PROSES PUTAR BALIK KEBANGKITAN ISLAM.
Firman Allah:
وَٱلْعَصْرِ .إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ﴿٣﴾
Maksudnya :
1. Demi Masa!.2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al Asr 103:1-3).
Kepentingan Jadual Allah.
Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar melakukan pengurusan masa
berkesan dan berbuat dan berjuang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang manusia akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu dalam menempuh kehidupan. Dalam Islam wajib melakukan muhasabah. Iaitu mengkoreksi diri sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Salafus Soleh.
Mengikut 'Jadual Allah ' ini, Islam akan melalui empat peringkat masa iaitu: Pertama;Zaman Nubuwwah iaitu zaman kenabian.
Kedua Zaman Khilafah (khulafau Rasyidin).
Ketiga Zaman Fitnah
Keempat Zaman Ummah (pimpinan Al Mahdi dan Nabi Isa AS.
Siapa yang Allah rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang sangat bererti berlaku kepada agama Allah SWT. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tidak lama lagi akan ditemui iaitu pertama sedang berada diawal kurun ke 15 hijriah. Kedua akan masuk awal kurun ke 21 masihi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi. Mungkin dengan memikirkan sejenak itu boleh mengetuk pintu hati kita untuk mengingati Allah SWT.
Antaranya ialah:
1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah
paling optimum.
4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri kita dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan
mereka mengamalkan cara hidup yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menepati dan membolehkan mereka menjadi seorang hamba Allah dan khalifah Allah.
7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka
ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
10. Dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan umat Islam"
Apa yang berlaku pada zaman mujaddid pertama Umar bin Abdul Aziz, hidup makmur, aman damai, sejahtera dan harmoni. Berlaku kasih sayang, perpaduan, tolak ansur dan bertolong bantu. Tiada keresahan dan kegelisahan. Masing-masing berasa puas hati, sabar dan redha dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Begitulah seterusnya yang akan berlaku pada kebangkitan kali kedua di era mujaddid penutup iaitu Imam Mahdi. Keadilan yang paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenal Allah SWT. Siapa saja hatinya belum rosak pasti merindukan suasana yang tersebut.
Sehingga pengenalan kepada Tuhan itu membawa kepada taat dan ibadah. Kenal itu sehingga rata-rata hati manusia merasai rasa kehambaan dan berTuhan. Sehingga lebur mazmumah yang menjadi racun perosak Kehidupan manusia. Keadilan ialah apabila syariat Tuhan itu dijunjung dan diutamakan. Segala apa yang dibuat berpandukan syariat Allah. Sehingga sempurna kehidupan masyarakat sebagaimana sempurnanya syariat Allah SWT.
Tuhan yang mencipta kita dan memberi rezeki serta nikmat tanpa putus walau pun sedetik. Kita perlu ingat disisi Allah tidak ada yang sia-sia, main-main dan gurau senda. Apakah wajar kita berada dimuka bumi Allah ini dengan keadaan lalai, cuai, leka dan berfoya-foya. Itukah tujuan Allah jadikan kita? Ingatlah mati pasti akan tiba tanpa disangka dan dengan berbagai cara. Sepatutnya kita sedar dan insaf dengan mengekalkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan.
Bagi umat Islam yang ada cita-cita perjuangan, sangat inginkan Islam itu kembali berdaulat. Sangat serius membaikki diri. Berusaha sungguh-sungguh memenuhi syarat untuk meraih bantuan Tuhan. Sepatutnya para pejuang sentiasa muhasabah apakah sudah berada diatas 'line' yang betul dan tepat menuju kemenangan. Apakah sudah memenuhi syarat itu pada diri, keluarga dan perjuangan akhir zaman.
Apabila telah memenuhi syarat-syarat tersebut, Allah SWT tidak mensia-siakan janjiNya. Berbagai-bagai kemungkinan itu boleh saja berlaku kepada siapa bileh saja berlaku berkaitan dengan apa-apa yang telah di isyaratkan dalam hadis.
Sepertimana apa yang telah berlaku dalam sejarah, itulah sikap yang sebaiknya iaitu bersikap seperti para sahabat yang memburu dan menagih janji Allah SWT. Sekali lagi ditegaskan disini iaitu apa yang penting di saat sekarang ini berusaha memenuhi syarat-syarat yang disebutkan hadis tentang apa-apa yang akan berlaku di era kebangkitan Islam sekali lagi ini. Seperti sikap yang telah ditunjukkan oleh Abu Ayyub Al Ansari bersungguh-sungguh berharap beliau lah yang menawan Kota Konstantinopel, yang akhirnya berlaku bukan ditangannya. Perkara tersebut tidak pula membantutkan perjuangan untuk membenarkan hadis Rasulullah SAW. Walaupun beliau tidak berlaku ditangannya tetapAllah beri ganjaran sebagai satu jihad. Maka apabila berlaku pula ditangan Muhammad Al Fateh, maka umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran.
Ulasan
Catat Ulasan