Langkau ke kandungan utama

FILIPINA MENERIMA TEMPIAS KEBANGKITAN ISLAM.

FILIPINA MENERIMA TEMPIAS KEBANGKITAN ISLAM.
(Bandar Manila)
(Nenek Abu Khairullah kagum dengan Abuya).

Filipina merupakan negara yang akan menerima tempias kebangkitan semula Islam disebelah Timur ini. Justeru itu kehadiran Abuya dibumi Filipina bukan sekadar berjalan dan melihat lihat negara orang. Penerimaan sebuah keluarga Kristian di sini terhadap minda dan kepimpinan Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi serta peng-Islaman beberapa orang ahli keluarga itu selepas beberapa hari ketibaan Abuya di Filipina pada Mac 1994 lalu. Contoh sebuah keluarga yang baru masuk Islam di tangan Abuya iaitu Abu Khairullah dan keluarganya. Mereka berasal dari keluarga yang kuat agama Keristian. Mereka berpeluang bersama-sama Abuya, bergaul,makan dan minum semasa di Manila. 


Keluarga Abu Khairullah masuk Islam. Ia dimulai dengan bapa mertua Abu Khairullah, Louie L. Balatbat, 60, seorang ahli perniagaan dan ahli politik, yang memeluk Islam ditangan Abuya selepas dua kali bertemu dengan Abuya. Anak perempuannya Cherito (isteri Abu Khairullah) 33 tahun, dan cucunya Frances, ikut memeluk Islam kemudian, manakala ahli-ahli keluarganya yang lain turut yakin dengan kepimpinan Abuya walaupun mereka masih Kristian.


Apabila Louie L. Balatbat,pak mertua Abu Khairullah masuk Islam mendorong Cherito, masuk Islam atas kerelaan sendiri. Cherito, isteri kedua Abu Khairullah yang sebelum ini bersikap keras dalam mempertahankan agama Kristian anutannya, malah satu ketika pernah membakar buku-buku Abuya kerana terlalu marah dengan pertukaran agama suaminya dari kristian kepada Islam. Berubah menjadi lembut selepas bertemu Abuya.


Abu Khairillah berkata:"Abuya ibarat perigi, saya datang pada Abuya terus ambil airnya untuk jadi penyejuk ilmu dan segala-galanya ada disini. Saya akan manfaatkan air yang sejuk tadi untuk menyejukkan dan menyegarkan orang-orang di negara saya (Filipina).
Abu Khairullah berkata lagi, "saya sedih bila ingatkan manusia tak tahu erti kehidupan ini." Abuya mengulas: "Hebatnya hati dia, Allah SWT persiapkan dia dengan hati yang kukuh. Tinggal pengisian ilmu saja lagi."


Menurut Abuya apa yang berlaku sekarang iaitu zaman kebangkitan Islam semula yang dijanjikan, sama seperti yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Dulu Sahabat-sahabat bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan hati mereka sudah bersedia. Sedangkan mereka itu ada yang datang dari Parsi, Rom, Yaman, Syam dan lain-lain lagi. Allah SWT telah bekalkan mereka dengan hati yang kukuh. Kini watak dunia kembali berulang. 


Tentu masa mendatang, lagi lancar orang-orang yang sudah Allah tentukan' Allah mainkan hati mereka. Abuya juga menyentuh tentang hadis  yang menyebut bahawa pemimpin yang adil itu Allah datangkan dari keturunan Quraisy. Sejarah telah membuktikan bahawa semua pemimpin yang adil adalah dari darah Quraisy. Selain dari darah Quraisy tidak akan dapat berlaku adil. Abu Khairullah banyak  pertemukan Abuya dengan orang-orang di Filipina.


Abu Khairullah mengumpulkan orang-orang Filipina untuk dididik oleh Abuya. Pengalamannya bersama Abuya supaya masyarakat juga dapat perkara yang sama iaitu melihat keindahan Islam yang dikongsikan oleh Abuya. Orang-orang Filipina yang bertemu dengan Abuya sangat tertarik dengan sentuhan kasih sayang yang telah Abuya berikan. Mereka yang Abu Khairullah bawa kepada Abuya adalah terdiri daripada mereka yang ada cita-cita hendak merubah masyarakat, berpengaruh, orang intelek dan berumur dibawah 40 tahun. 


Paulie Cayentana, nenek kepada Abu Khairullah kagum melihat perubahan cucu dan menyentuh hatinya. Ketika pada suatu hari dia melihat cermin kereta cucu kesayangannya dipecahkan orang, dia hampir pasti bahawa orang itu tidak akan selamat. Tentu cucunya akan naik berang dan melakukan sesuatu ke atas orang yang memecahkan cermin keretanya, kerana dia faham sangat akan perangai cucunya itu. Bagaimana pun, hari itu nenek ini terkejut melihat cucunya hanya tersenyum bila mendapati cermin keretanya dipecahkan orang. 


Cucunya yang baru saja bertemu dengan Abuya berkata: "Kereta itu adalah milik Tuhan. Bila ia dipecahkan, itu adalah kehendak Tuhan. Apa yang hendak kita marahkan." Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh cucunya dengan tenang. Paulie Cayetano, 80 tahun, seorang pejuang hak asasi yang terkenal di Filipina, mula tertanya-tanya siapakan orang yang bertanggungjawab merubah seluruh kehidupan cucunya yang dulunya terkenal kasar dan mudah naik marah itu? Nenek tersebut akhirnya bertemu jawapannya. Setelah Abu Khairullah perkenalkan Abuya kepadanya. 


Kehadiran Abuya dibumi Filipina telah meninggalkan kesan positif kepada umat Islam dan bukan Islam yang masih terjajah fikiran dan jiwa mereka oleh nilai-nilai sekularisma yang datang dari negara Barat.
Kedatangan Abuya membawa mesej kasih sayang kearah kunci perpaduan sejagat, sesuai dengan sifat agama Islam itu sebagai agama fitrah kepada umat manusia, yang mana manusia walau apapun ideologi, warna kulit, keturunan dan agamanya, secara fitrahnya memerlukan kasih sayang.


Detik-detik Islamnya Abu Khairullah dan keluarganya dan upacara akad nikah yang berlangsung diantara Abu Khairullah dengan isterinya merupakan kayu pengukur dan petunjuk bahawa perjuangan Abuya dalam mendaulatkan agama Islam boleh diterima oleh masyarakat Kristian. Nampaknya barakah Abuya benar-benar telah banyak mengetuk pintu hati keluarga Abu Khairullah untuk menerima Islam sebagai "the way of live". Tetapi apa yang lebih penting lagi ialah dengan adanya kehadiran keluarga Abu Khairullah, perjuangan Abuya di bumi Filipina menjadi lebih mudah.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...