"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".(An-Naml 27:19).
Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya mengajak kita membuktikannya. Abuya telah berjaya mengungkap misteri kebesaran Al Quran. Melalui XPDC Abuya membuktikan Kebenaran Fakta Sejarah yang disampaikan Al Quran secara ilmu dan praktikal. Melalui pengalaman XPDC Abuya sangat membantu umat Islam untuk membuktikan kebenaran berbagai fakta sejarah dan kejadian serta keberadaan umat-umat terdahulu yang disampaikan oleh Al Quran. Pembuktian ini diperkuatkan lagi oleh pengalaman dan panduan ilmu dari Abuya yang memperjelaskan letak dan posisi tempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan berbagai peristiwa penting yang berlaku.
Abuya sendiri telah banyak berkongsi dan membimbing kita untuk membenarkan hadis tentang kebangkitan Islam sekali lagi. Samada panduan melalui buku-buku yang ditulisnya atau kita di bawa bersama secara praktikal membenarkan kebangkitan dari Timur. Kita dipandu dan dipimpin langsung untuk meniti kebangkitan Islam ini.
Persiapan praktikal Abuya mengajak kita sama-sama membangunkan model kehidupan Islam yang syumul. Moga menjadi kenyataan ditangan orang Melayu menjadi peneraju empayer Islam kali ini.
Tentang wilayah-wilayah yang pernah menjadi pusat empayer Tamadun Islam. Tempat turunnya para nabi dan rasul. Berbagai kejadian penting yang disebutkan dalam Al Quran. Perkara yang sangat penting Abuya memandu kita dengan mencungkil dan menggali hikmah kejadian yang tersirat dan Abuya suratkan sebagai panduan kepada kita. Membaca buku menambahkan ilmu dan maklumat. Menjejak tempat-tempat sejarah mematangkan pemikiran kita dan lebih penting lagi menambahkan keyakinan kepada perjuangan para rasul dan nabi yang pernah diutuskan oleh Allah.
Contoh kita mudah memahami kaitan sejarah Melaka di Asia Tenggara dan Malaga di Eropah. Perkataan Melaka dan Malaga adalah dari sumber yang sama iaitu perkataan dari bahasa Arab yang bererti tempat pertemuan.
Melaka dan Malaga kedua-dua perkataan nama yang diberikan kepada pelabuhan. Satu pelabuhan di Malaga Sepanyol dan satu lagi nama pelabuhan di Melaka Malaysia. Melaka dan Malaga dengan maksud yang sama iaitu tempat pertemuan. Pertemuan masyarakat tempatan dengan masyarakat dari luar. Tempat pertemuan para pendakwah dan juga para pedagang dari merata tempat dan lain-lain urusan. Kedua-dua tempat tesebut dulunya adalah pelabuhan yang memainkan peranan yang penting. Kedua-dua pelabuhan tersebut masih ada lagi hingga sekarang. Kalau kita hendak bersandar dengan Yahudi atau musuh Tuhan sudah tentu mereka akan menyembunyikan fakta sebenar. Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi sejarah adalah guru yang terbaik.
Barat yang di terajui Yahudi sentiasa berterus-terusan mencuba memutar belit fakta dengan pelbagai perkara, dengan tujuan supaya umat Islam sendiri terkeliru. Apapun perancangan dan stratigi yang di atur akan memakan diri mereka balik. Kini adalah era kebangkitan Islam. Adanya bonus dari Tuhan untk kebangkitan ini. Kerana musuh Tuhan tahu bahawa umat Islam semakin lemah dan malas untuk membongkar sejarah yang sebenarnya. Semoga kita tidak terjatuh kedalam perangkap permainan musuh Islam yang ingin melemahkan jati diri umat Islam. Kita sangat yakin kini adalah giliran kebangkitan Islam sekali lagi. Islam tidak akan kalah-kalah lagi.
Apabila sampai masa dan ketikanya ianya pasti berlaku. Kebenaran yang akan berlaku kita boleh melihat panduan yang telah Abuya kongsikan dengan kita. Pejuang kebenaran itu sungguh unik, sungguh aneh dan sungguh pelik. Dia lain daripada yang lain. Sifat dan watak yang ada padanya tidak ada pada manusia lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang lain. Lebih-lebih lagi tidak ada pada pejuang-pejuang yang nyata bawa kebatilan dan kerosakkan.
Sejarah peradaban Islam telah mengukir perjalanan dunia dengan warna dan eksotisme penuh ketaatan. Sejarah peradaban islam banyak meninggalkan jejak-jejak peninggalan. Namun ada beberapa peninggalan yang sudah hilang dan ada juga yang masih terjaga hingga sekarang. Seperti yang kita tahu bahwa negara-negara Eropah di kenal sebagai Negara minoriti Islam, ternyata menyimpan beberapa tempat peninggalan sejarah islam. Dari tempat itu tersebut kita boleh belajar tentang peradaban Islam di Eropa dan sekaligus menjadikannya tempat pelancungan.
Dahulu peradaban Islam di Spanyol sangat berkembang. Saat itu umat Islam, Yahudi, dan Kristen, hidup berdampingan dengan damai. Di Spanyol terdapat tiga kota yang terkenal akan peradaban Islam. Kota tersebut adalah :
* Cordoba
Di Cordoba ada Masjid Agung Cordoba dan Kampung Arab.
* Seville
Di Seville ada Seville Cathedral yang dulunya Masjid Al-Mohad, dan Alcazar Palace atau Al Qasr.
* Granada
Di kota ini terdapat Alhambra
Kita kena ambil pengajaran apa yang telah berlaku. Supaya tidak mengulangi kesilapan umat yang terdahulu. Islam pernah bertapak dan menguasi di Eropah bukti peninggalan Islam terlalu banyak.
Ketika pertengahan tahun tujuh puluhan Islam mula cerah kembali di Eropah. Akhirnya berkembang pesat di seluruh Eropah. Kini masjid mudah didapati dan sekaligus merupakan pusat Islam. Berkat kebangkitan Islam sekali lagi tempiasnya sangat dirasakan oleh masyarakat Islam di Eropah. Ada gereja yang telah bertukar menjadi masjid. Perkembangan dan kebangkitan ini Abuya membawa kita terlibat langsung melalui XPDC yang Abuya anjurkan. Benua Eropah yang semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid.
Ulasan
Catat Ulasan