Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Al-A’raaf 7:96).
Profesyen ( Profesyen. adalah pekerjaan) menurut Islam mesti dilakukan kerana Allah. “kerana Allah” maksudnya ialah karena diperintahkan Allah. Jadi, professional dalam Islam wajib dijalani karena merasa bahwa itu adalah perintah Allah. Dalam kenyataan pekerjaan itu dilakukan untuk orang lain, tetapi niatnya ia adalah menurut yang diperintah Allah. Dari sini kita mengetahui bahwa pekerjaan profesional di dalam Islam dilakukan untuk atau sebagai pengabdian kepada dua perkara: pertama pengabdian kepada Allah dan kedua sebagai khidmat atau dedikasi kepada manusia atau kepada orang lain sebagai objek pekerjaan itu atau sebagai khidmat. Jelas pula bahwa kriteria “pengabdian” dalam Islam lebih kuat dan lebih mendalam dibandingkan dengan pengabdian dalam kriteria yang diajarkan diatas tadi. Pengabdian dalam Islam, selain khidmat kemanusian, juga dikerjakan demi Tuhan, jadi ada unsur transenden dalam pelaksanaan profesyen dalam Islam.
Menggunakan profesyen untuk memperjuangkan Tuhan. Dalam Islam profesyen juga dijadikan ibadah. Hidup untuk Allah ertinya menggunakan dunia ini sebagai alat untuk tegakkan hukum Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya. Kalau kita hidup untuk Allah bukan maknanya tidak boleh makan minum, nikah kahwin, beranak pinak dan mendapat kuasa serta mencari kekayaan, kemajuan dan lain-lain lagi. Boleh cuma taraf kedudukan perkara tersebut bukan sebagai matlamat tetapi sebagai alat. Perbezaan di antara alat dengan matlamat ialah matlamat mesti di capai sedangkan alat tidak mesti di capai.
Hidup yang berkat bilamana kita dapat jadikan hidup ini untuk Tuhan. Jadikan profesyen sebagai alat untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Matlamat hanya satu tapi alat bukan satu. Maknanya alat boleh dipilih atau boleh ditukarkan bergantung kepada keperluan dan keselamatan untuk mencapai matlamat. Ertinya profesyen boleh bermacam-macam bila memenuhi syarat ibadah ertinya ia adalah alat untuk mencapai redha Allah. Orang yang berkat hidupnya, seluruh hidupnya di serahkan kepada Allah.
Kerana matlamat hanya ada satu tiada pilihan. Orang yang hidup untuk Allah jauh beza cara hidupnya dengan orang yang hidup untuk dunia. Hasilnya pun berbeza. Orang yang hidup untuk dunia sedaya upaya, baik atau buruk, hidup atau mati mesti mendapatkan dunia itu sama ada kuasa, kekayaan atau lain-lain. Kalau tidak dapat dia akan kecewa atau membuat masalah. Kalau dapat pula dia menjadi sombong, bermegah dan bimbang akan kehilangannya. PROFESYEN yang berkat bila ia dijadikan ibadah. Bila ia dijadikan sebab untuk mendapatkan redha Allah.
Alangkah indahnya hidup ini, sekiranya semua manusia mahu jadikan hidupnya untuk Allah. Hidup dengan Allah tidak perlu berebut-rebut, tidak sombong, tidak megah da tidak takut. Alat-alat itu sama ada dapat atau tidak, tidak menjadi masalah. Sekiranya dapat, alat itu akan digunakan, kalau tidak dapat, mereka tidak putus asa dan mencari jalan lain. Yang penting lakukan apa yang boleh untuk tujuan mendapat keredhaan Allah. PROFESYEN orang Islam semakin ketara sebagai hamba Allah dan khalifah Allah untuk berkhidmat kepada manusia.
Orang-orang yang hidupnya berkat, tidak akan berlaku pertentangan sesama mereka kerana masing-masing melalui jalan yang satu, sama arahnya menuju kepada keredhaan Allah. Dalam perjalanan itu setiap orang akan berusaha mencari keperluannya iaitu apa jua mata benda dunia untuk dikorbankan demi mencapai matlamat hidupnya. Contoh wang ringgit, ilmu, pengalaman, jawatan, harta, negara dan lain-lain. Masing-masing akan menggunakan perkara itu sebagai alat untuk menegakkan hukum Allah.
Keberkatan hidup seseorang hamba itu berkait langsung dengan hubungannya dengan Tuhan. Hubungan dengan Tuhan pula berkait rapat dengan tahap kehambaan yang dirasakan di hatinya. Lebih kuat rasa kehambaan dan lebih tajam sifat-sifat kehambaannya, maka lebih erat hubungannya dengan Allah dan lebih berbahagialah dia. Rasa kehambaan yang begitu kuat dan sifat-sifat kehambaan yang begitu tajamlah yang membuatkan seseorang hamba itu mulia di sisi Allah.
PROFESYEN orang yang berkat segala amalannya menjadi ibadah. Dan ibadah itu pula berbuah atau ada natijah (hasil). Natijah ibadah ada dua: lahiriah dan rohaniah. Natijah lahiriah ialah kemajuan-kemajuan Islam yang dibangunkan. Dapat tegakkan syariat Islam, misalnya buat ekonomi Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kewangan Islam, kebudayaan Islam, dan lain-lain pembangunan Islam. Tapi itu belum menjamin seseorang itu diberkati. Sebab, orang kafir pun boleh buat kemajuan atas nama Islam ni. Dah ramai orang kafir yang buat sistem perbankan Islam, sistem takaful, dll.
Natijah rohaniah ibadah pula ialah kesan rohani kepada tuan punya diri. Tuan punya diri yang merasa, orang lain pun dapat merasa tempiasnya. Natijah rohaniah ialah nilai sebenar bagi sesuatu ibadah. Ia menghampirkan kita kepada Tuhan. Ia meningkatkan sifat kehambaan kita. Ia membina peribadi insaniah kita. Makin beribadah makin tawadhuk, makin rasa berdosa. Makin berbuat, makin rasa tak buat apa-apa. Begitulah hidup yang berkat. Hidup yang berfaedah untuk diri sendiri dan orang lain. Hidup yang bermakna di dunia dan di Akhirat kelak. Hidup yang tak lekang dengan Allah dan Rasulullah SAW.
Unsur cara berfikir ini dapat menjadikan pengalaman profesional dalam Islam lebih tinggi nilai dalam pengabdiannya dibandingkan dengan pengalaman profesional yang tidak didasari oleh keyakinan iman kepada Allah.Dalam Islam, setiap pekerjaan harus dilaksanakan secara profesional, dalam arti harus dilakukan secara benar. Yaitu hanya dilakukan oleh orang yang Ahli. Rasulullah saw pernah bersabda: “Bila suatu urusan dikerjakan oleh orang yang tidak ahli, maka tunggulah kehancuran.”(Al-Hadits).
Apapun bidang profesional yang kita terlibat jika memenuhi syarat ibadah itulah juga bekalan kita di Akhirat. Kesimpulan profesional diterangkan sebagai seseorang individu atau golongan yang melakukan sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan menggunakan kepakaran,kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya dan ia melibatkan pembayaran dimana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya. Indahnya Islam profesyen yang terlibat itulah kemajuan untuk memajukan diri umat Islam dalam masa yang sama jika memenuhi syarat ibadah itulah juga bekalan kita di Akhirat. Bertepatan dengan doa yang di ajarkan didalam Al Quran.
"
Ulasan
Catat Ulasan