Langkau ke kandungan utama

KEPULAUAN MELAYU DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.


(Jakarta 2017).
(Manila).

(Thailand-Bangkok).

(Brunai Darussalam).

(Singapura).

(Putrajaya-Malaysia)

(Kuala Lumpur Malaysia).
Kepulauan Melayu ialah kepulauan terbesar dan yang mempunyai paling banyak gunung berapi di dunia. Ia meliputi seluruh Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur, tetapi kadangkala ia turut meliputi Pulau Papua atau dikenali sebagai Pulau Irian. Kepulauan ini meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulauterbesar ialah Borneo dan Sumatra manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia.


Timur yang dimaksudkan ialah kawasan yang terletak di bahagian Timur Semenanjung Tanah Arab. Ia merentasi benua Asia hingga ke Jepun (Timur Jauh). Secara khususnya, Timur yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah gugusan Kepulauan Melayu. Negara-negara di kepulauan tersebut ialah Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunai. Di dunia sebelah sinilah kebangkitan pengamalan Islam kini paling dominan. 


Malaysia pula menjadi negara Timur yang paling tertonjol suasana ke Islamannya. Keadaan politik dan ekonomi negara-negara Timur ini agak stabil. Suasana ini memberikan laluan mudah Islam dibangunkan tanpa banyak gangguan. Di sinilah tumpuan pertama dan utama operasi menguatkan Islam di akhir zaman. Kerana pencapaiannya dalam pengamalan Islam Timur menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam di dunia. Ini bertepatan dengan hadis ttg Timur.

Firman Allah:

إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ  ﴿١٥﴾
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(At Thaghabun 66:15).

Pejuang Islam yang sejati apapun cabaran dan ujian yang Tuhan datangkan mereka tetap tabah. Berjuang menagih janji Allah sudah tentu berdepan dengan ujian dan halangan. Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, tidak kenalah. Sebab itu sudah dasar Tuhan. Manusia kena akur dengan Tuhan. Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa diantara manusia yang baik.
Ujian itu tapisan, proses untuk menentukan siapa yang baik, siapa yang jahat. Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka. Kalau mengikut pandangan kita, ujian itu benda yang negatif sahaja. Sebenarnya ujian itu ada dua bentuk. Pertama, ujian yang menyukakan, menggembirakan atau menyenangkan (positif). Contoh menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi,dapat kekayaan, harta banyak'ilmu banyak, dan sebagainya. Itu di antara contoh yang besar.


Kedua, ujian yang tidak menyukakan, mendukacitakan atau menyusahkan (negatif). Contoh lumpuh, sakit kronik, sakit yang teruk, tidak boleh jalan, itu paling azab. Ujian lain sudah ringan, contohnya orang mengata kita, isteri tidak sayang, suami benci. Luka atau kudis lagi ringanlah. Dua bentuk ujian tersebut yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin. Pada hal lojiknya  kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu.
Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. 


Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.
Sebelum dapat, lojik berfikir. "Kalau aku kaya,aku akan tolong orang, bantu orang, untuk dapat pahala besar."Tapi bila sudah jadi kaya, jadi jutawan,dia sudah 'jadi' Tuhan pula. Seperti Firaun, dia raja tapi dia kata: "Ana rabb" Dia mengaku Tuhan. Jadi dari segi lojiknya, sebelum kaya kita berfikir: "Kalau aku kaya aku akan buat baik, tolong orang, bantu orang, banyakkan sedekah. Orang miskin aku tolong, kan baik."Bila sudah kaya apa yang terjadi? Sombong,bakhil'makin megah. Lojik sudah tidak boleh pakai. Sebelum dapat pakai lojik, "Kalau tak kaya macam mana nak buat baik? Macam mana nak naik haji? Tapi bila sudah kaya lain jadinya. 


