. Kerana Abuya banyak sumbangannya pada keamanan dan kedamaian. Pichai Pisot berkata beliau bahagia dengan kedatangan Abuya ke Chingmai Thailand. Beliau bersedia menyiarkan apa saja berita atau rencana mengenai Abuya dan perjuangan didalam akhbarnya. Turut hadir pertemuan itu ialah Muhammad Anas yang Islam ditangan Abuya. Beliau ialah ketua editor akhbar Tawannue, Thailand.


Ada khabar gembira daripada Nabi SAW bahawa sebelum dunia ini dihancurkan, ia sempat dimeriahkan oleh orang-orang yang benar-benar mengagungkan Tuhan. Walaupun seketika, suasana keamanan dan ketenangan dapat dirasakan, berkat orang-orang yang sangat cinta dan taatkan Tuhan. Mereka begitu mengambil berat tentang setiap kehendak Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.
Kini dua kelompok manusia semakin terserlah pembahagiannya.
Moga-moga kita tergolong dalam kelompok manusia yang benar-benar hendak mengagungkan Tuhan dengan menyelusuri jalan kebenaran. Itulah jalan yang telah Abuya pandu kita slama ini.
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...