TAJAMKAN HATI DAN AKAL TERBANGUN KEMBALI TAMADUN.
Umat Islam hendak mengejar tamadun Barat dan Timur, Amerika dan Jepun, akal dan jiwa mesti ditajamkan serentak. Maka dengan kaedah inilah umat Islam akan menjadi cerdik dan pandai dengan cepat. Hari ini Umat Islam bercita-cita untuk mengatasi ilmu-ilmu Barat, tapi hanya mampu untuk menajamkan akalnya semata-mata. Itu pun mengikut acuan Barat. Sedangkan jiwa dan hati umat Islam telah lama buta, tidak subur dan jiwa sudah mati.
Umat Islam bukan saja tidak mampu mengejar tamadun dan kemajuan yang dicapai oleh musuh, malah semakin jauh ketinggalan dan terus menerus ditindas dan dipermain-mainkan oleh mereka. Oleh itu bagaimana kita boleh mengalahkan mereka? Umat Islam mestilah menyedari hakikat ini. Kita perlu mengubah sikap. Jangan hanya menumpukan mempertajamkan akal semata-mata seperti yang dilakukan sekarang sedangkan kita tidak akan dapat mengejar mereka dan menandingi mereka yang jauh ke hadapan, malah ilmu yang kita pelajari itu pun sumbernya dari mereka juga.
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW mendidik bangsa Arab yang tidak tahu menulis dan membaca, dengan menajamkan roh atau hati mereka sehingga hati para Sahabat begitu kenal dengan Tuhan yang Maha Agung. Hasilnya mereka mampu berhadapan dengan Rom dan Parsi yang di waktu itu menerajui tamadun lahiriah dan menguasai dunia. Sedangkan bangsa Rom dan Parsi mengasah akalnya semata-mata. Walaupun mereka boleh menjadi pandai dan membina tamadun, tetapi ia amat jauh bezanya dengan apa yang mampu dicapai oleh umat Islam.
Rasulullah mengasah jiwa sekaligus akal bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain yang mengikutnya, maka dalam masa yang singkat iaitu selama 23 tahun sahaja, umat Islam di waktu itu menjadi umat yang cepat pandai akalnya dan cerdik hatinya. Akhirnya dalam masa 30 tahun sahaja Umat Islam bukan sahaja telah berjaya menumpaskan Rom dan Parsi malah mampu menguasai 3/4 dunia.Tetapi yang lebih utama menyediakan tapaknya dengan mempertajamkan jiwa terlebih dahulu. Di atas ketajaman jiwa itu barulah berfikir dan terus berfikir. Paduan daripada ketajaman jiwa dan akal itu akan membuahkan hasil yang luar biasa, iaitu Tuhan akan bukakan ilmu-ilmu yang hebat yang akan menakjubkannya dunia.
Di waktu itulah Timur dan Barat akan tersungkur dengan kemajuan rohaniah dan matlamat yang dibawa oleh Islam hasil dari ketajaman akal dan roh tadi. Maka di waktu itu akan berulanglah kembali sejarah kegemilangan Islam sepertimana zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat dahulu. Apakah anak kunci kepada kejayaan Rasulullah SAW sehingga bangsa Arab yang begitu mundur, jahat dan ketinggalan waktu itu, mampu diproses hanya dalam tempoh 23 tahun?
Sehingga mereka dapat mengatasi Rom dan Parsi. Rahsia inilah yang perlu kita ketahui supaya dapat kita contohi untuk dapat pula kita bangunkan semula umat Islam sama ada orang Melayu, orang Arab dan lain-lainnya. Insya-Allah, jika kita contohi Rasulullah SAW, dalam masa yang pendek, kita akan dapat hasil yang sama dengan apa yang telah dicapai oleh baginda. Kebangkitan yang kedua ini adalah besar, ia akan mengulangi keangkitan pertama.
Rasulullah SAW berjuang dan mendidik bangsa Arab, dimulakan dengan ilmu mengenalkan Tuhan. Cuba lihat, kalau kita baca ayat-ayat Al Quran yang Rasulullah SAW guna untuk mendidik bangsa Arab, ayat pertama yang Rasulullah SAW guna, bukan ayat yang berkaitan dengan ekonomi. Baginda berjuang juga tidak bermula dari kebudayaan atau kemajuan. Tapi dimulakan dengan:
اقْرَØ£ْ بِاسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ الَّØ°ِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َ
Maksudnya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu..."
(Al Alaq:1)
Ujian kepimpinSeorang ketua keluarga yang berjaya mendidik serta memimpin isteri-isteri serta anak-anaknya di rumah., bererti ia telah berjaya menjadikan rumah sebagai platform mengasah kepimpinan. Bila rasa cinta dan takutkan Tuhan menjadi modal dalam kehidupan kita, natijahnya dapat di lihat di dunia lagi. Kekuatan tersebut iaitu rasa cinta dan takutkan Tuhan paling menonjol dan terpenting dalam mengejar tamadun Barat dan Timur, Amerika dan Jepun.
Apabila seseorang itu mampu menghidupkan jiwa atau mengikat manusia dengan bermodalkan Tuhan dan hidup dalam penuh aman damai, berkasih sayang, bersatu-padu, serta berkerjasama dalam merebut cinta Tuhan. Betapa indah dan hebatnya tamadun ini. Kekuatan inilah yang sudah tidak ada pada masyarakat mahupun mana-mana pemimpin di dunia hari ini. Malah untuk mempimpin diri sendiri pun masih banyak yang gagal. Oleh itu andainya terdapat seorang pemimpin yang terbukti berjaya dalam memimpin institusi keluarga malah menjadi model serta ikutan kepada manusia yang mana akhirnya tercetus satu masyarakat yang berjaya membuktikan keindahan syariat Tuhan dalam diri, keluarga dan seterusnya negara maka sudah tentulah etnik ini mempunyai satu kekuatan yang luar biasa.
Jika ujian sebesar itu pun mampu diatasi dengan berjaya, maka hal-hal lain akan menjadi mudah bagi mereka. Sedangkan membina institusi keluarga dan masyarakat semua orang terlibat. Sejauh mana kepimpinan kita tersebut dapat dibawa kepada Tuhan bergantung bagaimana corak kepimpinannya. Kalau kita dapat bawa rasa cinta dan takut kepada Tuhan, itulah modal kita untuk mencorak dan memimpin mereka.
Oleh kerana kebangkitan Islam kali kedua ini paling besar, sama besarnya dengan zaman pertama, maka kekuatan yang dibawa bersama bani yang terancang dan terpimpin adalah cukup besar. Bila bani berjaya dilaksanakan, kekuatan-kekuatan lain akan mengikut sama. Seluruh kekuatan lain sangat ditentukan oleh faktor berjayanya bani sama ada dari sudut kasih sayang, perpaduan dan lain-lain berasakan kekuatan taqwa
Setelah etnik ini berjaya mendapat kekuatan taqwa melalui bani maka hanya perlu ditambah dengan kekuatan-kekuatan lain seperti kekuatan strategi, kepimpinan, kewangan dan lain-lain. Sebab kalau tidak ada duit, bagaimana untuk menjayakan 'masterplan' yang besar ini. Apabila semua kekuatan telah terlonggok di situ, maka tidak hairanlah jika Tuhan memilih etnik ini untuk menaungi dunia satu hari kelak.
Ulasan
Catat Ulasan