KHURASAN MENERIMA KEPIMPINAN DARI TIMUR.
Khurasan menerima kepimpinan dari Timur. Perkara ini termasuk yang cuba disembunyikan oleh musuh-musuh Tuhan. Begitulah Tuhan minta hambanya membela-Nya dan dalam masa yang sama Tuhan juga datangkan musuh-musuh-Nya untuk menentang hamba-hamba yang membela-Nya. Sunah Allah di jadikan setiap perkara berpasangan yang saling berlawanan. Contoh Tuhan ciptakan malaikat lawannya syaitan. Siang lawannya malam. Akal lawannya nafsu. Lahir lawannya batin. Islam lawannya kafir. Kalah lawannya menang.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi juga ditanya pandangannya mengenai keruntuhan Rusia. Abuya: "Ini semua berlaku untuk menyambut kebangkitan Islam di akhir zaman. Rusia waktu gagal itu ada 15 negara dibawah jajahan takluknya. Kebanyakkannya terletak dikawasan Khurasan. Hadis ada menyebut kebangkitan Islam di timur bersama Khurasan. Khurasan menerima kepimpinan dari Timur. Oleh kerana mereka diperlukan tiba-tiba mereka merdeka.
"Peliknya mereka merdeka bukan daripada kemahuan mereka. Uzbikistan pernah dua kali pilihan raya, pertama kali 96% tidak mahu merdeka. Kali kedua 76% tidak mahu merdeka. Oleh kerana Rusia ibarat singa tua yang sudah nyanyuk tidak mampu bagi makan anak-anak maka disuruh cari makan sendiri. Bila merdeka sahaja, Abuya bersama rombongannya yang pertama sampai untuk membenarkan hadis. Abuya mengirim 23 orang pelajar-pelajarnya berdakwah di sana. "Setiap hari pelajar-pelajar ini mengislamkan masyarakat disana. Ketika Abuya datang ke Uzbikistan, mereka menyambut Abuya dengan berkata, "Imam kami sudah datang" Ini juga membenarkan hadis kawasan Khurasan dari Afghan hingga ke Yunan.
Yunan sudah pergi tujuh kali ikut darat. Mereka kata; Imam sudah datang". Sedangkan bangsa lain susah terima kepimpinan Abuya.
Begitulah Tuhan ciptakan pasangan yang berlawanan. Maksud Firman Tuhan: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yasin,36:36).
Maksudnya:"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (Dhariyat,51:49).
Wilayah Khurasan Raya sekarang bersempadan dengan Bukhara, Samarkhand, negara (Uzbekistan), negara Afghanistan, negara Pakistan, negara Tajikistan, Turkmenistan, dan negara Iran. Khurasan adalah istilah modern untuk wilayah timur Parsi kuno sejak abad ke-3. Khorasan Raya meliputi wilayah yang kini merupakan bagian dari Iran. Khorasan Raya meliputi Nishapur, Tus (kini di Iran), Herat, Balkh,Kabul, dan Ghazni kini di Afghanistan. Khujand dan Panjakent kini di Tajikistan.
Tuhan ciptakan daratan dan lautan. Langit sebagai binaan dan bumi sebagai hamparan. Tuhan ada berfirman dalam Quran yang maksudnya:"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Baqarah,2:22).
Bila kita hendak berbuat untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul tidak cukup hanya dengan semangat -semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan ilmu itu, kena difahami. Dengan faham, baru boleh melaksanakan. Mana mungkin asal kita nak berdakwah dan berjuang, tanpa ilmu dan faham agama. Sebab itu banyak orang termasuk cerdik pandai ada yang tersasar dalam berjuang. Sebab ilmu tak tepat, jauh sekali dari faham. Namun satu hakikat mesti diakui, bahwa untuk mencapai hal itu tidaklah semudah yang kita rasakan dan gambarkan.
Di samping penentang dan musuh yang pasti tidak akan mengalah dan duduk diam sahaja. Musuh tidak akan mengalah dengan kita. Dan perlu diingat bahawa musuh kita ini akan gunakan segala macam cara dan stratigi untuk halang kebangkitan Islam. Inilah yang membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh," (Surah Al-An’aam 112)
Bila kita memperjuangkan kebenaran sudah tentulah lawannya adalah kebatilan. Di akhir zaman Rasulullah pernah beritahu bahawa kebenaran sudah di anggap batil dan yang batil itu di anggap benar.
Orang yang baik sedikit dan yang jahat semakin ramai. Sebagaimana pesanan Baginda yang maksudnya: "ORANG BAIK BERKURANG, ORANG JAHAT BERTAMBAH. Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda; "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapaknya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang -orang baik. (HR. Thabrani).
Sebelum ini kita telah mengenali tapak kebangkitan Islam di Timur. Negara yang mana satu yang dimaksudkan Timur juga kita telah bahaskan panjang lebar. Iaitu Malaysia. Sekarang kita mengenali pula Khurasan yang menerima kepimpinan dari Timur. Khurasan, dalam hampir semua hadist akhir zaman yang disampaikan oleh Rasululllah SAW, memegang peranan penting. Ini karena dari Khurasan-lah awal mula tercetusnya akhir zaman. Lantas dimanakan Khurasan berada?
Berdasarkan peta nationmaster, lokasi negeri ini, berada di sebelah utara Iran (Persia), Pakistan (Sijistan) maupun India(India). Nationmaster menulis: “The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan ) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan”.
Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu bakal jangkaan sebagai tempat kemunculan para ikhwana imam Mahdi (kawan-kawan pendukung imam Mahdi). Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
Hari ini dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afganistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan. Sebuah wilayah yang bergunung-gunung dengan iklim yang esktrim (musim panas yang kering dan musin dingin yang bersalji) , bahkan sering menjadi pusat terjadinya gempa.
Terbukti imperium Rusia yang pernah menjajah mereka berhasil mereka usir dan kalah (ekonomi Rusia defisit akibat perang Afghan).
Di samping itu saat ini negara tersebut meski sudah berdiri tapi masih dilanda pertikaian antar suku , bahkan pasukan Amerika Syarikat dan sekutunya tak mampu mengawal pertikaian yang ada. Meski jumlah pasukan dan teknologi yang di turunkan tidak terbilang jumlahnya, namun Khurasan seolah tak terjamah oleh tangan manapun untuk menguasainya. Adakah mereka hanya boleh dikuasai oleh Imam Mahdi?
Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun,” (Ibnu Majah).
Sabda Nabi SAW, “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim).
Ketahuilah bahawa makin pesatnya perjuangan kebangkitan Islam makin tercabarlah musuh-musuh Islam. Kalau tercabar, mereka lagi akan mencabar. Umat Islam kena faham hal ini. Jadi mereka akan buat cabaran-cabaran samada halus mahupun kasar. Musuh ketat umat Islam adalah yahudi. Kemudian diikuti keristian. Selain itu musuh yang ada adalah ringan ringan. Musuh utama Islam ialah yahudi. Sebab itu disebut didalam Quran dan sunnah.
Sebenarnya Yahudi cuba menutup tentang sejarah bangsa Melayu yang menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur. Yahudi sangat tahu akan kebangkitan Islam sekali lagi. Kajian tentang perkara tersebut sangat difahami oleh dua kelompok iaitu pejuang kebenaran dan Yahudi. Kita pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terutamanya Yahudi terhadap negara kita berlaku sekian lama, iaitu lebih 500 tahun. Semasa penjajahan ini banyak kitab dan khazanah ilmu Nusantara ini (Malaysia & Indonesia) telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah. Ada pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ia akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.( Yahudi ).
Apabila mereka gagal menghalang umat Islam berbuat, maka mereka berusaha mengalihkan fokas. Ertinya umat Islam yang telah hilang fokas akan mudah bertukar niat. Bila bertukar nawaitu atau niat, maka orang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan karena Allah Taala. Semua itu dibuat karena riyak, ujub, nama, glamour, pangkat, harta, baik disadari atau tidak. Oleh karena itu pahalanya tidak sampai di Akhirat. Itulah golongan yang gagal menjadikan amalannya untuk Tuhan disebabkan tertukar nawaitu atau niatnya.
Mereka gagal menjadikan ibadah atau amalannya yang disebabkan adanya unsur-unsur mementingkan dunia. Begitu yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat tetapi oleh karena terlalu membesarkan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup membela Islam dengan harta dan jiwanya. Nah, rupanya di akhir zaman ini banyak umat Islam yang tidak dapat menjadi pembela Tuhan walaupun mulutnya mengatakan membela Islam tetapi perbuatannya menikam Islam.
Ulasan
Catat Ulasan