WIBAWA PEMIMPIN MELAYU.
Maksud firman Allah:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
(Al Maidah 5:2).
"Pemimpin Islam yang sejati tutur bahasa, gerak-geri dan sikapnya boleh diikuti, selalu mengngingati pengikutnya tentang tipudaya dunia dan mengajak mereka mengutamakan Akhirat." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).
Bilamana seseorang itu menerajui kumpulan atau jemaah atau persatuan, bermakna dia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.
Apatah lagi seseorang yang dilantik mewakili masyarakat sesuatu kaum tentulah lebih besar tanggungjawabnya selaku pemimpin.
Maka, jika dikaji dengan teliti, sebenarnya terdapat ramai pemimipin dikalangan Masyarakat Melayu Islam yang bertanggungjawab menerajui kepimpinan masyarakat Islam setempat.
Asia Tenggara adalah meliputi beberapa negara. Geografi Asia Tenggara dapat dikategorikan menjadi dua bagian, daratan, dan kepulauan. Negara-negara yang berada di daratan termasuk Myanmar, Kamboja, Laos, Thailand, dan Vietnam. Sedangkan negara-negara yang berada di kepulauan termasuk Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. "....satu metod tajdid mengatasi masalah sekaligus memajukan masyarakat Melayu..."
Negara terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia yang juga mempunyai penduduk paling ramai. Manakala Singapura merupakan negara terkecil. Brunai pula mempunyai penduduk paling sedikit. Kepadatan penduduk paling tinggi adalah di Singapura. Di Myanmar ada gunung tertinggi di Asia Tenggara. Manakala Jurang Mariana yang terletak di Filipina merupakan jurang terdalam di dunia. Asia Tenggara dikelilingi oleh beberapa lautan, laut dan selat Antaranya Lautan Hindi dan Lautan Pasifik juga Laut China Selatan,Laut Sulu Laut Jawa dan Laut Sulawesi Selain itu, Asia Tenggara juga dikelilingi oleh Selat Melaka yang merupakan selat terbesar di dunia.
Maksud firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara."
(Al Hujurat 49:10).
Dengan ayat ini Allah menjelaskan, orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Umat Islam di Asia Tenggara ini diibaratkan sebuah keluarga besar. Dalam keluarga ini sudah tentu ada ibu dan ayah. Dikalangan adik beradik pula, ada yang jadi abang long atau abang sulung Abg ngah. Begitu juga tentu ada kak long, kak ngah dan juga adik-adik yang ramai. Sebagai sebuah keluarga, susah senang sering dihadapi silih berganti. Kesenangan sama-sama dinikmati, kesusahan sama-sama hadapi. Dengan erti kata yang lain, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
Demi menjaga keharmonian keluarga itu, tegur menegur, nasihat menasihati,amat diperlukan. Agar terjamin kebahagian keluarga di dunia dan di Akhirat. "Islam bukan untuk menyuluh orang tapi menyuluh diri. Islam bukan untuk satu golongan tapi untuk semua orang. Setiap orang boleh amalkan bahkan boleh menyampaikan tanpa sekatan. Siapa yang membataskan membuat bidaah yang besar di dalam amalan."
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ulama. " (HR Ibnu Abdul Basri dan Abu Naim).
Cubalah kita bayangkan bila kerosakkan berlaku didalam keluarga kita. Ibu dan ayah berselisih faham, adik beradik bercakaran. Kalau ada abang yang kita ingin rujuk, dia pula sibuk dengan pangkat yang amat dibanggakannya. Hidupnya nafsi-nafsi. Ada kakak, dia pula menghadapi krisis rumahtangga hingga berlaku perceraian. Bila dijenguk pada adik-adik yang ramai itu; kesihan seorang penagih dadah. Ada pula yang sibuk dengan kegilaan muzik rok. Adik-adik yang lain merubah haluan keluarga juga mengecewakan. Ada yang terjbak dengan pergaulan bebas. Terhina sungguh rasanya apabila melihat anak-anak lua nikah yang mereka lahirkan tanpa ayah.
"Ibarat sebuah kenderaan tidak dapat berjalan dengan baik tentulah ada kerosakkan atau pun kesilapan pada mana-mana sistem didalam kenderaan tersebut."
Institusi keluarga adalah asas untuk membina masyarakat dan negara. Ia boleh diselamatkan jika suami dan isteri masing-masing memainkan peranannya berlandaskan syariat dalam mencari keredaan Allah. Bila keredhaan Allah menjadi matlamat, ancaman lain tidak mampu untuk menggugat keluarga Islam. Apalah yang hendak dibanggakan dengan kemajuan bilamana ada dikalangan masyarakat kita sikapnya lebih buruk dari haiwan.
Kita kena kembalikan manusia kepada Tuhan. Tanamkan semula rasa cinta dan takutkan Tuhan. "Bila hubungan hati dengan Allah selalu terputus ditakuti hasil fikiran atau tindakakan dari nafsu dan syaitan bukan dari pimpinan Allah." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).
Kerana itulah di zaman Rasulullah SAW lahir orang-orang yang berjiwa besar untuk membangunkan Islam. Namun mereka tetap berakhlak mulia dan tegas dengan hukum hakam Allah. Mereka terlalu sensitif dengan dosa tapi tidak ketinggalan dalam berkemajuan.
Ulasan
Catat Ulasan