TIMUR DAN BARAT BERKOLABRASI.
ALLAH telah mengizinkan Abuya Imam Ashaari At Tamimi mengelilingi bumi Tuhan ini. Di benua Asia, hampir keseluruhannya telah dijelajahi secara umumnya. Di Timur Tengah, sudah berbelas-belas kali Abuya menjelajah hampir kesemua daerah-daerahnya. Di benua Afrika dan Amerika, sempat sebahagiannya Abuya lawatinya. Dan di benua Eropah, hampir kesemua negaranya telah Abuya jelajahi.
Hasil daripada pengalaman dan kunjungan, apa yang Abuya buat pengamatan dan kajian, dapatlah disimpulkan atau dirumuskannya bahawa manusia tinggal didunia ini terdapat di tiga zon bumi yang terpenting iaitu: Zon Pertama kawasan Khatulistiwa yang lebat dan tebal dengan pokok kayu yang menghijau, beriklim tropika yakni cuacanya hujan panas berudara lembab basah.
Zon pertama tersebut berada di kawasan Asia Tenggara khususnya di Gugusan Kepulauan melayu. Di kawasan Zon Pertama ini saiz penduduknya kecil-kecil. Watak mereka lemah lembut atau tidak kasar. Bersifat tolak ansur dan pemarahnya tidak menonjol. Pemikiran mereka sederhana. Tidak terlalu tajam dan tidak pula terlalu lemah.
Di kawasan zon kedua yakni di Timur Tengah, India dan Pakistan; disini bergurun, diliputi kawasan padang pasir, berdebu dan berbatu, gondol daripada pokok kayu yang besar-besar, beriklim gurun yakni cuacanya terlalu panas di musim panas dan sejuk terlalu sejuk, serta berudara kering dan langitnya tanpa awan tebal. Didapati penduduknya bersaiz besar, tegap, sasa dan kuat. Sekarang ini kita dapat lihat pemerintahan di kawasan ini lebih keras dibandingkan dengan zon-zon lain.
Orang-orang disini pula ALLAH kurniakan pada mereka daya pemikiran yang lebih sedikit daripada penduduk -penduduk di sebelah Timur tadi. Watak mereka dicorakkan oleh suasana hidup mereka dan ini menjadikan mereka berwatak kasar, berani dan lasak. Sifat pemarahnya amat menonjol, berhati keras, tahan menderita , gopoh, cepat bertindak, emosional dan suka bergaduh. Dari kawasan ini lahir manusia yang kejam dan zalim serta suka berperang sepertimana yang tersebut di dalam Al Quran; Kisah Namrud, Firaun dan Hamman.
Zon Ketiga Kawasan di antara padang pasir dan pokok- pokok kayu kecil-kecil dan jarang-jarang yang mempunyai iklim empat musim. Winter, summer, spring dan autumn. Ia kebanyakkan terdapat di negara negara Eropah (Barat), Amerika Syarikat dan Jepun. Penduduk di ketiga tiga kawasan zon ini, setelah dilihat dan dikaji, didapati watak mereka di antara satu sama lain agak berlainan. Faktor penting yang mempengaruhi mereka mengikut pandangan mata lahir mungkin barangkali disebabkan iklim dan keadaan cuaca serta kedudukan bumi tempat mereka tinggal. Tapi hakikat sebenarnya ALLAH-lah yang menjadikan watak mereka itu tidak sama.
Di era Kebangkitan Islam semua penjuru dunia memberi perhatian kepada Malaysia. Barat di ambang maut, untuk selamatkan Barat mereka perlu mendapatkan panduan dari Timur sudut insaniahnya. Dari sudut meterial negara-negara lain boleh belajar dari Barat. Bagi negara-negara Timur banyak menaruhkan harapan kepada Malaysia menyuarakan nasib mereka terutamanya umat Islam. Barat dan Timur bergabung di Malaysia. Apa yang ada di Barat ada di Malaysia. Tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Barat. Iaitu kemeriahan amalan Islam. Bumi Malaysia yang hijau juga tidak ada di Barat.
Budaya Melayu yang bertunjangkan Islam bersopan santun juga tidak ada di Barat. Teknologi yang ada di Barat ada di Malaysia.Teknologi Barat dan teknologi roh ada di Malaysia. Program yang menyuburkan fizikal dan akal boleh didapati di Malaysia. Begitu juga program yang dapat menyuburkan hati atau roh juga ada di Malaysia contoh zikir perdana, dan amalan-amalan zikir melalui kunpulan-kumpulan tariqat. Seperti Naqsyabandiyah, Syazaliah dan lain-lain lagi.
Manusia gabungan makhluk malaikat yang bersifat rohaniah.
Kelebihan rohani manusia yang telah suci. Kemampuannya melebihi daripada manusia lain iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sehingga menjadi hamba Allah yang benar-benar takut pada Allah.
Bila hati manusia sentiasa terhubung dengan Tuhannya maka fizikal manusia akan menerima kesannya. Bila hati sentiasa rasa takut maka sama ada dikhalayak ramai atau bersendirian, di depan atau di belakang sama sahaja.Tapi bila tidak menjadi orang rohani, manusia terputus dengan Tuhannya apa yang akan berlaku di depan lain di belakang lain.
Apabila kerajaan (roh) di dalam diri terdidik dan terpimpin nescaya akan terbangun kerajaan roh di peringkat maya pada ini. Pada peringkat ini, roh diproses dan diolahkan dirinya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan hakikat diri manusia. Berdasarkan kisah Sahabat yang bernama Abu Ayob Al-Ansori yang hidup di zaman Nabi SAW dan Sultan muhammad Al-Fateh selepas wafat Nabi SAW lapan ratus tahun kemudian berlaku satu gandingan roh mereka bekerjasama dan akhirnya berlakulah apa yang telah di gambarkan oleh Nabi SAW.
Ulasan
Catat Ulasan