UMAT ISLAM YANG MERDEKA.
Sesuatu bangsa itu tidak akan jadi kuat kalau jiwa bangsa itu kosong.
Untuk sesuatu bangsa itu jadi kuat, mesti ada perkara yang dijiwai atau yang dijadikan aqidah dan pegangan. Bagi bangsa yang bukan Islam, mereka menjiwai dan berpegang kepada ideologi atau kepada pegangan kemuliaan dan kegagahan bangsa mereka. Bagi orang Islam, kita berpegang dan menjiwai Tuhan dan kebenaran. Contoh banyak negara-negara umat Islam yang telah merdeka. Maksudnya mereka telah bebas dari cengkaman kawalan dan kuasa penjajah.
Penjajah tidak lagi campur tangan dalam urusan pentadbiran negara mereka. Justeru negara-negara berkenaan merasa bebas, kuat dan berdaulat. Sebenarnya, rasa bebas dan merdeka ini sangat bahaya. Ia melahirkan rasa puas hati dan rasa selamat yang boleh merugikan. Ia melahirkan contentment. Ia juga melahirkan complacency. Hingga kita tidak nampak lagi keadaan yang sebenar yang menimpa dan yang menguasai diri kita.
Kita tidak sedar bahawa kemerdekaan yang kita miliki menipu kita sebenarnya. Masyarakat perlu disedarkan melalui pendidikan yang ada roh Islam. Jika Tuhan dan kebenaran dijiwai sungguh-sungguh serta dijadikan pegangan dan aqidah, ia akan menjadi satu sumber kekuatan. Pendidikan Islam yang ada roh melahirkan manusia yang merdeka lahir dan batin. Manusia yang tinggi rasa kehambaannya. Perasaan ini digambar bukan melalui kata-katanya tetapi pada natijah perjuangan dan pada peribadi individu itu sendiri.
Orang yang jiwanya merdeka lahirlah peribadi seperti Khalifah Umar Al-Aziz yang sangat merasakan dirinya terlalu berdosa dan matinya dalam keadaan yang terlalu merasa dirinya tidak selamat. Perasaan itu bukan pada kata-katanya malah terus memberikan kesan pada fizikalnya juga. Umat Islam yang merdeka jiwanya lahirlah kasih sayang antara satu sama lain. Identiti dan kesatuan umat Islam terserlah kembali.
Tuhan akan munculkan semula ilmu dan hikmah yang telah menjadi sumber kekuatan umat Islam sebelumnya hingga telah terbina satu empayar Islam yang begitu hebat dan besar pada kebangkitan pertama dan akan berulang kembala pada era kebangkitan sekali lagi. Tuhan akan anugerahkan kembali ilmu yang benar dan tepat. Untuk memiliki jiwa yang merdeka, semua ini perlukan pimpinan mursyid. Contoh yang berlaku kepada Sultan Muhammad Al Fateh, dia dipimpin oleh mursyidnya iaitu Syamsuddin al wali.
Sekiranya Quran dan Hadis ditolak malah dikatakan tidak relevan dan tak bersesuaian, mana mungkin hati akan terpandu dan dipandu. Sedangkan umat Islam sumber rujukannya mestilah dari Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Mana mungkin boleh terselamat dari tipuan nafsu dan syaitan, dari godaan dunia dan isinya. Pendidikan Abuya adalah pendidikan Islam yang melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, bertolong bantu satu sama lain. Ini kerana ilmunya dari matan Al-Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Itulah sumber pendidikan Islam sebenar.
Menolak kebaikan yang tercipta hasil dari pendidikan Islam ini tidak membawa kebaikan, malah menimbulkan perpecahan sekalipun perjuangan dibuat atas nama Islam. Sekalipun ilmu itu benar namun jika tidak memberikan kesan yang baik pada hati, nafsulah yang akan menguasai diri. Jadilah seperti Barsisa, yang melahirkan ribuan ahli abid, yang mampu beribadah di atas awan dan terapung di atas sungai, tetapi Barsisa sendiri pun akhirnya mati dalam kesesatan. Mati menyembah nafsu dan syaitan.
Hikmah pula bukan setakat ilmu sahaja. Hikmah bukan setakat mampu membaca daripada apa yang tersurat sahaja tetapi boleh pula memahami perkara yang tersirat atau yang tersembunyi dari Al Quran dan Hadis. Hikmah adalah ilmu seni, ilmu hati atau ilmu dalam ilmu. Dengan hikmah, seseorang itu mendapat ilmu yang sangat mendalam hingga mampu menyelesaikan masalah. Tahu punca dan tahu juga jalan penyelesaiannya dan mampu membina jiwa, roh atau hati.
Sebab itu didatangkan para nabi dan para rasul kepada manusia. Pemimpin yang Tuhan datangkan tersebut dapat memimpin mereka. Mampu mengatasi musuh dalam semua hal. Usaha menguatkan jiwa adalah lebih rumit. Jiwa, hati atau roh ia perlu dibangunankan. Untuk membangunkan jiwa, hati atau roh dengan ilmu, iman dan taqwa. Dengan menguatkan aqidah dan pegangan kepada Tuhan. Dengan membina jiwa Tauhid. Ia bukan setakat percaya pada Tuhan tetapi mesti ada rasa cinta dan takut pada Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan