SUKAN PARA RASUL.
Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Sukan juga boleh dijadikan wadah untuk menyuburkan fitrah manusia. Bila kita gunakan sukan atau riadah sebagai alat untuk suburkan fitrah yang baik dia dianggap satu amalan baik.
Bagi umat Islam jika menepati dengan syariat ia juga dikira bekalan kita untuk Akhirat. Allah bekalkan fitrah sebelum manusia di lahirkan didunia lagi.Sebab itu menghidupkan fitrah adalah menjadi keperluan kepada manusia ketika berada di dunia ini.Sebagaimana kita telah perkatakan sebelum ini bahawa Tuhan ciptakan manusia ini ada tiga unsur iaitu fizikal, fitrah, akal dan roh. Setiap unsur yang ada pada diri manusia mempunyai keperluan tersendiri.
Disini kita fokaskan salah satu unsur iaitu fizikal. Namun dalam perlaksanaannya tiga unsur tersebut saling terkait atau serentak berlaku. Contoh keperluan fizikal, kita perlukan makan bila lapar perkara yang sama fizikal perlukan pergerakkan yang merehatkan iaitu melalui riadah atau sukan. Bila kita menyediakan menu untuk makan pelbagai resepi boleh dipilih yang menepati syariat Islam. Menu makanan traditional ada, menu westen ada, menu timur tengah ada dan macam-macam lagi.
Selain keperluan menu makanan, fizikal juga perlukan pergerakkan. Keperluan untuk pergerakkan fizikal, terdapat banyak jenis riadah atau sukan boleh memenuhi keperluannya. Untuk pergerakakan kepala, untuk pergerakakan badan, dada, tangan dan kaki semuanya telah dibuat kajian bagi keperluan bahagian-bahagian tersebut. Rasulullah mendatangkan beberapa contoh asas yang menjadi keperluan fizikal.
Seperti riadah atau sukan menunggang kuda, sukan memanah, sukan
berjalan kaki, sukan melontar dan sebagainya. Kebiasan kita melakukan riadah juga salah satu persiapan fizikal kita untuk lakukan ibadah, contoh hedak pergi menunaikan ibadah haji ke Mekah perlukan fizikal yang sihat baru kita dapat buat dengan sempurna.
Riadah yang menggabungkan tiga unsur. Penglibatan fizikal, akal dan hati sekaligus serentak.
Ketika Nabi Ibrahim memulakannya memerlukan satu pengorbanan yang besar. Iaitu riadah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya. Umat Islam yang pergi ke Mekah melakukan umrah dan haji akan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Sebelum melahirkan Nabi Ismail Siti Hajar berlari-lari anak pulang dan pergi. Peristiwa tersebut di teruskan oleh umat Islam yang melakukan ibadah umrah dan haji yang telah disyariatkan sebagai "sofwah dan marwah".
Kisah Nabi Nabi Ismail sewaktu lahir sahaja terus melakukan pergerakkan kaki hingga terpancut air dari bumi hasil hentakkan mukjizat Nabi Ismail. Perbuatan melontar batu "jamrah". Jemaah haji berjalan bergerak ke Padang Arafah. Nabi Ibrahim dilahirkan di kampung Ur, kemudian hijrah ke Babylon (kawasan Iraq) kemudian hijrah ke Haran (Turki), ke Aleppo, lalu ke Kan’an (Palestine), kemuidin ke Mesir dan mendapatkan hadiah Siti Hajar.
Setelah kembali ke Palestin menikahi Hajar atas saranan siti Sarah. Siti Hajar hamil dan melahirkan Isma’il dan membawanya ke Makkah dengan dihantar Nabi Ibrahim. Ketika sampai di Makkah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Isma’il di dekat Bait Allah sambil berdo’a (Qs.14:35-38) dan kembali ka Palestine. Ketika nabi Isma’il remaja Nabi Ibrahim kembali ke Mekah mendapat perintah qurbankan putranya. Setelah qurban berhasil, yang diganti seekor gimas (Qs.37:102-109)
Kembali ke Palestine, isteri pertama hamil dan melahirkan Ishaq. kemudian kembali ke Makah untuk membangun kembali Bait Allah. Setelah mengajarkan manasik haji, Nabi Ibrahim kembali ke Palestina membangun al-Aqsha. Kemudian Nabi Ibrahim diangkat sebagi Imam bagi umat manusia (Qs.2:124). Dari putra pertama (Ismail) terwujud generasi Arab hingga Rasul SAW; dari putra kedua (Ishaq) mewujudkan generasi Bani Isra`il.
Ulasan
Catat Ulasan