I'm PETANI TIDAK PUTUS ASA, IA SATU WADAH PERJUANGAN.
Bidang pertanian adalah salah satu wadah diperjuangkan untuk mendapat redha Allah. Ertinya ia juga wadah untuk dijadikan ibadah. Pertanian juga satu wadah untuk mendapatkan Allah dan rasul. Di lapangan pertanian juga dijadikan wadah untuk hidupkan sunnah Nabi SAW. Bangsa Arab ada suku badui dan "fellahin", yaitu para petani..suku badui terkenal hidup secara nomad, yakni berpindah pindah di padang pasir dengan melintasi gurun pasir tandus dengan unta, kadang-kadang para kafilah pun melalui jalan mereka terokai.
Golongan petani di zaman Rasulullah SAW juga memainkan peranan yang besar.
Kita kena bersyukur di era ini ada bonus dari Tuhan. Kebangkitan
kali ini adalah satu era kebangkitan Islam yang begitu besar sama seperti kebangkitan kali pertama. Era kebangkitan sekali lagi akan mengembalikan manusia kepada fitrahnya. Kita bersyukur ditemukan lagi dengan aidil fitri 2017 bersamaan 1438 hijrah. Orang yang bersyukur adalah seorang yang gigih berjuang dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Rasa bertuhan dan berkasih sayang adalah milik bersama semua manusia. Umat Islam kena serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Bagi seorang pejuang Islam, membela Allah dan rasul menjadi cita-citanya. Allah SWT telah mentakdirkan kita dapat jadi pejuang di era kebangkitan Islam kali kedua. Para sahabat sendiri mencemburui tawaran yang Tuhan lakukan kepada para ikhwan di akhir zaman.
Para ikhwan mereka bersungguh-sungguh menjadikan lapangan kehidupan satu wadah perjuangan. Dalam Islam semua lapangan yang diceburi oleh adalah gelanggang untuk dijadikan ibadah. Apa pun bidang yang diceburi oleh umat Islam adalah wadah perjuangan. Apabila kita ada cita-cita untuk bela Allah dan Rasul maka kita akan perjuangkan bidang yang diceburi sebagai ibadah. Wadah untuk mendapatkan redha Allah SWT. Setiap lapangan adalah gelanggang ibadah. Rasulullah SAW menyatukan para sahabat dari pelbagai peringkat masyarakat. Ada golongan petani, ada golongan saudagar, ada golongan pendidik dan bermacam-macam lagi. Hingga subur jiwa mereka dengan rasa bertuhan dan subur rasa berkasih sayang sesama. Ertinya fitrah mereka disuburkan kembali. Rasa bertuhan dan berkasih sayang adalah fitrah manusia.
Bangsa Arab terbahagi dua iaitu bangsa yang suka pindah randah dan yang kedua yang terlibat dengan pertanian iaitu bangsa Arab yang menetap. Kerajaan Arab Saudi menyediakan tempat tingal kepada mereka namun mereka tidak minat,dan masih setia tinggal di khemah-khemah sedangkan Orang fellahin hidupnya lebih menetap, yaitu tinggal di tepi gurun. Sesetengahnya adalah Arab Badwi, kedesaan yang disusun dalam suku; sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur (kini Yaman dan Oman). Keadaan tempat tinggal Kaum Badawi, yaitu padang pasir yang tak banyak ragam-bentuk dan amat tandus, mempengaruhi juga keadaan jasmani dan rohani mereka. Tubuh seorang Badawi adalah kumpulan dari urat syaraf, tulang dan otot. Kurma dan susu adalah makanannya yang utama; satu-satunya ragam makanan yang agak keras yang dikenalnya adalah kurma dengan daging unta.
Orang Arab Badwi atau bukan fitrah mereka adalah sama. Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh Allah ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia. Contoh-contoh sifat fitrah manusia ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolihi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.
Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkan nya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan. Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan.
Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah.
Pertanian dan peternakan merupakan hal yang amat penting yang Rasulullah terlibat di dalamnya. Bertani ialah sebagai bentuk syukur kepada Allah dan jalan mendapatkan rezeki. Rasulullah begitu menghayati firman Allah Ta’ala dalam Al Quran surat Abasa yang turun padanya: “Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (32)”.
Sejauh mata beredar, Rasulullah melihat banyak tanah yang tak terpakai di Madinah. Tanah-tanah kosong melompong, padahal telah Allah amanahkan untuk dikelola. Maka, beliau pun bersabda, ” Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya” (Hadits Riwayat Ahmad).
Maksud firman Allah: "Maka hadapkanlah wajahmu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Ar-Rum,30:30).
Berdasarkan contoh-contoh sifat semulajadi yang ada pada manusia itu, kita dapat membahagikan fitrah kepada dua bentuk iaitu:
i. Positif (sifat-sifat baik).
ii. Negatif (sifat-sifat jahat).
Allah menentukan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sifat sifat semulajadi yang baik dan yang buruk. Hal ini adalah untuk menguji manusia, siapakah yang baik dan siapa pula yang tidak. Maksud firman Allah, "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?(Al-Balad,90:10).
Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi mencetuskan aktiviti pertanian didalam jemaahnya. Beliau menyediakan projek pertanian untuk menyediakan keperluan asas fizikal manusia daripada sumber alam yang bersih dan halal mengikut syariat seperti cucuk tanam, perikanan dan perternakan. Melalui aktiviti pertanian ini, Abuya melahirkan masyarakat Islam yang mampu berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber lain. (orang bukan Islam). Pencapaian Abuya adalah natijah daripada melaksanakan hukum hakam Allah.
Tenaga, fikiran, kemahiran, wang ringgit, peralatan, dan lain-lain keperluan perjuangan melalui pengorbanan ahli-ahli jemaah bersama Abuya. Usaha yang dilakukan oleh Abuya melalui jalan taqwa.
Ulasan
Catat Ulasan