Apabila kita mendengar berita tentang gejala sosial semakin menjadi-jadi, peluang untuk kita merintih kepada Tuhan dengan berdoa: " Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mendapat pimpinanMu Ya Allah! dan hindarilah kami dari kemurkaan Mu ya Allah!. Contoh kejadian yang berlaku yang kita dengar daripada media Malaysia berita buang anak, rogol, sudah menjadi berita biasa, bukanlah suatu yang sensasi atau mengejutkan.Istilah dirogol hanya dipandang pada sudut undang-undang negara sahaja kerana 60 peratus kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan diperkosa sebenarnya melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka. Ketika itu terus kita berperasaan dengan merintih kepada Tuhan supaya kita dijauhkan dari kejahatan tersebut.


Begitu juga bila ilmu belum dapat, kita berfikir. "Kalau dapat ilmu banyak boleh khidmat pada orang, boleh ajar orang, aku boleh tunjuk jalan,"itu scara lojik. Tapi bila sudah dapat kita jadi megah, sombong, dan menghina orang yang bodoh. Jadi ujian positiflah yang banyak merosakkan daripada ujian yang negatif. Tapi Tuhan Maha Bijaksana, segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah siapkan hujah di sini. Katalah ada orang kaya, berkuasa, diazab oleh Tuhan, kerana derhakanya, dia hendak bahas: "Wahai Tuhan' aku kena azab ini sebab Engkau juga. Engkau bagi aku kaya, bagi aku kuasa, sebab itu aku jadi jahat. Kalau Engkau tidak jadikan aku raja dan kaya, aku taklah kena azab. "Lalu Tuhan memberikan hujah dengan berkata: "Bukanah ada dikalangan orang baik yang jadi raja? Nabi Sulaiman jadi Raja, Nabi Daud jadi Raja, Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau." Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang Tuhan menjadikan raja supaya jadi hujah di Akhirat nanti.


Pejuang Islam yang sejati ialah mereka yang sentiasa menagih janji Allah. Mereka Itu benar-benar berjuang untuk membuktikan kebenaran Hadis. Sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh berjuang dengan kekuatan taqwa dan quwwah hingga berjaya menawan Konstantinopel. Maka dialah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya sebaik-baik tentera seperti yang pernah disabdakan olh Rasulullah SAW. Kalau para sahabat, Abu Ayub Al Ansori, Sultan Muhammad Al Fateh serta tenteranya, sudah menagih janjiAllah dan bejaya mencapainya, mengapa kita tidak?


Apa janji Allah untuk kita membuktikannya? Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum kiamat Islam pasti kembali gemilang walaupun antara masa kegemilangan itu dengan Kiamat hanya sekadar masa memerah susu."


Mengenai Akhir Zaman tersebut, Rasulullah secara spesifik membaginya lagi menjadi lima masa. Rasulullah bersabda dalam hadist berikut:

Dari Nu’man bin Basyir dari Hudzaifah bin al-Yaman r.a, berkata: Rasulullah SAW, bersabda:“Masa kenabian itu berada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang sombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam,”(H.R Ahmad).
Hadis diatas diriwayatkan Ahmad, 4/273, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5)


Jika kita perdetilkan , maka hadist diatas menunjukan bahwa Akhir Zaman akan melalui 5 masa, yakni:
1. Masa kenabian
2. Masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (khulafahur rasyidin)
3. Masa kerajaan yang menggigit (mulkan Adlon)
4. Masa kerajaan diktator (mulkan jabariyyah)
5.  Masa kembali pada Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah


Kerana sudah dijanjikan begitu, kita mengambil sikap seperti Sultan 
Al Fateh berjuang untuk membuktikan Islam benar-benar gemilang. Lebih-lebih lagi pejuang-pejuang Islam di Timur, kerana telah di isyaratkan oleh Hadis bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit di Timur. Realiti ini telah pun berlaku. Kebangkitan Islam di sebelah Timur lebih menonjol daripada kebangkitan Islam di tempat-tempat lain. Islam disebelah Timur kini menjadi teraju kepada kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia. Khurasan sebagai regunya. Dan kebangkitan sedang menuju kemuncaknya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...