Langkau ke kandungan utama

MENGAPA MUSLIM CHINA DI KUASAI KOMINIS.

MENGAPA MUSLIM CHINA DI KUASAI KOMINIS.




Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada dalam hati manusia. Yang menilai hambaNya mengikut apa yang termampu oleh hambanya dan tidak lebih dari itu. Kita bersyukurlah Allah izinkan berada dalam bulan ramadhan 1438 hijrah sudah masuk seminggu. Bulan berkat dan bulan berlipat ganda rahmat Tuhan, kita ambil peluang tanam azam untuk bela Islam. Bulan Ramadhan dosa-dosa kita semua diampunkan. Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Kalau kita hendak bercerita mengenai hal ini, ia ada hubungan dengan kejadian manusia itu sendiri. Berkat kebangkitan Islam ramadhan yang kita raikan semakin meriah.


Abuya sering mengingatkan kita tentang pentingnya peranan yang telah Tuhan tentukan pada manusia. Iaitu sebagai hamba Tuhan dan kedua sebagai khalifah. Bila kita tahu peranan mudah untuk membenarkan Jadual Allah berlaku agar Islam dapat menjadi payung buat kali kedua. Semua kaum atau bangsa atas nama Islam pernah menerajui kepimpinan dunia atas nama Islam. Cuma bangsa melayu belum lagi, dan kita yakin sebagaimana yang telah Abuya beritahu kali ini adalah giliran orang melayu akan menjadi empayar Islam. Bangsa melayu akan menjadi penaung kepada bangsa-bangsa yang lain. Yakinlah!


Kita menyaksikan golongan terakhir terlibat dengan gelombang dakwah ialah selebriti. Peranan mereka terserlah meriahkan Ramadhan kali ini. Media harus perdana meriah dengan aktiviti selebreti mengisi Ramadhan. Ada yang menjamu berbuka puasa kepada mereka yang tak mampu. Ada yang meriahkan masjid dengan tadarus dan solat taraweh. Lakonan-lakonan mereka lebih islamik dan sangat membantu mendidik masyarakat. Tarbiah dan tazkirah dari Abuya Attamimi selama ini kita jadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran akhir zaman yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama lebih 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah kalah lagi.


Kita bersyukur kerana dapat menyambut Ramadhan 1438 hijriah. Semoga sebulan ramadhan kali ini kita lalui benar-benar dapat memproses diri kita menjadi orang baru. Iaitu insaniah atau kemanusian kita subur kembali. Orang yang mempunyai cita-cita untuk membela Islam. Menjadi orang yang benar peka dan sensitif apa yang berlaku disekeliling kita. Ramadhan yang kita lalui ini benar benar dapat memproses jiwa, roh, akal dan fizikal. Menjadikan seolah-olah manusia yang baru dilahirkan. Iaitu memiliki fitrah yang subur. Fitrah yang hidup subur bagaikan kain putih yang bersih. Moga kita warnainya dengan kemeriahan Islam . Laluan untuk kebangkitan Islam. Kita tidak pernah minta untuk berada dikebangkitan ini. Namun diizinkan-Nya kita menyaksikan kebangkitan  Islam kali kedua. Tuhan rezkikan kita bersama dengan kebangkitan ini sama besarnya dengan yang pertama. Ini adalah satu nikmat dan rahmat besar. 


Apabila umat Islam telah menjadikan nafsunya sebagai berhala dan disembah serta diperturuti segala kehendaknya sehingga sanggup melanggar perintah Tuhan. Bermula dengan menyembah nafsu dan akhirnya Allah berlepas dari kita, maka ketika itu kita betul-terdedah dengan syaitan sebagai musuh batin dan juga musuh-musuh lahir seperti kominis. Ketika kita dikuasai nafsu dan syaitan sebagai musuh batin , umat Islam mudah dikuasai oleh musuh lahir seperti kominis dan sebagainya. Akhirnya umat sendiri dengan rela menjadikan patung-patung sebagai hiasan dirumah-rumah mereka. 


