Angin dakwah yang berhembus lembut telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makan ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama dikalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka. Mereka yang mempunyai akal fikiran yang cergas dan hidup jiwa mereka.
Orang yang masih belum mendapat hidayah dan musuh Allah dan Rasul bertambah bimbang. Mereka ini dulunya bimbang dengan kebangkitan Islam bertambah bimbang. Orang yang dulunya tidak senang dengan dakwah bertambah resah dan gelisah. Usaha penentangannya terhadap dakwah diperhebatkan. Tidak cukup dengan cemuhan, tohmahan, kata nista dan berbagai tuduhan yang lain. Penentangan tersebut ditambah pula dengan sekatan-sekatan. Untuk bercakap pasal agama, tauliah disyaratkan. Tidak ada tauliah tidak boleh bercakap pasal agama.
Kalau hendak guna masjid, mesti mendapatkan kebenaran. Media ketika itu meningkatkan perang saraf menentang dakwah ketika itu. Setiap hari ada sahaja berita, isu atau komentar yang mencemuh dan memperkecilkan dakwah atau setidak-tidaknya yang mengelirukan masyarakat tentang dakwah. Tokoh yang sangat berpengaruh dalam mencetuskan kebangkitan Islam melalui dakwah di Malaysia di momok dan dicemuhkan. Namun kebelakangan ini semakin diingati dan dikenang jasa perjuangannya yang mencetuskan kebangkitan Islam kali kedua. Tokoh-tokoh yang menjadi penghalang kebangkitan dakwah tersebut semakin dilupakan orang.
Tetapi kebangkitan Islam kali kedua adalah faktor janji Allah ianya tetap berlaku. Tiada suatu kuasa yang mampu menghalang kuasa Allah. Jadual Allah untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Suatu kebangkitan yang ajaib. Iaitu Tuhan yang Maha berkuasa
begitu lunak dengan hanya memainkan hati manusia menerima kebangitan Islam melalui dakwah. Gerakan angin dakwah bergerak halus meniup dan menyapa hati-hati manusia yang terkena angin nikmat tersebut tanpa disedari telah merubah perasaan mereka yang asalnya menentang dan kini menjadi penggerak dakwah.
Maka banyaklah kumpulan dan gerakkan dakwah yang dituduh sesat.
Diantara kumpulan dan gerakan yang dituduh sesat itu memang ada yang jelas sangat penyelewengannya terutama disegi aqidah. Tetapi ada juga kumpulan dan jemaah dituduh sesat dan menyesatkan dengan sebab alasan yang sangat lemah seolah-olah ada sebab -sebab lain yang tersembunyi kenapa mereka itu perlu dihukum sesat.
Apabila diminta penjelasan sama ada ahli-ahli jemaah sperti ini boleh dianggap sebagai kafir atau murtad, tidak ada pula ulama yang rasmi yang berani mengeluarkan hukum. Perbezaan dalam hal feqah dan tasauf dibenarkan malahan ia adalah rahmat. Walhal Islam membenarkan bermazhab dalam hal cabang.
Tapi, jangankan dakwah itu tergugat. Selepas dituduh sesat, ombak dakwah tadi telah bertukar menjadi gelombang yang tidak lagi dibendung atau ditahan-tahan. Sesiapa sahaja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkorprantasi dengan anak dan kaum keluarganya sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam.
Selepas ini apa akan berlaku? Sudah terhentikah penentangan ini? Tidak. Penentangan ini akan berterusan. Hanya bentuknya sahaja akan berubah. Cara lama akan ditinggalkan. Cara baru akan digunakan. Semuanya berbentuk covert dan subvert. Rupa dan tangan penentang tidak akan kelihatan lagi. Suaranya tidak kedengaran lagi. Tidak ada lagi konfrantasi depan berdepan. Semuanya akan lebih halus. Stratigi perang saraf semakin halus.
Semua ini akan berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai satu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa membuat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah. Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.
Kebangkitan Islam kali kedua adalah ketentuan Allah melalui lidah Rasul-Nya diberikan kepada kita. Maka kita wajib usahakan, kerjakan dan jayakan. Ketentuan seperti berbuat baik. Ketentuan beramal soleh dan sebagainya. Kesemua perkara tersebut wajib kita usahakan kerana itu adalah perintah Allah. Ertinya, walaupun Allah telah tentukan semua bahagian manusia di dunia ini di azali lag, manusia mesti berusaha mencapainya. Semua usaha itu perlu diatur sebaik-baiknya serta dengan stratigi yang baik pula.
Kita tidak boleh berkata sambil berserah sahaja. " Tak payahlah kita usaha sangat. Buat lebih kurang saja jadilah. Semuanya Allah dah tentukan pada azali lagi. Jadi, kalau Allah tentukan dapat' maka dapatlah. Apa nak susah-susahkan!" Kita wajib berusaha sungguh-sungguh dan mengatur stratigi yang baik untuk menjayakan nasib kita di dunia ini. Dan begitu jugalah, wajib bagi kita berusaha menjauhi apa saja yang dilarang oleh Allah. Ertinya manusia wajib berusaha untuk mengilakkan dirinya daripada berbuat jahat.
Yahudi gagal memusnahkan kebangkitan Islam kali kedua kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal kebangkitan sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan perjuangan itu membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap JADUAL ALLAH serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Moga bertambah keyakinan kita apa yang pernah di kongsikan oleh abuya yang faham JADUAL ALLAH ini ada dua golongan. Mereka yang memperjuangkan kebenaran JADUAL ALLAH dan Yahudi yang berusaha menggagalkannya. Kebangkitan Islam kali kedua tapaknya di Timur iaitu Malaysia adalah melalui dakwah.
Ulasan
Catat Ulasan