Langkau ke kandungan utama

GENERASI SUFI PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM.





Pendidikan hari ini menentukan corak hidup masyarakat pada hari depan. Kalau sistem pendidikan yang dilagang itu tidak menepati tuntutan Allah dan Rasul, ertinya akan lahirlah nanti rumpun masyarakat yang tindak laku sehariannya bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul. Lantas, secara jujur kita katakan bahawa pendidikan tersebut tidak berjaya. Walaupun mereka telah memiliki segulung sijil yang lahir dari institusi yang membesarkan dunia. Di era kebangkitan Islam, masyarakat impikan sebuah masyarakat yang hidup penuh rukun damai dan harmoni. 


Kita impikan generasi yang membesarkan hukum hakam Allah. Generasi yang menjadikan Tuhan sebagai neraca dan kayu ukur dalam mengatur hidup mereka. Mereka itulah yang menyahut baik tawaran Allah: "Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (Al A'raf 96). Masyarakat seperti inilah yang berjaya membentuk kerajaan Islam dalam negara yang cukup indah seperti yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama iaitu di Madinah Munawwarah satu ketika dulu.  Keindahan itu dilakarkan di dalam Al Quran: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." (As Saba' 15).


Abuya telah persiapkan generasi sufi dengan berbekalkan jiwa yang kental. Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.
"Orang yang berjiwa merdeka itu tiada terjejas oleh suasana kehidupan"-Syeikhul Arqam.


Masyarakat yang hidup di dalam negara tersebut tentulah umat yang beriman dan bertaqwa. Sebab itu Allah naungi mereka dengan nikmat keredhaan-Nya. Allah temani mereka dengan nikmat keamanan yang membahagiakan. Umatnya adalah umat yang gigih berjuang menegakkan pembangunan rohani dan selepas itu diikuti dengan pembangunan material. Mereka adalah generasi sufi yang berakhlak dan bertamadun. Generasi sufi yang dibangunkan insannya lebih dahulu. Tamadun lahir mudah dicetuskan. Mereka membesar dengan roh Islam atau tamadun rohaniah. Tamadun material mudah dibangun.
Inilah gaya Rasulullah membangun. 


Rasulullah didik para sahabat dengan pembangunan insan selama 13 tahun di Mekah. Setelah berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah ajak para sahabat membangunkan tamadun material. Sebab itu wahyu untuk mendidik insaniah para sahabat di turunkan kepada Rasulullah selama 13 tahun. Ayat Makkiah berkaitan dengan keyakinan tauhid untuk mempersiapkan insaniah. Ayat Madaniah adalah untuk panduan membangunkan hukum hakam. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah untuk membangunkan material selama 10 tahun. Ertinya Rasulullah membangunkan material selepas membangunkan insaniah terlebih dahulu. Walaupun berdikit-dikit. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sebagai model untuk ditiru dan diikuti oleh umatnya. 


Selepas Rasulullah wafat, para sahabat yang menjadi anak-anak murid Rasulullah, meneruskan apa yang mereka warisi peninggalan perjuangan Rasulullah peninggalan guru mereka. Mereka berjuang hingga berjaya menawan tiga suku dunia. Kaisar dan Kisra, gabenor dan raja yang menduduki takhta penguasaan dunia ketika itu terkejut. Tak sangka bangsa Arab satu ketika dahulu sering di tenyehdan dipinggirkan telah tampil dengan imej baru yang sungguh hebat. Itulah buah daripada Rasulullah berjaya mendidik anak-anak muridnya. Zaman mereka adalah zaman yang cemerlang.


Islam berada dimercu kegemilangannya. Kemuncak kejayaan dan kecermelangannya. Keagungan panji-panji Islam berkibar selama 700 tahun. Selepas itu, setelah kaedah tarbiah Rasulullah tidak lagi diamalkan dan ditiru sepenuhnya, Islam mula memasuki zaman kehancurannya. Kita yakin, zaman gemilang yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama itu akan berulang sekali lagi pada kebangkitan kali kedua ini. Zaman kegemilangan itu akan berulang sekali lagi. Kita diberi peluang untuk mencipta sejarah tersebut. Peribadi mereka mestilah kita ulangi pada kebangkitan kali ini. 


Apa-apa yang mereka lalui kita mesti bersedia laluinya. Lorong-lorong yang mereka pernah lalui kita kena lalui lorong tersebut. Abuya telah membangunkan generasi sufi yang berteknologi, yang matlamat dan dasarnya adalah jelas. Secara umumnya mahu melahirkan Individu-individu yang bertaqwa. Mereka yang hidup untuk membesarkan Allah. Mereka menyerahkan hidup kepada Allah. Hanya memberikan kepatuhan tidak berbelah bagi kepada Allah. Sebagai manusia yang memiliki 1001 kelemahan, kita saling perlu memerlukan. Saling tampung menampung  satu sama lain. Mereka yang sanggup berkhidmat dengan Allah sepenuh masa. Mereka yang bangunkan syariat Allah dan melaksanakan amanah dengan sempurna.


Generasi sufi yang berkhidmat dengan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. Selepas mereka berjaya dididik, terus menyelamatkan masyarakat dari terjerumus kelembah dosa. Kerana orang mukmin itu ialah menyelamatkan manusia daripada terjerumus ke dalam gaung Neraka. Bukan sekadar diri dan keluarga sahaja. Maksud firman Allah:" Sesungguhnya Aku jadikan jin dan manusia di muka bumi ini seorang Khalifah." (Al Baqarah 2:30). Kaedah asas pengajian dan pendidikan Abuya bermodelkan cara bagaimana Rasulullah mendidik para sahabatnya. Bukan sahaja menekankan soal ilmu, tetapi soal tarbiah dititik beratkan. Mereka juga dibiasakan dengan peralatkan teknologi. Pendidikan dan pembelajaran berjalan serentak belajar sambil beramal. 


Generasi sufi juga didedahkah dengan perkembangan teknologi semasa dan terkini. Mereka dibiasakan dengan tugas dan peralatan moden yang menjadi keperluan semasa dan terkini. Itu pun setelah selesaikan dengan ilmu fardhu ain. Itulah yang menyatupadukan sistem sufi dan berteknologi. Gabungan sufi dan penerapan  teknologi. Di sini berlakulah persepaduan pembangunan insan dan pembangunan material. Jiwa dan akal mereka disuburkan dengan iman. Di suburkan dengan dengan tarbiah dan ilmu. Fizikal mereka didedahkan dengan kerja-kerja fizikal yang dapat mencergaskan.


Nanti kita harapkan lahirlah generasi ahli teknokrat yang berjiwa tauhid. Generasi berpenampilan sufi yang berteknologi. Mereka menggunakan bakat dan kebolehan itu untuk  mencari redha Allah. Kemudahan teknologi yang dikuasainya tidak akan disalahguna. Kerana mereka lebih awal didedahkah dan dibentuk dengan jiwa tauhid. Latihan yang dilalui adalah latihan sufi. Latihan yang mementingkan ilmu dan tarbiah. Latihan sufi yang memiliki sifat mahmudah. Generasi sufi ini juga dilatih menjauhkan diri daripada kemurkaan Tuhan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...