Kita boleh ambil pengajaran apa yang telah berlaku di Tiongkok.Satu ketika dahulu ayah dan datuk nenek mereka sangat meriah dengan syariat dan hukum hakam Tuhan.Maka berlakulah apa yang berlaku di Tiongkok kini sehingga patung-patung berhala menjadi hiasan dirumah-rumah ibadah orang Islam. Akhirnya kita dapati sekarang di masjid-masjid di Tiongkok dihiasi dengan patung-patung. Mudah kita lihat diatas bumbung dan dihalaman masjid hiasannya adalah patung-patung. Mereka mengajar agama, berkhutbah dibawah bumbung masjid yang berpatung seperti berhala dan tokong -tokong, maka Allah SWT mendatangkan manusia yang zalim yang tidak percaya sama sekali kepada kuasa Tuhan. Dia diberi nafsu yang sangat kuat untuk menghapuskan nya termasuk menutup segala yang berbau agama. Rumah-rumah ibadah, rumah-rumah berhala, candi dan termasuk masjid ditutup.


Umat yang beragama secara serpih-serpih dibunuh. Ditumpahkan darahnya dan maruah umat Islam. Mesjid tertua, masjid Niujie tercokol patong singa hingga kehari ini boleh kita lihat. Sementara patong lembu dan anjing dibumbung masjid. Ini berlaku kepada masjid paling tua di Tiongkok. Seolah-olah tidak ada ulama atau pendakwah yang menegur kemungkaran tersebut. Kalaulah ada yang menegur takkanlah masih ada dan dikekalkan patong-patong tersebut. Mana ulama mereka, mengapa menjadi syaitan bisu? Sedangkan Nabi Muhammad SAW datang ke muka bumi menghapus semua penghormatan dan penyembahan berhala-berhala dan tokong-tokong.


Unsur-unsur senibina yang tidak islamik telah mencacatkan syiar Islam di kebanyakkan masjid di Tiongkok. (China). Patung-patung singa yang terdapat di Niujie ini boleh di temui di masjid-masjid yang lain. Kalau di Malaysia dan Indonesia, kita tak tahu bala apa pula yang Allah hendak timpakan kerana kelalaian para ulama. Rosak rakyat kerana rosak pemerintah, rosak pemerintah kerana rosak ulama. Apakah bala yang Tuhan akan timpakan kerana kelalaian ulama. Apakah krisis akan semakin besar? Apakah bumi akan gempa? Atau banjir luar biasa berlaku tanpa disangka-sangka? Atau datang satu kuasa asing menjajah umat Islam seperti masa lalu? Atau kita akan hadapi krisis sosial yang sangat parah?


Abuya ajak kita berazam untuk mengembalikan mereka kepada Islam semula. Kedatangan Abuya ke Tiongkok sangat mengingatkan mereka kembali kepada agama Islam yang pernah menjadi pegangan datuk nenek mereka. Melihat Abuya memakai jubah serban dan Isteri-isteri Abuya yang memakai jilbab hitam. Ramai dikalangan mereka minta di Islamkan kembali. Benarlah Abuya mengulangi apa yang telah berlaku pada kebangkitan pertama di Tiongkok. Seperti yang dilakukan oleh sahabat Nabi SAW yang bernama Saad Ibn Abi Waqqas, Abdullah Al Bahili dan lain-lainnya. Minda dan tarbiah yang kita dapat daripada Abuya kita kongsikan dengan masyarakat.


Semoga kebangkitan kesedaran yang berlaku kepada mereka dapat kita isi dan kongsikan daripada apa yang kita dapat daripada apa yang kita pelajari dari sudut fardhu ain dan fardhu kifayah. Abuya sudah lengkap tinggalkan panduan kepada murid-muridnya dan juga keluarganya. Beliau sebagai ulama tugasnya memberikan ilmu, tarbiah dan pimpinan kepada kaum keluarga dan juga umat Islam. Moga kita pandai mengambil iktibar apa yang telah berlaku kepada umat Islam di tempat lain seperti di Tiongkok, Ronghingya dan juga ditempat-tempat lain. Kita tidak mahu menjadi hanya umat yang ramai tetapi bagaikan buih sahaja, tiada kekuatan dan webawa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...