Politik sekular Barat sudah dihujung usia dan akan berakhir. Terimalah kenyataan bahawa eranya akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Sebaliknya Sultan ada peranan di era kebangkitan Islam. Artikal ini meminta kita bersiap sedialah, menyesuaikan diri dengan satu kesedaran yang sedang melanda umat Islam. Suasana akan berubah, budaya akan berubah. Masyarakat sudah celik dan pandai mencari alternatif. Iaitu satu intitusi yang dapat menjadi benteng negara. Sistem yang sudah tidak relevan akan hilang begitu sahaja.
Patah tumbuh hilang berganti. Pengganti sistem tersebut adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari apa yang sedang berlaku. Intitusi tersebut mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat.
Tuhan akan lakukan kejadian ini, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib yang sedang dan bakal menimpamu. Sudah Abuya kongsikan dengan kita sebelum ini bila kamu melihat ekonomi sesebuah bangsa itu dijatuhkan Tuhan dengan sebab-sebab tertentu, maka tunggulah tidak lama lagi pasti akan digoncangkan kuasa politiknya dan akan jatuh berguguranlah orang-orang politiknya, seperti yang telah berlaku kepada Soviat Union bergelimpangannya orang kaya kerana kejatuhan kewangan mereka. Bahkan Soviat Unian sudah hilang dalam peta dunia.
Ini watak dunia yang disifatkan Tuhan sejak azali lagi. Watak itu sedang berulang di bumi kecil Malaysia ke atas etnik Melayu lama. Sedangkan dia sudah berwatak demikian kepada seluruh kaum-kaum yang pernah menumpang di muka bumi Tuhan ini. Kaum Ad dan Kaum Tsamud adalah julung-julung kali ditimpa nasib malang itu dengan keadaan yang lebih mengerikan menurut paparan Al Quran. Kita umat Muhammad, Tuhan jatuhkan dengan penuh sopan itu pun adalah untuk diselamatkan sebenarnya.
Wahai Bangsa Melayu lama!
Baguslah kalau mahu membaiki diri dan menguatkan kembali. Tapi tidak untuk naik lagi bukan? Kamu tidak mungkin boleh naik lagi. Jangan kamu kira tangan yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi. Tidak MELAYU LAMA Tidak!
Kamu hanya sedang diberi masa untuk bertaubat sebenarnya sebelum kamu semua diranapkan seranap-ranapnya. Kuasa Tuhan itu tidak akan mampu dikalahkan. Melainkan kamulah yang akan kalah. Percayalah. Bahawa siapa yang akan selamat hanyalah mereka yang bertaubat.
Bertaubatlah wahai MELAYU LAMA. Kembalilah kepada Tuhan dan bersetujulah dengan Dia perihal nasib yang menimpa. Kamu sudah cukup lalai dan durhaka padaNya. Lalu Tuhan pun dengan kasih sayang memberi peringatan keras bahawa kuasa sebenarnya di tangan Dia. Kalau mahu selamat tunduklah kepada kehendak-Nya. Nanti Dia akan selamatkan kamu dengan iman dan Islam.
Sesudah kejatuhan ini wahai MELAYU LAMA dan sesudah kamu bertaubat, kamu akan menerima hadiah yang istimewa dari nabi mu Muhammad SAW, kamu akan menjadi muslim yang cintakan Tuhan.
Tuhan juga akan cintakan kamu, lalu kamu akan direzekikan kebahagian dunia dan akhirat. Waktu itu kamu akan berkata terima kasih Tuhan. Kerana menjatuhkan dan menaikkan. Walhal kata-kata seperti itu kamu tidak tahu mengungkapkannya, sebelum ini.
Wahai MELAYU LAMA!
Perihal Anwar Ibrahim, janganlah kamu salahkan dia. Dia tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya. Dia pun tak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai sekian lama. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah dan lemah sebenarnya.
Ketahuilah wahai MELAYU LAMA sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula kegelanggang pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah yang lemah itu pun dia tak berupaya. Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya sebenarnya. Orang yang berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan permain-mainkan dia semahu-mahunya. Nescaya dia akan hancur sehancurnya wahai Melayu lama. Berdoalah dan bertaubat jugalah untuknya mudah-mudahan Tuhan akan ringankannya.
Wahai MELAYU LAMA!
Tentang Tuanku Yang diPertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia, nescayalah baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan raja-raja lain. Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun bahawa baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil dididik di Istana Hinggap sahaja!
Baginda Tuanku, sepertilah rakyat Malaysia yang lain yang ditukar hati dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang dakwah yang melanda. Maka Istana Negara pun berubah watak, dari secular kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia, sebenarnya. Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.
Lalu oleh Yang di Pertuan Agung yang ini, baginda rasa bertanggungjawab untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja. Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.
Ulasan
Catat Ulasan